Wednesday, 17 August 2011

Hikmat Puasa di Bulan Ramadan

Puasa
Makna Puasa :Dari segi bahasa :
Beerti menahan diri daripada sesuatu.
Dari Segi syarak:
Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.
Berpuasa pada bulan Ramadan hukumnya wajib (fardhu ain) berdasarkan al-Quran, al-hadis dan ijmak ulama.
Puasa Wajib Lain
1.       Jenis-jenis puasa lain yang wajib ialah puasa nazar (puasa yang diniatkan untuk dilakukan kerana terkabulnya sesuatu hajat seperti menang dalam perbicaraan atau Berjaya dalam peperiksaan)
2.       Puasa kifarat* (puasa dalam erti kata membayar denda kerana melanggar syarat2 berpuasa seperti bersetubuh dengan isteri pada waktu siang bulan Ramadan. Puasa kifarat di sini ialah berpuasa selama 60 hari berturut-turut).
*sebenarnya dalam bahasa Arab disebut kaffarah.

Dalil al-Quran bermaksud:
Wahai org yang beriman,diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa. (surah al-Baqarah:183)
Dan firmanNya lagi:
Pada bulan Ramadan, diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta permbeza antara hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa.(surah al-Baqarah:185)
Dalil al-Hadis
Sabda Rasulullah SAW:  “Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadan."

Hikmah Berpuasa dan Kelebihan Ramadan
1) Ketibaan Ramadan, umat Islam diseluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu.Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata utk menabdikan diri terhadap Allah SWT.
2) Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada terpaksa menempuh ujian yang sama.Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam.
3) Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.
4) Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
5) Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah sebagai separuh daripada kesabaran.
6) Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
7) Kedatangan Ramadan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih,zakat fitrah ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan muslim yang lain khususnya mereka yang daif.
8) Diriwayatkan sebuah hadis drp Nabi SAW yang bermaksud "sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu".
9) Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.
10) Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
11) Terdapatnya Lailatut Qadar iaitu satu malam yang penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya drp Allah SWT.

Sumber : Buku Indahnya Hidup bersyariat terbitan Telaga Biru .

0 comments:

Post a Comment