Friday 9 December 2011

skrip kehidupan

1) Hendak mencari ilmu (fardhu kifayah dan fardhu ain) sebanyak mungkin demi menuju redha Allah

2) Hendak menutup kad kredit dan tidak mahu mengguna khidmatnya lagi insyaAllah...

3) Hendak membaca buku sebanyak mungkin untuk menjadi penulis dengan tujuan berdakwah untuk menuju redha Allah..

4) Mendidik anak2 berakhlak mulia dan tidak meninggalkan solat, insyaAllah..masih bermujahadah...

5) Mengurangkan makan dan mengurangkan berat badan...masih bermujahadah....

6) Menjaga masa kerana masa adalah amanah dan kerja dengan tekun kerana kerja itu ibadah demi menuju redha Allah...

7) Menyeimbangkan kehendak dunia dan akhirat demi menuju redha Allah dan mencapai khusnul Khatimah..masih bermujahadah....

8) Menjadi seorang yang suka MEMBERI dalam bentuk apa sekali pun demi mencari redha Allah...masih bermujahadah....

9) Menjadi isteri solehah dan ibu mithali demi menuju redha Allah...

10) Sentiasa bermujahadah untuk menjaga kata, menjaga hati, menjaga mata, menjaga telinga demi mencari redha Allah...insyaAllah...

Tuesday 6 December 2011

Skrip kehidupan

1) Bersyukur dengan nikmat Allah
2) Berkursus CPRE di opis dengan semangat dengan ikhlas menuju redha Allah
3)Memberi tumpuan semasa belajar CPRE ini dan berusaha memahami apa yang di pelajari untuk di amalkan dalam organisasi insyaAllah
4) Berusaha membaca dan mengingati apa yang dipelajari untuk menduduki exam pada hari jumaat (9 Dis 2011)
5)Berusaha menjadi Isteri solehah dan ibu mithali demi mencari redha Allah...Ya Allah..bantulah hamba-Mu ini dalam bermujahadah...
6) Berusaha menjadi pekerja yang terbaik dan menyumbangkan tenaga sebanyak mungkin terhadap organisasi (janm) menuju redha Allah insyaAllah...
7)Semoga dapat membersih hati ini daripada buruk sangka dan mengata org lain sepanjang hari ini dan seterusnya..insyaAllah..demi menuju redha Allah...dan semoga sentiasa istiqamah melakukan kebaikan dalam mengejar redha Allah...
8) Meletakkan tujuan hidup utama ialah mencari redha Allah dengan melakukan semua kewajipan sebagai umat Islam dan meninggalkan laranganNya...bagi menjadi Mukmin Profesional...insyaAllah....bantulah HambaMu ini dalam mencari redha Mu...amin...

Friday 11 November 2011

Janganlah berprasangka buruk.....

Ya Allah...ampunila daku...sesungguhnya aku telah berburuk sangka sesama muslim....mahkluk ciptaanMu Ya Allah....aku bertaubat kepadaMu Ya Allah....Hinanya aku disisiMu Ya Allah....ampunkah dosa ku..ampunkan dosaku Ya Allah....terimalah taubat aku ku ini....sesungguhnya..Engkau Maha Pengampun...lagi Maha Mengasihani....ampunkanlah daku...Ya Allah....Besihkan hati ku ini...Sucikan lah hatiku...janganlah Engkau bolak balikkan hati ku ini...tetapkan lah hati ku ini hanya untuk Mu yaAllah....semata-mata mencari keredhaanMu Ya Allah....

Berikut sumber daripada : http://rasuldahri.tripod.com


HUKUM BURUK SANGKA TERHADAP SESAMA ISLAM  

Allah ‘Azza wa-Jalla telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam anggota Jamaah Islamiyah.  Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan anggota jamaah ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.
Allah Subhanahu wa-Ta’ala mengharamkan hambaNya yang beriman dari menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap saudara-saudaranya yang seagama.  Malah  Allah mengharamkan juga segala unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya rasa buruk sangka di kalangan anggota Jamaah Islamiyah.  Pengharaman ini telah ditegaskan di dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagaimana firman Allah dan sabda Nabi:
يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ
 
"Hai orang-orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.  Dan bertakwalah kamu kepada Allah.    Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِيَّاكُمْ وَالظَّنِّ فَاِنَّ الظَّنَّ اَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَنَافَسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابِرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ اِخْوَانًا
 
"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara".  H/R al-Bukhari.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ : رَاَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَطُوْفُ بِالْكَعْبَةِ يَقُوْلُ : والَّذِى نَفْسِ مُحَمَّد بِيَدِهِ لَحُرمَةُ الْمُؤْمِنِ اَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ مِنْكَ مَالهُ وَدَمهُ وَاَنْ يَظُنَّ بِهِ اِلاَّ خَيْرًا.  رواه ابن ماجه.
 
"Dari Abdullah bin Umar berkata:  Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda:  Demi jiwa Muhammad yang di tanganNya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya  sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik”.  H/R Ibn Majah. 
 
عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ :  وَلاَ تَظُنُّ بِكَلِمَةٍ خَرَجَتْ مِنْ اَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ اِلاَّ خَيْرًا.
 
"Dari Umar bin Al-Khatab beliau berkata:  Janganlah kamu berprasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik".  Lihat Tafsir Ibn Kathir, jld. 4, m/s 271.

