Wednesday, 15 June 2011

Tujuan Hidup Aku

Salam 1 Malaysia....wahh..semangat ari nih...semuanya sedang mencari-cari apa tujuan kita hidup di dunia ini? Alhamdulillah aku dah ada tujuan hidup aku iaitu MENCARI KERHEDAAN ALLAH ....seperti yang selalu dengar kat radio IKIM tu la...setiap hari rabu pukul 10 segmen Islam Itu Indah...Prof Muhaya..wauu bestnya..suka dengar apa yg disampaikan oleh Prof...Terima kasih bebanyak Prof atas segala ilmu yang telah disampaikan...
antaranya yang dapat aku catatkan dalam buku nota aku..:-

Kita hendaklah sentiasa mencari redha Allah setiap masa,setiap jam dan setiap saat...

Sebagai hamba Allah juga kita perlu lupakan kebaikan kita pada orang lain dan sentiasa ingat apa kejahatan kita pada orang....

Sentiasa membetulkan diri sendiri dan sibuk dengan hal sendiri dan tidak mengata tentang keburukan orang lain.

Hendaklah sentiasa ada perasaan hormat, lemah lembut, baik dengan orang dengan ikhlas dan sentiasa menyokong ke arah kebaikan.

Untuk meraih kasih sayang suami perlula menjaga 4 perkara iaitu taat pada suami, jaga mata, hidung dan telinga suami. Maksud jaga mata suami maksudnya kita sebagai isteri hendaklah sentiasa cantik di mata suami, kalau hidung pula kita hendaklah sentiasa berbau wangi di sisi suami kita dan telinga pula kita perlu mengucapkan perkataan yang lembut-lembut sahaja di hadapan suami.

Kita tidak boleh ubah orang lain tetapi kita boleh ubah diri sendiri. Kita hendaklah sentiasa mengaudit diri sendiri.

Cara pemikiran kita menentukan masa depan kita. Sentiasa memperbaiki minda, pemikiran dan emosi kita.

Orang yang bijak selalu akan buat benda yang sama tetapi keputusan yang berbeza-beza.

Penyakit yang paling senang menjangkiti manusia ialah : SOMBONG..nauzubillah..jauhkanlah aku dr sifat sombong....
       Untuk elak daripada penyakit bahaya ini kita perlu lakukan :
             1) Perlu sentiasa ucap terima kasih kepada manusia
             2) Apabila dipuji ucaplah alhamdulillah
             3) Sentiasa terima dan hargai teguran yang diberikan
             4) Sentiasa mendahulukan orang lain daripada diri sendiri
             5) Hendaklah lebih banyak mendengar daripada bercakap
             6) Jangan suka men 'label' orang lain dan menghukum orang lain
             7) Berhenti cakap kekurangan diri dan sentiasa hargai suami anda

Perlu ada prinsip untuk nak jadi terbaik di kalangan yang terbaik.

Jangan kejar kejayaan, biar kejayaan kejar kita, jangan kejar duit biar duit kejar kita.

Ilahi..maksudnya...Ya Allah..itu yang ku tuju..redhaMu menjadi tujuan hidupku, kurniakanlah aku kasih sayangMu dan kasih sayangMu sentiasa dihati...

Dalam kehidupan seharian hendaklah mencari keredhaan Allah dengan sentiasa memikirkan apa Allah kata bukan memikirkan apa orang kata...sentiasa mengharapkan penghargaan Allah..bukan penghargaan manusia...

Dalam bekerja hendaklah sentiasa bertanya apa yang saya boleh beri kepada pekerjaan dan bukan apa yang saya boleh dapat.

Sentiasa memikirkan nak beli tiket ke syurga ka ke neraka?

Setakat ini dulu la Info daripada ceramah2 Prof Muhaya...nanti kalau ada akan ditambah...moga kita semua dapat mencari keredhaan Allah dengan menjaga hubungan dengan Allah, dengan manusia dan..alam sekitar..

0 comments:

Post a Comment