Saturday, 18 June 2011

Indahnya Hidup Bersyariat bhg 1



Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk mencoret beberapa ilmu untuk dikongsikan bersama dengan izinNya...

Dipetik daripada buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' hasil nukilan - Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Berdoa
Berdoa merupakan amalan penting menghubungkan insan dengan Allah SWT sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani, pelerai kesulitan dunia dan akhirat.
Allah SWT berfirman :




وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ 


                                                        (surah al-Baqarah:186)


Maksudnya : Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Daripada Abu Umamah r.a. katanya : Telah ditanya orang akan Rasulullah SAW : " Ya Rasulullah, manakah dia doa yang paling didengari?'' Rasulullah SAW bersabda, " Di penghujung malam yang terakhir dan selepas solat lima waktu."
(Riwayat al-Tirmizi)


Adab Dan Sifat Berdoa


Berdoa ialah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah. Antaranya ialah:
  1. Keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwuduk, bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat.
  2. Dalam keadaan kusyuk dan merendah diri kepada Allah dan mengadap ke arah kiblat.
  3. Merendahkan suara dan tidak mengganggu orang lain.
  4. Jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak.
  5. Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah SWT.
  6. Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu.
  7. Memulakan dengan memuji Allah dan Selawat (ke atas Nabi SAW) dan juga mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah dan berselawat.
  8. Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.
  9. Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.
  10. Doa itu bukan bertujuan utk melakukan dosa, atau memutuskan hubungan silaturrahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
  11. Memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara mara beriman.
  12. Hendaklah dengan penuh perasaan pengharapan dan jangan cuba mengatakan " Ya Allah, ampunkanlah daku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah sekiranya Engkau inginkan.
  13. Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dibuat oleh Nabi SAW.
  14. Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah.
  15. Berdoa dengan suara perlahan...
Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.....amin....
Berjumpa lagi di bhg 2...insyaAllah...








0 comments:

Post a Comment