عَنْ حَارِثَةِ بْنِ النُّعْمَان قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَزِمٌ ِلاُمَّتِى : اَلطِّيَرَةُ وَالْحَسَدُ وَسُوْءُ الظَّنِّ. فَقَالَ : وَمَا يُذْهِبُهُنَّ يَارَسُوْلَ اللهِ مِمَّنْ هُنَّ فِيْهِ ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا حَسَدَ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ وَاِذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقْ وَاِذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ
 
"Dari Haritha bin an-Nukman berkata:  Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku:  Kepercayaan sial.  Hasad dengki.  Prasangka.  Beliau bertanya:   Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut?   Baginda bersabda:  Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan".  H/R at-Tabrani.
Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadith-hadith di atas berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama).  Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka. Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
اِذَا قَلَّ الْعِلْمُ ظَهَرَ الْجَفَا وَاِذَا قَلَّتِ اْلآثَارُ كَثُرَتِ اْلاَهْوَاءُ وَلِهَذَا تَجِدُ قَوْمًا كَثِيْرِيْنَ يُحِبُّوْنَ قَوْمًا وَيَبْغَضُوْنَ قَوْمًا لاَجْلِ اَهْوَاءٍ لاَيَعْرِفُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ دَلِيْلَهَابَلْ يُوَالُوْنَ عَلَى اِطْلاَقِهَا اَوْ يُعَادُوْنَ مِنْ غَيْرِ اَنْ تَكُوْنَ مَنْقُوْلَةً نَقْلاً صَحِيْحًا عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ وَسَلَفِ مِنْ غَيْرِ اَنْ يَكُوْنُوْا هُمْ يَعْقِلُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ يَعْرِفُوْنَ لاَزِمَهَا وَمَقْتَضَاهَا. رواه مالك.
 
"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain).  Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu.  Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya.  Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya".   H/R Imam Malik.
            Orang-orang yang mempunyai penyakit ragu-ragu, was-was dan buruk sangka terhadap Allah dan terhaap ibadahnya, ia perlu segara meninggalkan penyakit tersebut dan segera bertaubat.  Agar ia tidak berulang, maka perlu dirawat dengan ilmu agama terutama ilmu akidah.  Oleh itu setiap mukmin sewajarnya menyebukkan dirinya dengan menuntut ilmu seperti menghadiri majlis-majlis ilmu yang memperkatakan tentang agama.  Kerana hanya ilmu agama yang dapat merawat dan menyembuhkan penyakit ragu-ragu, was-was dan buruk sangka

Thursday 10 November 2011

doa dapat keampunan dan kesihatan yang baik.


Maksudnya:
Ya Allah, aku memohon akan dikau keampunan dan kesihatan. Ya Allah aku memohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kesucian dan kekayaan.
Marilah kita sama-sama memohon keampunan Allah atas permintaan kita kepada-Nya dalam banyak perkara yang kita tidak mengetahui rahsia di sebaliknya. Jadikanlah doa ini amalan harian sebagai satu usaha bertaubat kepada Allah SWT....

kenali Potensi diri

InsyaAllah..

1) Setiap hari sebelum bekerja luangkan masa selama 10 minit untuk berfikir bagaimana saya dapat melakukan pekerjaan dengan lebih baik hari ini?Amalkan sikap memberi...apa yang saya dapat beri pada hari ini..bukan apa yang saya patut dapat......bekerjala seperti esok tiada lagi...
2) Galilah dan kenalilah ‘diri’ anda yang sebenar. Utamakan potensi dan jangan terlalu mahu memperbaiki kekurangan sehingga terabai kekuatan yang ada.
3) Hapuskan dari minda anda perkataan “Tidak Mungkin”. kerana ianya merupakan kata-kata yang akan mendorong anda kepada kegagalan.Yakin boleh...

Wednesday 9 November 2011

Jurnal Kehidupan Ku

Bismillahhirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang...

Berikut jurnal kehidupan untuk aku capai dengan izin Allah....

1) Menurunkan berat badan drp 65 kpd 60 kg untuk sihat dan capai BMI normal (itupun belum normal tapi ini fasa 1 utk turun berat badan)

2) Mendidik anak2 mendirikan solat (tanpa meninggalkan solat), perlu lebih disiplinkan diri sendiri kemudian barulah disiplin kan anak2.

3) Bermujahadah mengurangkan makan, sekarang suka sgt makan

4) Melakukan senaman setiap hari (15 minit pun jadila)

5) Membaca sekurang-kurangnya sebuah buku atau majalah untuk seminggu (kalau lebih lagi bagus) untuk menambah pengetahuan.

6) Sedang Berjinak2 dalam bidang penulisan, sekurang2 menghasilkan 1 artikel seminggu dalam blog.

7) Memastikan rumah tangga dan diri sentiasa kemas untuk menjana rumahtangga bahagia, insyaAllah.

8) Melatih diri untuk menjadi org yang sabar dalam semua keadaan...dengan izin Allah...

Thursday 3 November 2011

Ilmu daripada Kelas Pengajian Tafsir Al-Quran Dr. Fatma

al-quran2
Al-Fatihah :
1. Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2. Baca 41 kali tiup dalam  air dan  minum serta buat air  mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman

3.  Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental

4. Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Sakit yang keterlaluan.

5. Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6. Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut)  kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK  KEPADA SEMUA.
YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:
Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.

Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.

(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).
AWET MUDA (dalaman dan luaran)
Zikir Baca
Ya Badiyah -1 kali
Ya Nur – 1 kali
Ya Hadi – 1 kali
Ya Allah – 3 kali
Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.

Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)
Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman


KAYA DENGAN KETENANGAN JIWA

Baca ayat Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.
MENGELAKKAN SAKIT KEPALA
Bawa ayat Al-Waqiah Ayat 19 moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan sakit kepala.

Haji Mabrur

Khutbah Jumaat: Ganjaran haji mabrur perlukan pengorbanan
2011/11/04

PADA saat ini umat Islam seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji, salah satu Rukun Islam dan satu kewajipan mesti ditunaikan bagi mereka yang memenuhi syarat ditentukan syarak.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; antaranya ialah) makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Ali-Imran ayat 97)
Berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan tinggi jemaah haji membuat persiapan melaksanakan ibadah itu, maka diharapkan mereka mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT dengan memperoleh haji yang mabrur.
Haji mabrur adalah haji yang diterima dan dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah SWT. Ini adalah kedudukan paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi sesiapa saja yang menunaikan ibadah haji.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Satu umrah dengan umrah yang lain adalah penghapus dosa dan haji mabrur (diterima) amalannya, tidak dibalas baginya melainkan dengan syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Ganjaran besar ini tidak memungkinkan seseorang itu mencapainya dengan begitu mudah. Bahkan akan menghadapi pelbagai kesukaran, pengorbanan serta cabaran berasaskan kekuatan iman dan takwa.

