Sihat Dalam Masa 10 Minit Menurut ahli kecergasan, sesiapa yang inginkan badan sihat, cergas dan langsing perlu melakukan senaman selama 45 minit hingga 1 jam setiap hari. Sayangnya...sebagai seorang wanita yang sibuk dengan kerjaya, masa tersebut agak sukar untuk direalisasikan. Jadi, cara yang bagaimanakah untuk anda kekal sihat sepanjang hari. Ahli kecergasan, Ann Grandjean mengatakan untuk mendapatkan badan yang sihat anda perlu memastikan diri sentiasa bergerak. Contohnya, mulakan dengan aktiviti sederhana seperti menjawab telefon sambil berjalan kaki atau meletakkan kenderaan lebih jauh daripada pejabat. Cara ini sesuai dengan aktiviti yang anda lakukan setiap hari. Paling penting, ada cara tersendiri untuk anda bergerak. Manakala menurut Harold Taylor, pemilik Harold Taylor Time Consultants di Toronto mengatakan, walaupun seseorang itu sibuk dengan tugas hariannya, selitkan aktiviti ringkas ini kerana ia boleh membantu meningkatkan kepercayaan dan keyakinan dalam diri. Namun begitu, aktiviti ringkas ini bukanlah pengganti kepada senaman tetapi sekadar suplemen atau tambahan kepada senaman yang sebenar. Berikut beberapa cara yang sederhana untuk bergerak khusus untuk anda yang tidak mempunyai masa bersenam. Kawasan Rumah 1. Ketika berjalan-jalan atau mengambil udara segar di sekeliling rumah, cuba lakukan lompat bintang (jumping jack). Caranya mudah, berdiri dengan kedua kaki ditutup dan tangan di sisi. Lakukan lompatan dengan membuka kaki dan tangan dibawa ke atas. Kemudian, tutup kaki dan letakkan tangan kembali ke sisi badan. Lakukan selama 5-10 minit kerana dikatakan dapat membakar 90 kalori bagi wanita yang mempunyai berat 75kg. 2. Ketika anda menyiapkan hidangan makan malam untuk keluarga, anda boleh lakukan latih tubi berdiri sambil menunggu air mendidih. Caranya, berdiri dengan mendepakan tangan pada hujung kabinet dapur. Kemudian, tolak tangan ke kabinet almari. Senaman ini untuk melatih tangan dan bahu. 3. Pada waktu malam, sebelum tidur anda tentu sekali akan membersihkan muka atau sapuan losyen pada badan. Jadi, cuba lakukan beberapa latihan yang menggunakan dumbel. Ini adalah saranan daripada instruktor Sheila Cluff yang sentiasa meletakkan dumbel di bawah meja solekan bagi memudahkan membuat latihan ringkas. Lebih banyak info dalam RAPI 15 APRIL 2011 Sumber : Majalah rapi |
Monday, 27 June 2011
22:00
Kecergasan badan
Author:
Masalia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment