Tuesday, 12 August 2014

Jadual Aku .... sambungan dari post Jadual Aku - 2011

Alhamdulillah.....masih bernyawa untuk meneruskan penulisan diblog ini yang telah lama kutinggalkan. Entahlah kenapa perasaan malas menguasai diri untuk meneruskan penulisan di blog ini selama setahun lebih lamanya....lamanya kan...tetiba hari ini terdetik di hati ini untuk membuka blog ini dan dibaca satu persatu..emm macam best jugak..sayang jugak jika tidak diteruskan....

Jadi bermula minggu ini bermula la jadual dietku....hasil sambungan tahun 2012..huhuhu lama tuuuuhhhh...klik sini untuk baca entry dahulu klik sini.

Jadi hendak bermula dari mana ni?

Kena timbang berat dulu la rasanya...sekarang berat badan tidak tahu...so sambung isnin depan la yer...

Minggu 1 (18.8.2014) - Isnin


Friday, 18 January 2013

berzikirlah....


Kisah Teladan - Umar dengan kelahiran bayi

Seperti malam-malam yang sebelumnya, Umar berjalan keluar dari rumahnya sendirian menyusuri jalanan dan melampaui rumah-rumah yang penghuninya telah lama lena. Dia tidak mahu malam ini berlalu tanpa dia mengetahui bahawa semua penghuni kota berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

Biarpun terasa penat, dia sesekali mendongak melihat langit Madinah yang kelihatan indah. Maka dia pun tersenyum seperti terhibur dan memuja pencipta-Nya. Dia berjalan. hingga sampai di luar kota, dan langkahnya terhenti ketika melihat seorang lelaki yang sedang duduk sendirian menghadap sebuah pelita.

“Apakah yang engkau lakukan malam-malam begini sendirian,” tegurnya dengan santun.

Lelaki itu tidak jadi menjawab ketika dia dengar dari dalam bilik suara perempuan yang memanggilnya dengan mengaduh. Dengan tersekat-sekat, lelaki itu memberitahu bahawa isterinya hendak bersalin tetapi dia tidak dapat meminta pertolongan dari jiran mahupun sanak-saudara.

Mendengar hal itu, Umar segera berlari pulang kerumah biarpun dengan keadaan letih 


kerana baru sahaja mengelilingi Madinah dengan selipar yang telah tipis dan dipenuhi 

lubang. Segera dia teringat pesanan sahabat-sahabatnya yang mengingatkan agar dia 

membeli selipar yang baru.

Apa bila tiba dirumah, Umar segera mengejutkan isterinya. “Ummi Kultsum, bangunlah, 


ada kebaikan yang boleh kau lakukan malam ini.” Isterinya menurut tanpa sepatah kata, 

mengekorinya dan segera membelah malam dan tiba dirumah tadi.

Ummi Kultsum segera masuk dan membantu wanita itu untuk bersalin. Seketika kemudian, 


terdengar tangis bayi. Lelaki itu bersujud mencium tanah dan kemudian menghampirinya

“Siapakah engkau, yang begitu mulia menolong kami?” lelaki itu bertanya dalam kehairanan 


dan kegembiraan.

Umar mahupun Ummi Kultsum tidak menjawab terus soalan itu. Namun, dia segera tahu 


kerana Ummi Kultsum yang memanggil Umar dengan gelaran Amirul Mukminin berkata, 

“Wahai Amirul Mukminin, ucapkan selamat kepada tuan rumah kerana telah lahir seorang 

anak lelaki yang gagah.”

Kata-kata ini sekaligus memberitahu siapakah diri Umar yang telah menolongnya.

Doa Agar istiqamah dalam Iman

Doa agar istiqamah dalam iman

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لَا يَرْتَدُّ وَنَعِيمًا لَا يَنْفَدُ وَمُرَافَقَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keimanan yang 

tidak berbolak balik, kenikmatan yang tidak putus-putus dan perdampingan dengan Nabi 

SAW di syurga tertinggi yang kekal.”

(Sahih Ibnu Hibban, juz. 5, hlm. 303, no. 1970)

Dr FB Ustaz Zahazan

Friday, 19 October 2012

Tanda lemah iman

TANDA LEMAHNYA IMAN SESEORANG,,

Salah satu tanda lemahnya iman adalah ketika kita
merasa malas untuk melakukan ketaatan dalam
beribadah yang terkadang bahkan tampak seperti
meremehkannya .

Misalnya saja shalat wajib masih dilakukan tetapi dilaksanakannya
justru disaat-saat akhir. Kalau istilah sepak bolanya dilakukan pada saat injury time begitu juga dgn
ibadah-ibadah lain.


Padahal dalam sebuah keterangan disebutkan
bahwa ada dosa yang seribu kali lebih besar
daripada dosa orang yang berzina, yaitu dosa
orang yang meremehkan shalat, shalat pada akhir
waktu atau bahkan meninggalkannya.

Lalu kenapa Iman kok bisa lemah? Iman kok bisa
turun naik? Ini timbul kerana hati manusia yang
memang mudah berubah. Cinta bisa berubah
menjadi benci atau sebaliknya.

Rajin Ibadah bisa berubah menjadi malas begitu
pula sebaliknya. Sehingga Rasulullah sendiri sering
berdo’a memohon perlindungan agar hati kita tidak
berubah_ubah.Agar kita tetap istiqomah.

Ya Allah ..
Yang membolak-balikkan hati manusia,
Tetapkanlah hati kami ini agar tetap istiqomah
beribadah kepada_Mu.
Agar kami bisa mendapat akhir yang baik iaitu
khusnul khotimah.

Aamiin yaa Rabbal’alamiin

-pejuang-

Doa Perbaiki Diri


6 Perkara Allah Sembunyikan





6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk 

yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara

timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. insyaAllah...