Wednesday, 17 August 2011

Tentang Puasa


 Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tingkat :

3 tingkat puasa :

PUASA UMUM

Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut drp makan, minum dan menahan keinginan berjimak.

PUASA ISTIMEWA

(Puasa Khusus) Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara diatas.

PUASA PALING ISTIMEWA

(puasa khusus al-khusus)

Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada keinginan lahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya disisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para Rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah lain.

MEREKA YANG DIBENARKAN  MENINGGAL PUASA

1) Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran.

2) Orang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar(memendekkan rakaat)  solat.

3) Orang yang terlalu tua dan amat lemah utk berpuasa.

4) Orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat umpamanya ia bekerja berat di tengah panas atau sebagainya.

5) Perempuan hamil atau menyusukan anaknya  yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau yang disusui itu.



QADA DAN FIDYAH PUASA


Hukum Qada puasa atau menggantikan puasa Ramadan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.

GOLONGAN YANG WAJIB QADA PUASA

1) Orang sakit yang ada harapan sembuh.
2) Orang yang musafir (bukan kerana maksiat) melebihi 2 marhalah.
3) Orang yang kedatangan haid dan nifas
4) Orang yang meninggalkan niat puasa.
5) Orang yang sengaja melakukan perkara yang membatalkan puasa.
6) Orang yang pitam/mabuk sewaktu bulan Ramadan.
7) orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkan berpuasa Ramadan.
"Fidyah puasa ialah amalan memberikan sedekah kepada fakir miskin dengan secupak beras bagi sehari berbuka puasa mengikut syarat-syaratnya."







0 comments:

Post a Comment