Secara umumnya, seseorang yang ingin mencapai haji mabrur di sisi Allah hendaklah melaksanakan beberapa perkara dengan ikhlas. Imam Nawawi menjelaskan dalam kitab Syarah Muslim, haji yang mabrur adalah yang tidak bercampur dengan dosa dan tidak riak.
Kedua, sumber yang halal seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik.” (Hadis riwayat Muslim)

Justeru, sewajarnya sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah kembali segala pendapatan, perbelanjaan, bekalan dan pakaiannya daripada sumber yang halal.

Mempelajari ilmu berkaitan ibadah haji dan umrah. Syeikh Mustafa az-Zarqa’ dalam buku Fatwa Hukum Haji dan Kelebihannya ketika ditanya makna haji mabrur, menyatakan ciri haji yang diterima antaranya tidak melampau dalam mengerjakan kewajipan haji, tidak mengabaikan adab haji dan sunnahnya.

Memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti baik, memberi makan sekadar kemampuan, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat kekal (seperti keadaan itu) dan istiqamah.

Oleh itu, umat Islam dinasihatkan berusaha mendalami ilmu berkaitan pelaksanaan ibadah haji dan umrah supaya segala perbuatan dan adab dilaksanakan dengan betul dan sempurna. Perbuatan cela perlu dijauhi kerana tujuan asal untuk menyucikan dosa.

Perkara khurafat seperti mengusap makam Nabi Ibrahim, menanam batu di Arafah, memotong kelambu Kaabah, mencari tiang jin perlu dijauhi.

Banyak juga persoalan ditimbulkan bahawa mereka yang memperoleh haji mabrur dikatakan akan mengalami peristiwa pelik antaranya tersesat dalam perjalanan, hilang harta benda atau mendapat mimpi.

Pandangan ini tidak betul kerana ibadah haji seseorang itu diterima ataupun ditolak Allah SWT dilihat setelah kembali dari menunaikan haji.

Al-Khawwas dalam kitab Bughyatul Mustarsyidin berkata, setelah kembali mengerjakan haji, mereka berakhlak dengan akhlak Rasulullah SAW, tidak mencebur diri dalam dosa dan tidak memandang dirinya lebih tinggi daripada seorang hamba Allah SWT, tidak berebut mendapat sesuatu daripada perkara dunia. Manakala tanda tidak di terima ialah mereka kembali kepada keadaan sebelum mengerjakan haji.

Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Solat Sunat

Ibadat sunat tampung kekurangan solat fardu
Oleh Muhammad Abdullah

2011/10/03

KERIUHAN pasar malam dimulai sejak petang lagi mengajak manusia berduyun-duyun melakukan jual beli. Kewujudan pasar malam di pelbagai lokasi sudah menjadi keperluan mustahak bagi penduduk mendapatkan barang keperluan asas juga ruang peniaga kecil tempatan meraih rezeki halal.

Bagaimanapun, apabila pintu senja akan beralih kepada malam, dari suasana cerah bertukar gelap, ada tuntutan yang perlu diberikan perhatian oleh umat Islam.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila kegelapan malam tiba, iaitu waktu petang, tahan anakmu, sesungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu. Apabila malam mula berlalu, maka lepas mereka, tetapi tutup pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup, tutup makanan dan minuman serta sebut nama Allah SWT, sekalipun dengan meletakkan sesuatu di atasnya.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Agak malang, bagi yang beranggapan sudah memadai melakukan ibadat fardu sehingga tidak mempedulikan solat sunat lain
Umat Islam mesti sedar dalam keasyikan keriuhan pasar malam atau di mana saja berada, ada amalan penting perlu dilaksanakan antara ruang Maghrib ke Isyak. Keutamaan menunaikan solat sunat antara Maghrib ke Isyak dijelaskan Hudzaifah dengan katanya yang bermaksud: “Aku solat Maghrib bersama Rasulullah SAW, sesudah beliau berdiri melakukan solat berterusan hinggalah masuk waktu Isyak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Menunaikan solat sunat selepas waktu Maghrib seperti solat sunat awwabin mungkin agak asing bagi sesetengah umat Islam yang dilalaikan dengan urusan dunia. Agak malang, bagi yang beranggapan sudah memadai melakukan ibadat fardu sehingga tidak mempedulikan solat sunat lain.

Antara kelebihan menunaikan solat sunat seperti dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya amalan pertama manusia yang akan diperiksa pada hari akhirat ialah solatnya, berkata Tuhan kepada malaikat pada hal Dia Maha Mengetahui: Periksalah pada solat hamba-Ku sama ada dia menyempurnakannya atau tidak, kalau didapati dia telah menyempurnakan solatnya, maka tuliskanlah dengan sempurna, sebaliknya apabila didapati solat yang dilakukan tidak sempurna maka Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Lihatlah kalau hamba-Ku itu ada melakukan solat sunat? Kalau memang ada solat sunat yang pernah dilakukan maka Allah berfirman lagi, sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya. Kemudian semua amalannya yang lain diterima kerana kesempurnaan solatnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang benar-benar beriman dan yakin dengan balasan serta janji Allah pada hari akhirat sudah pasti menjinakkan hatinya merebahkan dahi tunduk sujud kepada Allah melalui solat fardu dan solat sunat seperti solat sunat dua rakaat sebelum dan sesudah solat fardu, tahajud, hajat, istikharah, taubat, tasbih dan witir.
Mengikut Ibnu Umar: “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu dua rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat sesudah Zuhur, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan dua rakaat sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam kehidupan beragama, dari waktu Maghrib hinggalah Isyak adalah ruang beribadat kepada Allah SWT. Mengkhususkan ruang beribadat bersama ahli keluarga dengan menghidupkan proses menyampaikan ilmu dari ibu bapa kepada anak-anak dan sesama pasangan suami isteri.

Keutamaan menjaga waktu Maghrib perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya menitikberatkan anak pulang sebelum Maghrib dapat menghindarkan mereka dengan fitnah. Anak belasan tahun yang masih perlu bimbingan dan kawalan ibu bapa tidak wajar dibiarkan berkeliaran melepasi waktu Maghrib.

Jika dibiarkan anak masih remaja bebas berkeliaran meskipun sudah melewati Maghrib, akan mendedahkan mereka kepada gejala dan penyakit sosial seperti merempit, meragut, pecah rumah atau penyalahgunaan dadah.

