Di bahagian 1 dahulu kita dah tahu pasal adab dan sifat berdoa..sekarang kita nak tahu pasal ..
Waktu Mustajab berdoa
Boleh dilakukan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri, antaranya ialah :
- Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh.
- Tiap-tiap selepas solat fardhu lima waktu.
- Antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib.
- Antara Azan dan Iqamah atau selepasnya.
- Ketika bangun tidur.
- Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
- Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
- Antara takbir solat hari raya.
- Dalam khutbah Jumaat, khutbah Raya dan khutbah Nikah.
- Ketika menziarahi Makan Rasulullah SAW di Masjid Nabawi
- Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
- Ketika membaca Qunut bagi solat Subuh dan lain-lain.
- Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
- Ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan resah gelisah.
- Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yg dah lama berpisah.
- Ketika hujan turun.
- Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
- Sepanjang malam,terutama sepertiga malam yang akhir dan waktu makan sahur.
- Ketika khatam Al-Quran 30 juzuk.
- Ketika sujud dalam solat khususnya sujud terakhir.
Tempat Mustajab Berdoa
Berdoa boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan ditempat yang bersih dan sesuai, tetapi yang afdalnya adalah tempat-tempat berikut:
- Apabila melihan Baitullah (Kaabah) di Makkah.
- Kerika melakukan tawaf mengelilingi kaabah.
- Di dalam Kaabah.
- Di sisi Multazam dan Hijr Ismail.
- Ketika melihat masjid Rasulullah SAW di madinah.
- Di sisi telaga zamzam.
- Di atas Bukit Safa dan Marwah.
- Di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s.
- Di muzdalifah pada 10 Zulhijjah
- Di padang Arafah pada 9 Zulhijjah.
- Di padang Mina pada hari Tasyriq.
- Di dalam Masjid.
- Di sisi Jamratul Aqabah pada 11,12,13 Zulhijjah.
Semoga Allah memberkati kita semua....Cukup dulu setakat ini...kita sambung bhg 3 nanti ya....jumpa lagi...
0 comments:
Post a Comment