Alhamdulillah...Bulan Zulhijjah bakal menjelma tidak berapa lagi...dan amalan-amalan di bulan Zulhijjah..antaranya ialah berkorban, berzikir ..berpuasa... untuk lajut klik
sini .
Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami
jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama)
Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama
Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila
gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah
makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah
Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur.
Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula
darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari
kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya
kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah
kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)
Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh
manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain
dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di
hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya,
kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah,
pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya
dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)
Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah
Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu
Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh
dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu
(dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu
kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)
Semoga bermanfaat....amin...
0 comments:
Post a Comment