Mendekatkan diri kepada Allah SWT dapat melindungi diri dan ahli keluarga daripada fitnah dan bergelut dengan kemelut sosial. Apabila mendekatkan diri kepada Allah, nescaya perlindungan daripada-Nya mengatasi segala kesulitan dan bencana.

sumber : Berita Harian

Wednesday 2 November 2011

Doa Pembuka 12 pintu-Dato' Dr. Fadzilah kamsah

DOA PEMBUKA 12 PINTU PDF Cetak E-mail
Ditulis Oleh HISHAM ABDULLAH   
Khamis, 15 April 2010
DOA PEMBUKA 12 PINTU MERUPAKAN DOA YANG DIAJAR OLEH DATO' FADZILAH KAMSAH DALAM SETIAP CERAMAH DAN KURSUS BELIAU. DOA INI SANGAT BAIK UNTUK DIAMALKAN OLEH SEMUA LAPISAN MASYARAKAT. SEMOGA MENDAPAT GANJARAN DENGAN MENGAMALKAN DOA 12 PINTU INI. AMIN.
 doa2.jpg

Kelebihan Solat Tahajjud

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.



5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
Tanda berkat pada wajahnya
Disukai oleh ramai manusia
Allah jadikannya seorang yang bijaksana
Bila bercakap penuh hikmah
4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

Wajahnya bercahaya
Diringankan hisab
Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
Dapat buku amalan dengan tangan kanan


"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu..." 



Tunaikan sembahyang pada malam hari dijanjikan kedudukan terpuji di akhirat

AMALAN solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat tahajud seperti sabda Nabi SAW: “Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, Nombor 1163.


Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h berkata: “Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu.

Menurut Ibn Faris: Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat pada malam hari. Menurut al-Kurra’ pula, tahajjud adalah solat malam secara khusus.” � Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203

Oleh itu, solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.

Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah sebagaimana firman Allah SWT:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)

Abu Ubaidah menyatakan di dalam Kitab al-Majaz: “Maksud firman Allah kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu ialah berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat.
” � Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 202

Dalil solat tahajud lebih utama dilakukan satu pertiga malam terakhir berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
“Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih ada baki satu pertiga malam yang akhir.

Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku akan memakbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampuninya.”

Ternyata ibadat di dalamnya ada doa, permintaan dan permohonan ampun adalah solat.

Rasulullah SAW seorang insan dijamin Allah akan masuk syurga. Baginda juga sebaik-baik manusia, malah digelar sayyid al-Mursalin, iaitu penghulu segala Rasul. Baginda insan maksum dan bebas daripada sebarang bentuk dosa.

Walaupun dengan kedudukan sedemikian, Baginda tetap bersungguh-sungguh mengerjakan solat tahajud sehingga pecah tumit kakinya. Isterinya Aisyah r.a melihat sendiri kesungguhan luar biasa Baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah masih ingin bersusah payah melakukan ibadat itu sedangkan dia seorang yang dijamin syurga.

Kisah ini disampaikan Aisyah r.a sendiri dalam sebuah hadis: Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Aisyah berkata kepada Baginda: Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang? Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” � Hadis riwayat al-Bukhari.

Justeru, selepas dibandingkan amalan Rasulullah SAW ini dengan diri kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa, mengapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh melaksanakan solat tahajud? Adakah kita menganggap diri kita setanding atau lebih baik daripada Rasulullah SAW?

Allah mengurniakan pelbagai keutamaan besar bagi mereka yang melaksanakan solat tahajud. Mereka mengerjakan ibadat pada malam hari akan dikurniakan kedudukan terpuji di sisi Allah di akhirat kelak yakni menjadi ahli syurga.




Sumber: http://www.bharian.com.my

Tuesday 1 November 2011

Ikim-Islam itu indah (2 Nov 2011)-Pengorbanan Dalam Kehidupan

Bersama Prof Muhaya.....

Soalan            : Bagaimana nak hidupkan mati yang mati?
Jawapan Prof  : Sentiasa ingat mati.....

Soalan            : Bagaimana untuk menjadi seorang yg rajin dan berazam utk jadi rajin?
Jawapan Prof  :Apa tujuan hidup....fokus pada tujuan hidup..apakah manafaat yang kita perlu buat hari ini...buat skrip kehidupan..

Soalan            :macamana nak bekerja dan risau pasal hutang?
Jawapan prof  :kenapa berhutang? beli barang keperluan sahaja....mula cari sumber utk bayar utang..tukar paradigma ketika nak beli brg...kerana Allah atau kerana manusia..?..

Soalan            :saya sukakan knk2, cammana nak kekalkan kesabaran?
Jawapan prof  :Jadilah perangai cam knk2....jgn bajet bagus...lihat ciptaan Allah..terutama kanak2....ladang pahala...jaga kanak2..

Soalan           : Sambut hari lahir di Mekah apa maknanya?
sentiasa bersyukur

Soalan          : Formula kehidupan?
Jawapan prof :Sentiasa mencari redha Allah..
Tahu dan kenal Allah....ingat Allah...apa suami buat x penting...yang penting Allah sayang kita....Allah sayang kita..automatik suami sayang kita...

Soalan           :Tips mata segar
Jawapan prof : 1)guna mata utk kebaikan...byk baca quran....
                       2)gunakan air mata palsu dibeli murah...guna cahaya terang...ketika baca

Soalan          : Setiap hari nak success, apa petua nak success , perjalanan minda separa sedar?
Jawapan Prof : Matlamat minda sedar - fikiran...
capai matlamat minda bwh sabar....(blueprint..programming)..- teransang lepas solat...menarik apa akan dtg hidup...tulis dan bygkan apa nak buat esok hari...apa yg kita jangkakan....
imej x baik...violent...imej negatif lemahkan tubuh org tuh..
sebelum tidur...bygkan perkara2 positif....maafkan semua org...benda baik akan dtg kepada kita....sentiasa maafkan org...jgn tgk citer antu...bgn tidur terus syukur....dan doa lancarkan kehidupan kita....
 fokus pada benda +ve

soalan : Nak berhenti kerja, takut rezki sikit?
Jawapan prof  : Kenapa takut nak berhenti kerja....rezki Allah yg beri...yakinlah dengan janji Allah...

