MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA KHUTBAH JUMAAT 5 SEPTEMBER 2003M / 8 REJAB 1424H KEMULIAAN BULAN-BULAN HARAM Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Marilah sama-sama kita mempertingkatkan rasa taqwa kita kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangan serta tegahan Nya. Semoga diri kita senantiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t . Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian, Kita sebagai manusia digesa supaya dapat merenung dan bertafakkur akan kehebatan ciptaan Allah, agar ianya dapat melahirkan dalam diri kita rasa kecintaan dan keimanan yang kukuh kepada Allah s.w.t Antara contoh kehebatan ciptaan Allah ini ialah kejadian alam semesta iaitu dengan peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan matahari, manusia dapat memanfaatkannya bagi mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa Firman Allah s.w.t dalam Surah Yunus : 5 Ertinya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan tanda-tanda kebesaranNya satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. Berdasarkan pergerakan bulan ini maka lahirlah kalendar Islam atau taqwim Islam yang mempunyai dua belas bulan dalam setahun, dan daripada dua belas bulan ini empat daripadanya dinamakan sebagai bulan-bulan haram yang dihormati dan mengandungi kemuliaan dan kelebihannya yang tersendiri. Firman Allah dalam Surah At-Taubah : 36 Ertinya : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul serta lurus. Keterangan Allah ini diperkuatkan pula dengan sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim: Ertinya : Sesungguhnya zaman itu telah berputar sebagaimana keadaannya sejak hari Allah menciptakan semua langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya ada empat bulan yang suci, tiga berturut-turut iaitu Zulqaeddah, Zulhijjah dan Muharram dan keempat nya ialah bulan Rejab ‘Mudhar’ yang jatuh antara dua Jamadil (iaitu Jamadil Awal dan Jamadil akhir) dan Sya’ban. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Bulan-bulan haram sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Rasulullah ini adalah bulan Zulkaeddah, Zulhijjah, Muharram dan juga Rejab. Ia adalah satu amalan yang telah pun dilakukan oleh masyarakat arab Jahiliyyah sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w lagi, yang mana pada masa tersebut masyarakat arab Jahiliyyah amat menghormati sekali bulan-bulan haram, sehingga pernah diriwayatkan bahawa walaupun mereka suka berperang dan berbunuh-bunuhan antara satu sama lain tetapi pada bulan-bulan haram ini mereka akan berhenti daripada berperang semata-mata kerana menghormatinya. Amalan menghormati bulan-bulan haram oleh masyarakat arab jahiliyyah ini adalah salah satu contoh amalan yang diambil daripada peninggalan syariat nabi Ibrahim a.s. dan nabi Ismail a.s sama seperti tawaf serta sa’i dalam ibadah haji dan umrah yang masih dikekalkan dalam kehidupan mereka, cuma bezanya amalan-amalan ini sudah pun dicemarkan dan dicampur adukkan di antara yang hak dengan yang batil. Dalam agama Islam, bulan-bulan haram ini dimuliakan berbanding dengan lain-lain bulan, sehingga diriwayatkan bahawa melakukan maksiat pada bulan-bulan haram ini diberikan balasan yang buruk, begitu juga jikalau kita melakukan ketaatan dalam bulan-bulan haram ini akan diberikan ganjaran yang besar berbanding dengan lain-lain bulan. Sesungguh nya Allah berkuasa untuk memuliakan sesuatu tempat atau masa mengikut apa yang Dia kehendaki. Kehormatan yang Allah berikan pada bulan-bulan haram ini samalah sebagaimana Allah memuliakan Tanah Haram sebagai tempat yang paling mulia dan Masjidil Haram sebagai masjid yang paling mulia. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Antara amalan-amalan yang digalakkan untuk kita lakukan bagi mengambil kesempatan daripada kemuliaan yang ada pada bulan-bulan haram ini ialah dengan kita memperbanyakkan puasa. Sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang di riwayatkan daripada Abu Mujibah al-Bahiliyah dari bapanya atau dari pamannya dia berkata : “ Aku telah mendatangi nabi s.a.w. , maka aku berkata : Aku yang telah datang pada Tuan pada tahun yang lalu. Beliau s.a.w. lalu bersabda : Apakah yang menyebabkan kau kelihatan lemah? Maka saya menjawab : Saya tidak pernah makan pada waktu siang melainkan pada waktu malam. Lalu nabi bersabda : Apa yang telah membuatkan engkau menyiksa dirimu sendiri ‘ Jawab beliau : Sebab sesungguhnya saya masih ada kekuatan. Sabda baginda : Berpuasalah bulan Sabar (yakni bulan Ramadan) dan sehari sahaja dalam setiap bulan-bulan lainnya. Ia berkata : Sesungguhnya saya masih ada kekuatan. Beliau