Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam Ahmad
berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah
bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah
al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad
berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa
membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar
daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada
Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda
: "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya
daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca
keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada
Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah
Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah
kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya
antara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada
Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari
Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al
Atiqa."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada
Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya
daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari
Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika
Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada
syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda
: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah
cahaya utknya dihari kiamat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Salam Jumaat..~[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
JOM baca surah Al-Kahfi... :)
- Artikel iluvislam.com
0 comments:
Post a Comment