Saturday, 6 October 2012

Daripada Status FB Ustaz Zahazan

Pesan kami utk para tetamu ."bila dipuji ingatlah kita sbnrnya tidak punya apa2pun dan kita bukan siapa2pun ...bila dikeji ingatlah...Allah sentiasa bersama kita...sebab itu banyakkn istighfarmu kpd Allah..biarlah kita dikenali dan dicintai Allah...bukan hanya dikenali penduduk dibumi...Jadilah spt Uwaies yg dikenali Allah & para mslaikatNya..." Jumuah mubarakah dari ana, Madrid,Spain..jap lg akn solat Jumaat & jumpa Spain students...

Ramai kita mencari kebahagiaan melalui 5 perkara iaitu harta yang banyak, rupa paras yang cantik, kuasa dan pangkat, nama tersohor dan pencapaian akademik. Kalau begitu mengapa ramai individu / selebriti di luar sana yang ada segala-galanya tapi masih hidup porak peranda? 

Mungkin kerana kita mencari bahagia bukan menerusi pencipta bahagia itu sendiri sedangkan kalamNYa telah memperuntukkan: "Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Rad:28)

"Saya dah berzikir hari2, tapi tak tenteram pun," si polan bertanya. Ustaz Pahrol menjawab, tahukah anda zikir perlu dengan 3 dimensi: kata, rasa dan tindakan. Adakah zikir kita menyentuh 3 aspek tersebut? Tepuk dada tanya iman!

Dia banyak berjasa pd kita,mmbersihkan kita wkt kekotoran,comot,mmbimbing kita dgn penuh kasih sayang,doa nya mnemani kita dlm rehlah khidupan... Jika anda belum pernah mngucupnya, kucuplah dia,raikanlah dia..ucapkan dlm munajatmu selalu.. Rabbirhamhuma kama rabbayani saghira..ayat 24 surah al Israk..hai ibu,besarnya jasamu mmbesar & mndidik kami..moga kau ditempatkan di sisi para hambaMu yg salih & salihah..

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
[An-Nasa'iy, 1292, sahih]

Sesiapa yang tidak sabar dengan kesusahan, tidak akan syukur dengan kesenangan... solusi panduan hidup bersyariat...

Rindukan Haramain? Rupa2nya kita boleh tengok manusia2 dipilih Allah sedang mengerjakan ibadah mulia ini secara live. Harap ia akan lebih memotivasikan kita. Kepada yang belum pergi, tanamkan tekad dan tingkatkan usaha. InsyaAllah kita juga
 akan turut dijemput Allah menjadi tetamunya. Paling penting, banyakkan berdoa, solat hajat dan ikhlas dalam perbuatan. InsyaAllah :)

ps: Waktu di mekah tolak 5 jam dari waktu sahabat semua di Malaysia...





Marilah kita sama2 mendoakan agar Allah SWT menerima setiap amal ibadah yang kita lakukan khususnya amal ibadah saudara2 kita yang sedang/akan mengerjakan haji di tanah suci. Doakan juga mereka diberikan ketenangan hati dan kemudahan agar mereka boleh fokus dan sentiasa merendah diri ketika di sana.

http://www.youtube.com/watch?v=mOzeEyQ0rOc


Renungan di pagi hari:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ
إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ وَتَرَكْتُمُ الْجِهَادَ سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلاًّ لاَ يَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ

Maksudnya: Daripada Ibn Umar r.a katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila kamu mula
 berjual beli secara ‘inah (riba) dan kamu memegang ekor lembu dan kamu mencintai cucuk tanam serta meninggalkan jihad, Allah akan menimpakan kepada kamu kehinaan yang Dia tidak akan hilangkan sehingga kamu kembali kepada agama kamu.” (Riwayat Abu Daud, Sahih)

Hadis di atas serupa dengan punca kejatuhan Islam di Spain dahulu. Pemerhatian ana dari Spain sejak 2 hari ni, rasa syahdu melihat bangunan besar yg dahulunya merupakan masjid2, pejabat2 pentadbiran Islam, semuanya hancur akibat urus niaga yang tidak mengikut cara Islam, perselisihan ummah sesama sendiri, pemimpin dan masyarakat yang mementingkan diri, gilakan pangkat, harta & populariti sehingga sanggup menganiaya dan menabur fitnah demi memenuhi hawa nafsu, sanggup berkawan dgn kuffar musyrikun (Raja Ferdinand yang beristerikan Ratu Isabela) demi mengalahkan saudara sendiri yg berbeza pandangan dengannya... Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk mengelakkan perkara di atas dari terus menguasai masyarakat Islam di negara kita.. la hawla wa la Quwwata illa billah..





Dari Anas bin Malik RA, Rasulullah SAWAS bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. (Riwayat al-Tirmidzi - hasan)

Senyum, tak perlu kata apa2 (tapi dalam hati banyakkan berzikir dan selalulah amalkan solat sunat taubat, mungkin kita ada banyak dosa yang disedari atau tidak disedari)...





Masya-Allah, persahabatan yang terjalin di jalan Allah berlanjutan hingga ke akhirat. Teman-teman yang pernah bersama-sama dengan kita melaksanakan solat berjemaah, umrah dan haji bersama, dan silaturrahim yg kita jalin di sekolah atau universiti mahupun ketika bekerja, berniaga mahupun melancong akan suatu hari nanti dapat mengeluarkan kita daripada api neraka. Semakin banyak teman yang kita punya, semakin besar peluang untuk kita memperoleh syafaat itu. Jom bersahabat kerana Allah jom!





Doa merangsang diri dan keluarga agar menjaga solat. Bismillahirrahmanirrahim "Ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitupun anak-anakku. Ya Tuhan kami, Dan perkenanlah doaku." (Surah Ibrahim 13:40)...

Esok di Malaysia hujung minggukan? Apa kata sahabat semua ambil peluang gerakkan anak2 untuk bertahajjud bersama. Tapi gerakkanlah mereka selembut yang mungkin. Maklumlah, budak2. Tapi kalau mereka tak mampu bangun, gerakkan pasangan kita sahaja pun dah memadai. Besar fadilatnya qiamullail ni. Oh ya, kepada yang bujang takde kompromi.. badan kuat lagi kan? Nanti lepas selesai berfb, jangan lupa sembahyang.. ;)

Salam ukhwah dari bumi andalus..





Ghuraba' tidak akan tundukkan kepalanya selain kepada Allah
Ghuraba' telah memilih jalan ini sebagai syiar hidupnya
Jika engkau bertanya kepada kami, sesunguhnya kami tidak peduli kepada taghut
Kami adalah tentera Allah selamanya, jalan kam
i adalah jalan yang sudah terjamin
Berapa kalikah kita mengenangkan saat2 gembira
Ketika kita membaca kitab Allah, di waktu pagi dan petang hari?
Berapa kalikah kita mengenangkan saat2 gembira
Ketika kita membaca kitab Allah, di waktu pagi dan petang hari?

http://www.youtube.com/watch?v=NLTqSXsLbhY

- Salam rindu dari Andalusia...





Bersambung ....

0 comments:

Post a Comment