s.a.w bersabda : Berpuasalah bulan Sabar dan dua hari sahaja dalam setiap bulan-bulan lainnya. Ia berkata : Sesungguhnya saya masih ada kekuatan. Sabda baginda : Berpuasalah bulan Sabar dan tiga hari sahaja dalam setiap bulan-bulan lainnya dan berpuasalah pada bulan-bulan haram.” Hadis riwayat Ibnu Majah. Dan di antara bulan-bulan haram yang empat ini, terdapat banyak sekali riwayat yang menyebutkan tentang galakan Rasulullah s.a.w. yang menyeru umat nya supaya berpuasa di dalam bulan Muharram khususnya pada 10 hari yang pertama termasuk hari kesembilan dan kesepuluh dalam bulan Muharram yang dinamakan sebagai hari “ Tasu’a’ ” dan “‘Asyura’“kerana ganjaran besar yang terdapat pada hari-hari tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : “Puasa yang paling afdhal sesudah bulan Ramadan ialah dalam bulan Allah yang dimuliakan – yakni Muharram – dan solat yang paling afdhal sesudah solat wajib ialah solatullail – yakni solat sunnah di waktu malam “ Riwayat Imam Muslim Selain daripada itu banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh kita amalkan bagi meraih kelebihan dan kemuliaan yang terdapat dalam bulan-bulan haram ini seperti memperbanyakan istighfar dan bertaubat kepada Allah, berselawat ke atas junjungan baginda kita Rasulullah s.a.w., bersedekah dan melakukan amal jariah. Maka nya, kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri, adakah kita pernah melakukan amalan-amalan yang digalakkan dalam bulan-bulan haram ini ? Begitu juga, kita juga perlu bermuhasabah pada diri kita, adakah kita sudah mempunyai bekalan yang cukup bagi menghadapi hari akhirat kelak ? Jika jawapannya tidak, maka marilah sama-sama kita mengambil kesempatan bermula pada bulan ini iaitu bulan Rejab untuk menambahkan amalan kita dalam bulan-bulan yang mulia ini bagi merebut ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang berjaya di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal Alamin. | |
Sunday, 23 October 2011
Monday, 17 October 2011
AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG
Assalamualaikum,
Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.
Tuesday, 4 October 2011
Surah Al-Insyirah (Terjemahan dan Kelebihan)
AL-INSYIRAH Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). |
Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
sumber : perkim

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi atas rezki kesihatan...kebahagian....kesenangan.....yang tidak terhingga ke hari ini...hingga ke saat ini....
Tahun ini abang n kakak ipar serta mak ayah akan menunaikan fardhu haji...didoakan semoga mereka dapat hai yang mabrur...amin...
Abang dan kakak ipar sudah berlepas 1 Okt 2011 yang lalu....mak ayah pula akan menyusul pada 7 Oktober nanti...tika dan saat ini hati ini sentiasa mendoakan kesejahteraan mak ayah...semoga dipermudahkan perjalanan haji mereka..amin...Ya Allah permudahkanlah..perjalanan Haji kedua ibu bapa ku..semoga memperolehi Haji yang mabrur....Rabbi yasser wala tuassir...Rabbi yasser wala tuassir...Rabbi yasser wala tuassir
Kami akan bertolak esok daripada Putrajaya ke Perlis...bagi meraikan pemergian mak ayah ke Mekah...daripada Perlis kami akan bertolak ke Penang pula pada 6 Okt 2011..dan bermalam di sana di rumah emak saudaraku..iaitu adik kepada mak aku....
Bersyukurnya..akhirnya mak ayah dijemput Allah untuk menjadi tetamuNya...alhamdulillah...tanpa henti mengucapkan syukur..mak ayah terlalu gembira dengan jemputan ini...hadiah paling bermakna buat mereka ku rasakan begitu...daripada raut wajah mereka...menggambarkan keceriaan dan keterujaan...untuk menunaikan fardhu haji...alhamdulillah...
mak ayah...anakmu ini doakan semoga mak ayah..mendapat haji yang mabrur ....dan dipermudahkan segalanya sepanjang berada di sana...insyaAllah....
Apa yang diharapkan oleh kita yang masih belum menjejakkkan kaki ke Sana...adalah..berdoa dan terus berdoa...supaya dijemput olehNya ke sana insyaAllah...Ini kerana daripada pemerhatianku...seorang yang terlalu banyak duit tapi sampai sekarang masih tidak dapat menjejakkan kaki ke bumi Mekah....tapi hamba Allah yang miskin hina ...ada yang telah menjejak kaki ke Tanah Suci ini...MasyaAllah.....Allah yang menentukan segalanya..hanya Allah sahaja yang membenarkan dan menolakkan...untuk kita sampai ke Tanah Suci....sesiapa yang telah dapat kad jemputan drp Allah...bersyukurlah..kerana kita telah dipilih oleh Allah.....banykkan bersyukur....bertaubat...bykkan solat taubat dan hajat....
Oleh yang demikian marilah kita sama2 mengumpulkan duit yang halal lagi barakah dan sentiasa berdoa kepadaNya..supaya dijemput ke sana...insyaAllah...

Subscribe to:
Posts (Atom)