Wednesday, 17 August 2011

Kisah Lima perkara Aneh

Baru-baru ini dikunjungi oleh satu email daripada seorang sahabat...agak menarik isinya....di kongsi kan bersama untuk sama-sama kita hayati bersama...insyaAllah...

KISAH LIMA PERKARA ANEH
 
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Syarat Wajib Puasa

1) Islam - puasa tidak wajin kepada yang bukan Islam

2) Baligh - Tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur. Namun digalakkan latihan berpuasa kepada kanak-kanak.

3) Berakal - Orang gila tidak diwajibkan berpuasa.

4) Sihat - Orang yang sakit/uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah.

5) Bermukim - Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada (menggantikan) puasa selepas bulan Ramadan.

6) Suci - Suci daripada haid dan nifas bagi wanita.

Syarat-syarat Sah Puasa

1) Islam

2) Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak)

3) Suci daripada haid dan nifas.

4) Apabila nyata masuknya bulan Ramadan.

Sesiapa yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di dalam hati pada setiap malam. Tempohnya bermula sesudah tenggelam matahari sehinggalah terbit fajar.

niat puasa " Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardhu bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala."

Rukun-rukun Puasa

-Orang yang puasa
-Berniat
- Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Perkara-perkara yang membatalkan Puasa

1) Makan atau minum dengan sengaja

2) Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka.

3) Muntah dengan sengaja.

4) Keluar haid dan nifas.

5) Gila.

6) Murtad.(Keluar dr Islam)

7) Mengeluarkan mani dengan sengaja

8) Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan ramadan)

Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat terbitan Telaga Biru.

Hikmat Puasa di Bulan Ramadan

Puasa
Makna Puasa :Dari segi bahasa :
Beerti menahan diri daripada sesuatu.
Dari Segi syarak:
Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.
Berpuasa pada bulan Ramadan hukumnya wajib (fardhu ain) berdasarkan al-Quran, al-hadis dan ijmak ulama.
Puasa Wajib Lain
1.       Jenis-jenis puasa lain yang wajib ialah puasa nazar (puasa yang diniatkan untuk dilakukan kerana terkabulnya sesuatu hajat seperti menang dalam perbicaraan atau Berjaya dalam peperiksaan)
2.       Puasa kifarat* (puasa dalam erti kata membayar denda kerana melanggar syarat2 berpuasa seperti bersetubuh dengan isteri pada waktu siang bulan Ramadan. Puasa kifarat di sini ialah berpuasa selama 60 hari berturut-turut).
*sebenarnya dalam bahasa Arab disebut kaffarah.

Dalil al-Quran bermaksud:
Wahai org yang beriman,diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa. (surah al-Baqarah:183)
Dan firmanNya lagi:
Pada bulan Ramadan, diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta permbeza antara hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa.(surah al-Baqarah:185)
Dalil al-Hadis
Sabda Rasulullah SAW:  “Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadan."

Hikmah Berpuasa dan Kelebihan Ramadan
1) Ketibaan Ramadan, umat Islam diseluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu.Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata utk menabdikan diri terhadap Allah SWT.
2) Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada terpaksa menempuh ujian yang sama.Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam.
3) Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.
4) Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
5) Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah sebagai separuh daripada kesabaran.
6) Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
7) Kedatangan Ramadan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih,zakat fitrah ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan muslim yang lain khususnya mereka yang daif.
8) Diriwayatkan sebuah hadis drp Nabi SAW yang bermaksud "sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu".
9) Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.
10) Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
11) Terdapatnya Lailatut Qadar iaitu satu malam yang penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya drp Allah SWT.

Sumber : Buku Indahnya Hidup bersyariat terbitan Telaga Biru .

Thursday, 11 August 2011

Meniti Jalan Takwa

Oleh Ustaz Zul Ramli..di Radio IKIM - 12.8.2011

Semoga Allah menganugerahkan takwa kepada kita semua...
takwa : ialah "wahai org yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah"...seseorg dikatakan bertakwa ialah membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang serentak...melibatkan seluruh anggota badan...

Muhasabah diri...tgk hati sendiri..sejauh mana takwa itu ada dlm hati kita...takwa merupakan bintang yang tertinggi..."Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (  yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."..(daripada ayat seribu dinar)

Takwa : apabila Nabi saw meletakkan tgnnya pada dadanya dan berkata takwa itu disini..dimana bermaksud..takwa itu didalam hati...hatilah kerajaan diri kita...

Hati tidak beramal...hati tidak sentuh....hati hanya..mempunyai 'rasa'...iaitu...rasa nak puasa..rasa nak mandi...dsb.....

Meniti jalan takwa ialah berkaitan dengan kerajaan di hati..

Org yang bertakwa bukan sahaja meninggalkan perkara haram..maka makruh pun di ambil kira....org yang bertakwa itu 24 jam sentiasa berzikir kepada Allah(termasuk perbuatan)...penghayatan puasa zahir dan batin....

'Marilah solat dan marilah kusyuk dalam solat'....org yang kusyuk ialah org yg dah capai ketakwaan...org yg kusyuk...ada perasaan suka dan cinta terhadap perbuatan tersebut....