Soalan : Pengorbanan isteri...kemesraan kurang?
Jawapan Prof  : Faktor isteri atau suami..? tgk balik hubungan dengan Allah...solat dan jaga aurat....jgn ungkitkan apa yg telah buat.

Soalan : Tabiat lambat...x punctual?
Jawapan prof : Tabiat..programming awal...kalau pokok tanam lama...buang akar payah....pegi jumpa pakar...kajian : gagap..boleh hilang gagap tak...cuba bayangkan anda tidak gagap......semasa bygkan,,,..akan masuk bawah minda bwh sedar....bygkan anda sentiasa punctual...apa yg menyebabkan saya lambat..sentiasa positif..

Soalan : Pupuk diri dan redha sepenuhnya...
Jawapan Prof : nak hebat....
kawan dengan org baik....dengar ceramah yg baik...masukkan minda bwh segar...sentiasa dgn benda yg baik....hidup drp dalam keluar...kita mempengeruhi dunia roh kita...bygkan buat jiwa yg suci dan sedalam sepenuhnya.....siapa kawan kita..itulah diri kita....

soalan : menyubur sifat sabar dan korban dan sentiasa dihargai?

ego..tahu.-.ilmu...mampu.-.melawan nafsu....cakap selalu : saya ingin merasa bahagia..bygkan malaikat mencatit amalan kita..

Soalan : Cammana memotivasikan dlm perniagaan supaya bertahan?
1)niat....apa faedah yg kita drp duit
2) yakin apa yg kita buat..cinta apa yg kita buat dan jualla cinta itu....bila nak buat sesuatu..cinta dan niat dan tujuan
3) beri nilai barang setimpal
4) keyakinan
5) buat skrip...
6)Buat solat dhuha dan jaga solat....
7)Jaga kesihatan dan penampilan....
8)Apakah faedah yg kita nak beri pada org...sentiasa puji org..

Disiplinkan diri..utk capai apa yg kita kehendaki utk mencari redha Allah bukan penghargaan manusia...

Sunday 23 October 2011

KelebihanBulan-Bulan Haram







MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
KHUTBAH JUMAAT
5 SEPTEMBER 2003M / 8 REJAB 1424H

KEMULIAAN BULAN-BULAN HARAM


Sidang  Jumaat yang dirahmati Allah

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan rasa taqwa kita kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangan serta tegahan Nya. Semoga diri kita senantiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Kita sebagai manusia digesa supaya dapat merenung dan bertafakkur akan kehebatan ciptaan  Allah, agar ianya dapat melahirkan dalam diri kita rasa kecintaan dan keimanan yang kukuh kepada Allah s.w.t 
Antara contoh kehebatan ciptaan Allah ini  ialah kejadian alam semesta iaitu  dengan peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan matahari, manusia dapat memanfaatkannya bagi mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa

Firman Allah s.w.t  dalam Surah Yunus : 5  

Ertinya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan tanda-tanda kebesaranNya satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.

Berdasarkan pergerakan bulan ini maka lahirlah kalendar Islam atau taqwim Islam yang mempunyai  dua belas bulan dalam setahun, dan daripada dua belas bulan ini empat daripadanya dinamakan sebagai bulan-bulan haram yang dihormati dan mengandungi kemuliaan dan kelebihannya yang tersendiri.

Firman Allah dalam Surah At-Taubah : 36

Ertinya :
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul serta lurus.
Keterangan Allah ini diperkuatkan pula dengan sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim:
Ertinya :
Sesungguhnya zaman itu telah berputar sebagaimana keadaannya sejak hari Allah menciptakan semua langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya ada empat bulan yang suci, tiga berturut-turut iaitu Zulqaeddah, Zulhijjah dan Muharram dan keempat nya ialah bulan Rejab ‘Mudhar’ yang jatuh antara dua Jamadil (iaitu Jamadil Awal dan Jamadil akhir) dan Sya’ban.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Bulan-bulan haram sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Rasulullah ini adalah bulan Zulkaeddah, Zulhijjah, Muharram dan juga Rejab. Ia adalah satu amalan yang telah pun dilakukan oleh masyarakat arab Jahiliyyah sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w lagi, yang mana pada masa tersebut masyarakat arab Jahiliyyah amat menghormati sekali bulan-bulan haram, sehingga pernah diriwayatkan bahawa walaupun mereka suka berperang dan berbunuh-bunuhan antara satu sama lain tetapi pada bulan-bulan haram ini mereka akan berhenti daripada berperang semata-mata kerana menghormatinya.

Amalan menghormati bulan-bulan haram oleh masyarakat arab jahiliyyah ini adalah salah satu contoh amalan yang diambil daripada peninggalan syariat nabi Ibrahim a.s. dan nabi Ismail a.s sama seperti tawaf serta sa’i dalam ibadah haji dan umrah yang masih dikekalkan dalam kehidupan mereka, cuma bezanya amalan-amalan ini sudah pun dicemarkan dan dicampur adukkan di antara yang hak dengan yang batil.

Dalam agama Islam, bulan-bulan haram ini dimuliakan berbanding dengan lain-lain bulan, sehingga diriwayatkan bahawa melakukan maksiat pada bulan-bulan haram ini diberikan balasan yang buruk, begitu juga jikalau kita melakukan ketaatan dalam bulan-bulan haram ini akan diberikan ganjaran yang besar berbanding dengan lain-lain bulan.

Sesungguh nya Allah berkuasa untuk memuliakan sesuatu tempat atau masa mengikut apa yang Dia kehendaki. Kehormatan yang Allah berikan pada bulan-bulan haram ini samalah sebagaimana Allah memuliakan Tanah Haram sebagai tempat yang paling mulia dan Masjidil Haram sebagai masjid yang paling mulia.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Antara amalan-amalan yang digalakkan untuk kita lakukan bagi mengambil kesempatan daripada kemuliaan yang ada pada bulan-bulan haram ini ialah dengan kita memperbanyakkan puasa.

Sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang di riwayatkan daripada Abu Mujibah al-Bahiliyah dari bapanya atau dari pamannya dia berkata :

“ Aku telah mendatangi nabi s.a.w. , maka aku berkata : Aku yang telah datang pada Tuan pada tahun yang lalu. Beliau s.a.w. lalu bersabda : Apakah yang menyebabkan kau kelihatan lemah? Maka saya menjawab : Saya tidak pernah makan pada waktu siang melainkan  pada waktu malam. Lalu nabi bersabda : Apa yang telah membuatkan engkau menyiksa dirimu sendiri ‘ Jawab beliau : Sebab sesungguhnya saya masih ada kekuatan. Sabda baginda : Berpuasalah bulan Sabar (yakni bulan Ramadan) dan sehari sahaja dalam setiap bulan-bulan lainnya. Ia berkata : Sesungguhnya saya masih ada kekuatan. Beliau s.a.w bersabda : Berpuasalah bulan Sabar dan dua hari sahaja dalam setiap bulan-bulan lainnya. Ia berkata : Sesungguhnya saya masih ada kekuatan. Sabda baginda : Berpuasalah bulan Sabar dan tiga hari sahaja dalam setiap bulan-bulan lainnya dan berpuasalah pada bulan-bulan haram.”  Hadis riwayat Ibnu Majah.

Dan di antara bulan-bulan haram yang empat ini, terdapat banyak sekali riwayat yang menyebutkan tentang galakan Rasulullah s.a.w. yang menyeru umat nya supaya berpuasa di dalam bulan Muharram khususnya pada 10 hari yang pertama termasuk hari kesembilan dan kesepuluh dalam bulan Muharram yang dinamakan sebagai hari “ Tasu’a’ ”  dan “‘Asyura’“kerana ganjaran besar yang terdapat pada hari-hari tersebut.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :


“Puasa yang paling afdhal sesudah bulan Ramadan ialah dalam bulan Allah yang dimuliakan – yakni Muharram – dan solat yang paling afdhal sesudah solat wajib ialah solatullail – yakni solat sunnah di waktu malam “ Riwayat Imam Muslim

Selain daripada itu banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh kita amalkan bagi meraih kelebihan dan kemuliaan yang terdapat dalam bulan-bulan haram ini seperti memperbanyakan istighfar dan bertaubat kepada Allah, berselawat ke atas junjungan baginda kita Rasulullah s.a.w.,  bersedekah dan melakukan amal jariah.

Maka nya, kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri, adakah kita pernah melakukan amalan-amalan yang digalakkan dalam bulan-bulan haram ini ? Begitu juga, kita juga perlu bermuhasabah pada diri kita, adakah kita sudah mempunyai bekalan yang cukup bagi menghadapi hari akhirat kelak ?

Jika jawapannya tidak, maka marilah sama-sama kita mengambil kesempatan bermula pada bulan ini iaitu bulan Rejab untuk menambahkan amalan kita dalam bulan-bulan yang mulia ini bagi merebut ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang berjaya di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.












 

Monday 17 October 2011

Amalan ibu bapa untuk anak menghadapi peperiksaan

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG


Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Tuesday 4 October 2011

Penerangan Maksud surah Al-Insyirah

Surah Al-Insyirah (Terjemahan dan Kelebihan)

Terjemahan

AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

sumber : perkim

Musim Haji Tiba Lagi

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi atas rezki kesihatan...kebahagian....kesenangan.....yang tidak terhingga ke hari ini...hingga ke saat ini....

Tahun ini abang n kakak ipar serta mak ayah akan menunaikan fardhu haji...didoakan semoga mereka dapat hai yang mabrur...amin...

Abang dan kakak ipar sudah berlepas 1 Okt 2011 yang lalu....mak ayah pula akan menyusul pada 7 Oktober nanti...tika dan saat ini hati ini sentiasa mendoakan kesejahteraan mak ayah...semoga dipermudahkan perjalanan haji mereka..amin...Ya Allah permudahkanlah..perjalanan Haji kedua ibu bapa ku..semoga memperolehi Haji yang mabrur....Rabbi yasser wala tuassir...Rabbi yasser wala tuassir...Rabbi yasser wala tuassir

Kami akan bertolak esok daripada Putrajaya ke Perlis...bagi meraikan pemergian mak ayah ke Mekah...daripada Perlis kami akan bertolak ke Penang pula pada 6 Okt 2011..dan bermalam di sana di rumah emak saudaraku..iaitu adik kepada mak aku....

Bersyukurnya..akhirnya mak ayah dijemput Allah untuk menjadi tetamuNya...alhamdulillah...tanpa henti mengucapkan syukur..mak ayah terlalu gembira dengan jemputan ini...hadiah paling bermakna buat mereka ku rasakan begitu...daripada raut wajah mereka...menggambarkan keceriaan dan keterujaan...untuk menunaikan fardhu haji...alhamdulillah...
mak ayah...anakmu ini doakan semoga mak ayah..mendapat haji yang mabrur ....dan dipermudahkan segalanya sepanjang berada di sana...insyaAllah....


Apa yang diharapkan oleh kita yang masih belum menjejakkkan kaki ke Sana...adalah..berdoa dan terus berdoa...supaya dijemput olehNya ke sana insyaAllah...Ini kerana daripada pemerhatianku...seorang yang terlalu banyak duit tapi sampai sekarang masih tidak dapat menjejakkan kaki ke bumi Mekah....tapi hamba Allah yang miskin hina ...ada yang telah menjejak kaki ke Tanah Suci ini...MasyaAllah.....Allah yang menentukan segalanya..hanya Allah sahaja yang membenarkan dan menolakkan...untuk kita sampai ke Tanah Suci....sesiapa yang telah dapat kad jemputan drp Allah...bersyukurlah..kerana kita telah dipilih oleh Allah.....banykkan bersyukur....bertaubat...bykkan solat taubat dan hajat....
Oleh yang demikian marilah kita sama2 mengumpulkan duit yang halal lagi barakah dan sentiasa berdoa kepadaNya..supaya dijemput ke sana...insyaAllah...

Friday 23 September 2011

Jiwa Lara seorang isteri...

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
alhamdulillah dengan izinNya....dapat lagi ku menitipkan sedikit coretan jiwa lara seorang isteri...

