Fitrah seorang insan untuk hidup berpasang-pasangan yakni bernikah. Haiwan juga mempunyai naluri untuk hidup berpasangan inikan pula manusia yang lengkap dikurniakan dengan akal, hati dan perasaan.
Dalam surah Al-Hujurat:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Pernikahan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ia merupakan permulaan kepada sebuah hidup yang dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai suami isteri dan juga tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Andai kita bijak melayari bahtera rumahtangga, kita akan balayar di lautan yang tenang dan tidak berombak.
Namun, lumrah ketika belayar sesekali badai tetap datang melanda. Teringat sebuah lagu dalam filem lakonan Allahyarham P-Ramlee..
“Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri”
“Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri”
Bukan badai yang berupa ombak besar atau ribut taufan yang kita harapkan, tetapi cukuplah sekadar ombak kecil yang akan lebih merapatkan hubungan dan meningkatkan kefahaman antara pasangan.
” Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam rumahtangga nanti”
Kata-kata di atas merupakan kata-kata yang diucapkan oleh Umamah binti Harith kepada anak perempuannya yang bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang Raja Yaman iaitu Al-Harith bin Amru.
Sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar..
1- Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.
Jangan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Malaikat akan melaknat si isteri sehingga waktu subuh seandainya si suami tidur dalam keadaan marah terhadap isteri.
2- Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya
bertambah kasih padamu..
bertambah kasih padamu..
Selalulah melakukan perkara yang disukainya, pasti si suami akan bertambah sayang. Kalau suami suka makan asam pedas, masaklah asam pedas, jangan masak gulai tempoyak pula. Kalau suami suka warana biru, berhiaslah dengan warna biru, jangan berhias dengan warna kelabu pula.
3- Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.
Berlembutlah dengan suami. Kalau berlaku pertengkaran, selesaikan dengan berhemah. Jangan sampai periuk belanga di dapur itu yang menjadi mangsa. Kalau suami terkhilaf, tegurlah dengan hikmah kerana lelaki mempunyai ego. Tidak mahu dilihat lemah dihadapan perempuan. Maka, berlembutlah.
4- Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik.
Kerana itulah seorang isteri itu lebih digalakkan untuk berada di rumah. Rumah merupakan tanggungjawab isteri. Dialah yang akan menjadikan suasana sesebuah rumah itu seperti syurga dunia atau neraka dunia. Bayangkan, jika si isteri bekerja sehingga lewat malam, pasti dia tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan rumahtangga dengan baik dan ini boleh menimbulkan perbalahan.
5- Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.
Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)
Ketika si suami keluar bekerja, peliharalah maruah dirimu. Jangan menjemput orang asing ke rumah sesuka hati. Kata orang, apabila kita berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan kita tetapi juga berkahwin dengan keluarganya. Peliharalah maruah diri suami dan keluarganya. Jangan menceritakan aib mereka kepada orang lain.
6- Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
Orang perempuan ni memang suka bercerita tetapi hati-hati jangan sesekali menceritakan tentang suami kita kepada orang lain. Khuatir ada yang jatuh cinta dengan suami kita pula. Kalau suami kita menyuruh kita melakukan sesuatu, taatilah dia selagi mana permintaannya itu tidak melanggar hukum syarak.
7- Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.
Air tangan seorang isteri mampu memikat hati suami. Jagalah makan minumnya, jangan sampai dia keluar mencari makan di kedai mamak.
8- Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
Bersama-samalah suami dalam senang dan susah. Jika dia bergembira, anda perlulah menunjukkan anada juga gembira. Dan jika dia bersedih, pujuklah hatinya agar tenang semula supaya dia tahu anda akan selalu bersamanya.
9- Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu.
Isteri yang baik adalah isteri yang berhias dan bersolek cantik ketika berada di rumah. Bukannya bersolek dan berhias sakan ketika berada di luar rumah. Ada isteri yang kurang prihatin, apabila dia berada di rumah, badan berbau bawang dan rambut kusut-masai. Suami yang penat bekerja, bertambah penat melihat sikap si isteri. Anehnya, bila keluar ke pasar, amboi..cantik mengalahkan Miss Universe.Hihi..
10- Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.
Syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami. Teringat kisah ketika zaman Rasulullah, terdapat seorang wanita pada zaman itu yang dikatakan akan mendahului puteri nabi, Fatimah ketika masuk ke syurga. Wanita itu akan berjalan dihadapan Fatimah kerana beliau yang akan memegang tali kuda yang ditunggangi puteri Nabi itu. Ia merupakan ganjaran baginya kerana menghambakan hidupnya hanya untuk suaminya.
Demikianlah 10 petua daripada Umamah untuk anaknya yang boleh kita jadikan panduan untuk menjadi isteri solehah.
Sabda nabi:
“Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”.
Apa yang penting, suami isteri tahu peranan masing-masing dalam hidup berumah tangga. Sikap tolak ansur dan saling memahami akan mewujudkan sebuah keluarga yang mawaddah dan penuh rahmah. InsyaALLAH..
0 comments:
Post a Comment