Wednesday, 17 August 2011

Syarat Wajib Puasa

1) Islam - puasa tidak wajin kepada yang bukan Islam

2) Baligh - Tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur. Namun digalakkan latihan berpuasa kepada kanak-kanak.

3) Berakal - Orang gila tidak diwajibkan berpuasa.

4) Sihat - Orang yang sakit/uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah.

5) Bermukim - Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada (menggantikan) puasa selepas bulan Ramadan.

6) Suci - Suci daripada haid dan nifas bagi wanita.

Syarat-syarat Sah Puasa

1) Islam

2) Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak)

3) Suci daripada haid dan nifas.

4) Apabila nyata masuknya bulan Ramadan.

Sesiapa yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di dalam hati pada setiap malam. Tempohnya bermula sesudah tenggelam matahari sehinggalah terbit fajar.

niat puasa " Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardhu bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala."

Rukun-rukun Puasa

-Orang yang puasa
-Berniat
- Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Perkara-perkara yang membatalkan Puasa

1) Makan atau minum dengan sengaja

2) Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka.

3) Muntah dengan sengaja.

4) Keluar haid dan nifas.

5) Gila.

6) Murtad.(Keluar dr Islam)

7) Mengeluarkan mani dengan sengaja

8) Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan ramadan)

Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat terbitan Telaga Biru.

0 comments:

Post a Comment