Sebagai isteri...perlu melakukan segala-galanya....mendidik dan membesarkan anak..menguruskan rumah tangga seperti mengemas rumah, memasak, mengemop lantai..dan banyak lagi. Siang malam tidak pernah jemu sang isteri ini menjalankan tanggungjawab..demi mencari keredhaan Allah..dan tugas-tugas yang dilakukan dianggap sebagai ibadah. Janganlah sedikit pun terniat di hati sang isteri merungut..jangan sekali-kali...jika terbuat juga..maka habislah pahala ibadah yang kita lakukan selama ini...marilah kita sentiasa ingat bahawa kerja-kita kita sebagai isteri ini adalah ibadah semata-mata....Ya Allah..sesekali telah tersasar...telah terbuai dengan hasutan syaitan...suami tidak hargai pengorbanan selama ini...Ya Allah..ampunilah kami kerana telah melupakanMu...kami terlupa..hanya padaMu kami perlu mengharap...bukan pada suami...ampunkan kami...semua isteri2 di dunia ini..Ya Allah....bukan suami yang tidak hargai pengorbanan isteri tetapi isteri itu telah sedikit lalai menjalankan tanggungjawab terhadap Allah..maka hati telah termakan hasutan syaitan...dan terus menyangka bukan-bukan terhadap suami...dan menuntut kemanjaan drp suami....jika berterusan begini..jiwa lara sentiasa...maka kita telah lalai ..lalai daripada mengingati Allah....Ya Allah ampunilah kami....kami lalai Ya Allah.....Jiwa lara di ubati dengan mengingati Allah...solat lima waktu dan di tambahi dengan solat sunat insyaAllah.juga melakukan..zikrullah...dengan ini akan membuatkan hati ini tenang...dan dihindari hasutan syaitan laknatullah....insyaAllah.....

Kepada siapa lagi yang perlu kita mengadu selain daripadaNya?..katakanlah...hanya padaNya kita memohon dan mengadu...insyaAllah..hati tenang..dan kita perlu ikhlas dalam melakukan amalan-amalan seorang isteri dan ia juga dianggap sebagai ibadah dan sentiasa mencari keredhaan Allah...insyaAllah....didiklah hati...didiklah jiwa dengan zikrullah....memang payah untuk kita lakukan...namun...kuatkan semangat,,dan selalu membaca buku dan mendengar radio dan rancangan yang membina jiwa dan hati kita..insyaAllah.....

Alhamdulillah...hendaklah selalu bersyukur kerana kita telah dikurniakan suami yang penyayang dan anak2 yang sihat walafiat..alhamdulillah..syukur padaMu atas segala nikmat yang telah Kau berikan..ampunilah kami Ya Allah kerana lalai selama ini...ampunilah kami Ya Allah.....astaghfirullah al azim....
Ikhlaskan hati kita wahai sang isteri..anggaplah semua yang kita lakukan selama ini sebagai ibadah.....selalu berperasangka baik ..dan selalu mengingati Dia....insyaAllah....jiwa lara sang isteri dapat diubati...sesaat kita lupa padaNya...saat itulah sang syaitan dapat menerobos hati kita...marilah kita mengamalkan zikrullah...untuk jauh drp syaitan...subhanallah..allahuakbar...alhamdulillah....

Sunday 18 September 2011

solat - duduk antara dua sujud

bacaan_duduk-2
Maksudnya pula ialah:
” Ya Tuhanku, AMPUNILAH aku.., KASIHANILAH aku.., TUTUPLAH aibku.., TINGGIKANLAH darjatku.., BERILAH aku REZEKi, TUNJUKILAH aku.., SEJAHTERAKANLAH aku..dan MAAFKANLAH aku..”

Monday 5 September 2011

seksa meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.

Enam seksa semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya. 
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang soleh daripada mukanya. 
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya. 
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah. 
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia. 
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang soleh.
Tiga seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan. 
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar. 
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetapmerasa tidak puas.
Inilah 3 seksaan tatkala hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tiga seksa ketika di alam kubur:1. Disempitkan kuburnya. 
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayatitu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.
Tiga seksa di hari kiamat:  
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka. 
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami tidak solat."

Renungan:

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh: Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur: Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar: Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib: Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak: Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

Lau kana bai na na

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat  لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab  بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam يا رحمة للعالمي

Terjemahan Bebas oleh Asyraff Hafdzan Abdullah
Lirik Nasyid
Info Lau Kaana Bainana
———————
Penasyid : Abdur Rahman Muhammad
Penterjemah Lirik : Asyraff Hafdzan Abdullah
* Lau Kana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa. Tontoni di TV Al-Hijrah setiap Ahad, jam 9 malam.
====================
LAU KANA BAINANA
Puisi Intro
———-
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.
Kami mohon pada-Mu…
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam…
Start
—–
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.
Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba…
Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam….
Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.
===============================
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Sepuluh Surah Mustajab Daripada Rasulullah

 
Semuanya dengan izin Allah S.W.T...

1. SURAH FATIHAH


Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
rah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Alhamdulillah...marilah kita amalkan..semoga beroleh syafaat..insyaAllah.....dipetik daripada blog ustaz http://saifunnizam.blogspot.com/2011/04/sepuluh-surah-mustajab-dari-rasulullah.html.....terima kasih yer...mohon dihalalkan ilmu ini ya....

Salam Syawal

Assalammualaikam....alhamdulillah diberi kesempatan lagi olehNya untuk memblog...

cepatnya masa berlalu...sedar tak sedar hari ini sudah 8 Syawal....semestinya..kebanyak drp kita sedang mengamalkan puasa 6 Syawal.....kan...insyaAllah...semoga kita semua diberi kesihatan yang baik utk menunaikan ibadat puasa 6 ini...di mana hanya ada di bulan Syawal sahaja.....dan ganjaran yang kita perolehi daripada mengerjakan amalan ini seperti kita berpuasa setahun...masyaAllah....pemurahnya Allah....Astaghfirullahalazim3X....tidak mahu kah kita rebut bonus yang Allah tawarkan ini?....Jom kita amalkan reramai..di mana ini juga merupakan sunnah Rasulullah...

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan puasa satu tahun” (HR. Muslim).

