Saturday 6 October 2012

Daripada Status FB Ustaz Zahazan pt 4

Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Ini jelas dinyatakan dalam S
urah Al-Baqarah, ayat 233.
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 233).

Bengkel Penyusuan Susu Ibu anjuran Telaga Biru Training & Consultancy Sdn Bhd dengan kerjasama Nurturing Concepts Sdn Bhd akan diadakan pada
Tarikh: 3 Disember 2011 ,Sabtu
Tempat: Dewan Abu Bakar, Telaga Biru Training & Consultancy, Sri Damansara Industrial Park
Penceramah: Perunding Laktasi IBCLC Pn Nor Kamariah dan Dr Ning Desiyanti bersama Dr Zahazan, Motivator TBTC
Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila hubungi pejabat TBTC : 03-62754458/4459 / Hotline : 010-6276727 (sms sahaja) /
http://www.telagabirutraining.com/program-terkini.html


Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba.
Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tanga
n mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi".

Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan?

Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan.
Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak.

PILIHAN 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan.
Bukan itu saja, hati turut mengomel,
"Apasal la aku bangun awal sangat."
Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.

PILIHAN 2
"Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul.
Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.."
Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.

PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud.
Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah SWT...

Terjaga dia awal pagi, adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah SWT. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.

Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur., bukan mengomel kekesalan.
Tetapi, alangkah baiknya andai Tahajud dapat ditunaikan....

- Solusi 12




Tazkirah petang: Daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAAW bersabda; "Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya." -Riwayat al-Bukhari.
Justeru, jangan merungut, tapi bersabar dan bersyukurlah. Mudah-mudahan Allah SWT bersama kita, insyaAllah..

Barangsiapa memperbanyak mengingat kematian, maka ia akan dikurniakan tiga perkara : (1) bersegera untuk bertaubat, (2) ketenangan dan ketenteraman hati dan (3) motivasi untuk beribadah. Sebaliknya, barangsiapa yang melupakan kematian, maka ia akan dihukum dengan tiga perkara : (1) menagguh-nangguh taubat, (2) kegelisahan dan stress dan (3) rasa malas untuk beribadah.

Sahabat fb yang dikasihi, banyakkanlah berdoa dalam bulan puasa kerana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah: doa ibu bapa terhadap anak; doa orang yang berpuasa; dan doa orang bermusafir.” (Riwayat al-Baihaqi)

"4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi

Daripada Anas Bin Malik ra, Nabi SAW bersabda yang bermaksud; "Permudahkanlah, jangan menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu." Riwayat al-Bukhairi dan Muslim.

Tazkirah Jumaat: Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah. Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggan
gan yang hina.” Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?”Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya). Hadis al-Bukhori





Sabda Rasulullah SAW; "Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah." (Riwayat al-Tabrani)
p/s: Sebaik bangkit dari qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 min, tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus. Trylah amalan sunnah ni, insyaAllah bagus untuk kita!





Tazkirah pagi ini: Kata Imam Ali RA; "Cintailah seseorang itu sekadarnya belaka, mungkin ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Be4ncilah seseorang itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
riwayat ibnu Abi Syaibah.





Slm,dlm kitab habib Abdullah al haddad,risalah al mu'awanah,hendaklah mnyegerakn solat bila telah masuk wktnya,sebaik2nya hendaklh berada dlm keadaan berwudhuk sebaik masuk wkt solat,sekurg2nya bersiap sedia utk solat apabila azan berkumandg,krn Nabi saw bersabda,awal waktu adalh keredaan Allah,akhir wkt adalah keampunanNya,rwyt daruqutni dgn sanad yg sahih





Ya Allah, ya Tuhanku, bantulah hambamu ini....untuk mengingatiMu,dan bersyukur kepadaMu & mempereloklan amalanku kepadaMu ( Dengan sedikit perubahan drp rwyt Ahmad, Ibn Hibban dll )





Keseronokan melakukan kejahatan akan hilang, tapi dosanya kekal... Fikir-fikirkan...





Slm,malu itu brmksd mnjaga akal agar brfikir kebaikn,perut & apa yg mmasukinya,mngingati kmatian & khancuran jasad...(mksd hadis rwyt Ahmad)





Ya Allah kurniakan kpd kami iman Yg berkekalan, rezki Yg berterusan & kemuliaan mmasuki syurga Dgn rasululLah.





Berusaha mencari cahaya lebih baik daripada terus menyumpah kegelapan... fikir-fikirkan!





Renungan pagi ini,kata sayyiduna Ali r.a dlm sebahagian wasiatnya; janganlah seseorang Kamu takut meldinkn Pd dosanya,janganlah mengharapkan melainkn Pd Tuhannya...





Sahabat2 yang dikasihi kerana Allah sekalian, janganlah kita tergolong di dalam kelompok mereka yang berputus asa terhadap Allah. Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman
:

يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَني وَرَجَوْتَنِي: غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنكَ، وَلا أُبالِي، يَا ابْنَ آدمَ، لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السماءِ، ثُمَّ استَغْفَرتَني: غَفَرْتُ لَكَ، وَلا أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَم إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرابِ الأَرْضِ خَطَايا، ثم لَقِيتَني لا تُشْرِكُ بِي شَيْئاً: لأَتَيْتُكَ بِقُرابِها مَغْفِرَةً

Maksudnya: “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula.”

(Riwayat al-Tirmizi no: 3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah).

sumber: Buku "Hadis 40 Imam Nawawi" terbitan Telaga Biru Sdn Bhd





Wasiat Luqman, Hai Anak ! Elakkan daripada berhutang! Krana ia adalah memalukan pd waktu siang & menghilangkan nikmat rehat pada waktu malam ( kerana ia menyebabkan terganggunya tidurmu pd sebelah malam )





Menangis itu penting,agar terbentuk keseimbangan dalam pembentukan jiwa yg cemerlang... tetapi memahami tujuan menangis itu jauh lebih penting krn dengannya jiwa akan mencapai kesedaran yg tinggi & proporsional.Melaluinya ia akan mengetahui kelebihan menangis spt ia tahu kelebihan ketawa.Ia seakan2 seorang kaya yg mengetahui laluannya memperolehi harta, krn setiap proses itu menambah lagi keuntungan yg diusahakan...


Tazkirah petang Jumaat:
Dari buku Doa & Zikir Harian (terbitan Telaga Biru; RM6.00)


Doa Murah Rezeki -
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي وَبَارِكْ لِي فِيمَا رَزَقْتَنِي
Hadis Riwayat Ahmad
Sumber: 101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih

Sekiranya tidak jelas, copy doa ni ke dalam microsoft word dan perb
esarkan saiz font-nya. Bagi yang ingin mendapatkan buku ini, ia skarang boleh didapati dalam bentuk soft cover dgn harga RM26.00. Boleh didapati di MPH Bookstore, Popular Booksore dan kedai-kedai buku agama di sekitar rumah anda, insyaAllah.. Terbitan Telaga Biru.


Fahamilah maknanya setiap kali kita mengamalkannya... InsyaAllah, ibadah kita akan lebih khusyuk...
Photo: Fahamilah maknanya setiap kali kita mengamalkannya... InsyaAllah, ibadah kita akan lebih khusyuk...

0 comments:

Post a Comment