Abu Hurairah berkata: “Pahalanya satu tahun, karena setiap hari pahalanya sama dengan puasa sepuluh hari. Tiga puluh hari ramadhan sama dengan tiga ratus hari ditambah enam hari bulan syawal sama dengan enam puluh hari, sehingga jumlah seluruhnya adalah tiga ratus enam puluh hari yakni satu tahun. Hal ini, karena Allah berfirman: “Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya” (QS. Al-An’am: 160)”.

Di antara Manfaat Puasa 6 Hari Bulan Syawal ini sebagaimana dituturkan Ibnu Rajab adalah sebagai berikut:

Pertama, puasa enam hari pada bulan Syawal pahalanya sama dengan puasa satu tahun penuh sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas.

Kedua, puasa pada bulan Syawal dan Sya’ban seperti shalat sunnat rawatib. Fungsinya untuk menyempurnakan kekurangan-kekurangan dalam shalat wajib. Karena, kelak pada hari Kiamat, pahala wajib dapat disempurnakan dengan amalan sunnat.

Ketiga, dengan puasa enam hari pada bulan Syawal di antara ciri puasa Ramadhannya diterima oleh Allah, karena apabila Allah menerima amal ibadah seseorang, Allah akan memudahkan orang tersebut untuk melakukan amal shaleh lainnya. Para ulama berkata: “Pahala kebaikan adalah dengan kebaikan setelahnya. Siapa yang melakukan kebaikan, lalu setelahnya diikuti dengan kebaikan lainnya, maka itu bukti diterimanya kebaikan pertama”.

Keempat, puasa enam hari di bulan Syawal di antara cara bersyukur kepada Allah. Orang yang berpuasa Ramadhan berhak mendapatkan ampunan (maghfirah) dari Allah atas segala dosa-dosanya yang telah lalu, dan tidak ada nikmat yang paling berharga selain pengampunan Allah. Karena itu, mereka yang telah berpuasa Ramadhan patut bersyukur atas nikmat ini, di antaranya dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal. “Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya, hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, dan supaya kamu bersyukur” (QS. Al-Baqarah: 185).

Kelima, puasa enam hari pada bulan Syawal, bukti bahwa kebaikan dan amal shaleh tidak berakhir seiring berlalunya Ramadhan, akan tetapi terus berlanjut selama hidup. Seorang ulama shaleh, Bisyir, pernah ditanya tentang orang-orang yang hanya beribadah pada bulan Ramadhan, ia menjawab: “Sejahat-jahat kaum adalah mereka yang hanya mengenal dan menyembah Allah pada bulan Ramadhan saja”.
Imam as-Syibly pernah ditanya: “Mana yang paling utama; apakah bulan Sya’ban atau bulan Ramadhan?” Ia menjawab: “Jadilah hamba yang menyembah Allah (rabbaniyyan) bukan yang menyembah bulan Ramadhan (ramadhaniyyan)”.

Marilah kita mulai dari sekarang untuk melakukan puasa sunnat enam hari di bulan Syawal ini. Di tengah orang-orang asik makan minum sementara kita berpuasa, sungguh tersimpan pahala yang sangat luar biasa. Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya apabila orang yang sedang berpuasa berada di tengah-tengah orang-orang berbuka, maka seluruh anggota tubuhnya bertasbih kepada Allah, serta para malaikat mendoakannya: “Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kesalahannya serta sayangilah dia” (HR. Ibnu Majah).

InsyaAllah...Ya Allah..ampunilah daku dan rahmatilah daku..amin...

Thursday 25 August 2011

Muhasabah Ramadan @KPI Ramadan

 RAdio IKIM :

Seperti biasa lazimnya...memangla..radio ikim aja menjadi teman setiaku....alhamdulillah..sedikit sebanyak...telah mengubah kehidupan aku..menjadi seorang yang rajin  solat diawal waktu insyaAllah....semoga ia istiqamah...hari ini 26 Ogos 2011 Jumaat...dengar radio ikim...ustaz apa tak sempat dengar...tajuknya ialah hidayah ramadan....best nih...berikut antara isi2 nya...

Malam Aidilfitri : Tawaran berlipatganda....lebihkan ibadat...bukan dengan keseronokan dan kelalaian....

Puasa diterima Allah atau tidak?

Tangisan ketika berdoa : keinsafan..kerana hati pecah, menangisla....paksa menangis...utk padam api neraka...

3 golongan

1)gembira dengan kedtgn ramadan
2)gelisah dgn kedtgn ramadan
3)tak kisah dgn ramadan

persepsi hari raya ? hari raya ialah hari menzahirkan rasa kesyukuran kita kepada Allah...dengan selalu membuat laungan takbir, mengingatkan lagi ttg perjalan hidup kita....mengeratkan silaturrahim...merasai derita org lain...bukan nya hari raya utk berpeleseran...hari yg gembira kembali kepada fitrah yg asal...

org mukmin tak puas dgn kebaikan..sentiasa nak buat baik...sedih nak meninggalkan ramadan..rindu dgn ramadan...menangislah...ketika meninggalkan ramadan...

Istiqamah dalam membuat kebaikan : sentiasa menambah ilmu....ilmu perlu utk membina diri...cari teman yang mendorong ke arah kebaikan...berdoa kepada Allah supaya dikekalkan istiqamah ini...dan dikekalkan hidayah....yang diberi Allah...

sentiasa berazam dan berniat utk berbuat baik..

barangsiapa hari sama dgn hari semalam...adalah org yang terpedaya...

jika bersungguh2..insyaAllah..ditunjukkan jalan...



Wednesday 17 August 2011

Tentang Puasa


 Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tingkat :

3 tingkat puasa :

PUASA UMUM

Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut drp makan, minum dan menahan keinginan berjimak.

PUASA ISTIMEWA

(Puasa Khusus) Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara diatas.

PUASA PALING ISTIMEWA

(puasa khusus al-khusus)

Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada keinginan lahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya disisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para Rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah lain.

MEREKA YANG DIBENARKAN  MENINGGAL PUASA

1) Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran.

2) Orang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar(memendekkan rakaat)  solat.

3) Orang yang terlalu tua dan amat lemah utk berpuasa.

4) Orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat umpamanya ia bekerja berat di tengah panas atau sebagainya.

5) Perempuan hamil atau menyusukan anaknya  yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau yang disusui itu.