Jalan menuju takwa....ialah Sehingga kita sayang apa yang Allah sayang...dan benci pada apa yang Allah
benci....

soalan 1 : Ada isteri buat dosa besar dan bertaubat, bagaimana nak yakin bhw Allah terima taubatnya?

Jawapan : Kita perlu yakin Allah membuka pintau taubat seluas2nya....Allah pasti menerima semua taubat hamba2nya....ciri2 taubat diterima ialah menjadi insan mudah taat , mudah patuh pada suami...dan melakukan semua amalan yang baik...meninggalkan yang dilarang....

soalan 2 : Apa kaitan Takwa dan Istiqamah?

Istiqamah : Sesuatu amalan terbaik yang dilakukan secara berterusan...
pastinya org takwa ialah org istiqamah....

Soalan 3 : Bagaimana nak tahu diri ini dah bertakwa atau tidak?

Org yang melaksanakan semua rukun Islam dan rukun Iman dan Ihsan-(merasai seakan2 melihat Allah)...itulah org yang bertakwa.. org yang menghayati tuntutan Islam dan Iman dan Ihsan...


takwa : akidah, syariat, akhlak...yang sempurna...

Kesimpulan : Jalan sentiasa luas untuk kita sentiasa kita mengangkat darjat kita...amalan kita...marilah kita lihat setiap amalan dalam Islam...takwa..perjuangan yang tidak ada noktahnya...

Terima Kasih Ustaz...mohon dihalalkan semua ilmu ni....



Thursday, 4 August 2011

Cara Mudah Mencari Mukasurat Dalam Quran..Subhanallah...

Salam....semua...yang ada terbaca blog yang tak seberapa ini...alhamdulillah...diberi kesempatan lagi oleh Allah untuk aku menitip kan sedikit cara utk mencari mukasurat dengan mudah dalan Al-Quran..insyaAllah...artikel ni aku dpt drp email...daripada seorang sahabat...

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat
tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9SMIq8_2sM6_3tbZ1wxNDxyBRBXnW4-TsRp0WJpt7P8wByOVlMnFvTUGdNhYoQ1wT-vt2YfNtGc7tNek5FbDmi_JM2d3A4uVIsUUr8NWhxs3jmpace_3TJq67OmCWRRJSvyYLQrQXzQA/s320/al-quran-al-kahfi.jpg

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya....amin....

Thursday, 7 July 2011

Persediaan Diri Untuk Menyambut Ramadhan

Oleh ustaz Tuan Haji Mohaizan fr Radio IKIM 8.7.2011.(Jumaat)

Dalam bulan Syaaban...amalkan doa bulan Syaaban yang diamalkan oleh Rasululullah SAW...

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Al-Hasy-r 59:18)

Persediaan menyambut Ramadan...

1)MUHASABAH DIRI
2)Sentiasa istighfar..
3)Qiamulail.... melatih diri dan anak2 berpuasa...dan puasa sunat...baca alquran bersama....persediaan menempuh madrasah ramadan...sedekah...dan semasa sedekah niatkanlah..utk diriku dan ahli keluargaku....kalau sakit sentiasa bersedekah lah...Syaban...penuhkan lah puasa....
4)memperbaiki hubungan dengan saudara dan keluarga...digalakkan memperbaiki hubungan dengan mak ayah mertua...hati yg bersih maka hati makin suci....jgn buat salah dengan kawan2....kalau ada buat salah maafkanlah org..dan sentiasa berbuat baik dgn kawan2...jgn berdenda
5)Menjalin silaturrahim dgn jiran..
6)Membekalkan persiapan bekalan sepanjang bulan ramadan utk beribadat..
7)Hiasi rumah dengan ayat2 Quran.ayat2 motivasi...kelebihan berpuasa.....eloklah tanggalkan langsir sebelum ramadan....dan siapkan rumah sebelum ramadan....ramadan karim...
8)Menambah ilmu dengan membaca buku berkenaan ramadhan....

Keistimewaan/Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan...Pahala dilipatgandakan...(Hanya Allah SWT yang tahu..)

Kesimpulan...
Perbanyakkan byk Quran di bulan Ramadhan..Tadarrus...dan pahamkan maknanya dan amalkan apa yg terkandung dalam Quran...semoga jadi darah daging kita.....semoga mendapat keredhaanNya...

Amalan harian tentang makan terutama dalam bulan Puasa...

1)Makanan Halal/Haram..dptkan maklumat yg lengkap...
2)Mkn ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang...

Ilmu dan Iman..akan menjadikan puasa seseorang itu lebih berkualiti...puasa adalah pendinding daripada melakukan perbuatan2 jahat...

ok itu aja..yg dpt ditulis hasil pendengaran drp radio ikim pagi ini...mohon dihalalkan segala ilmu ni Ustaz..

Sunday, 3 July 2011

Sifat-Sifat Mahmudah (terpuji)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha pengasih
 Alhamdulillah....dengan izinNya....dapatla aku memblog lagi kali ini..

Sifat Mahmudah Menurut Imam Al-Ghazali:
  • Taubat
  • Takut akan Allah SWT
  • Kasih akan Allah SWT
  • Zuhud
  • Sabar
  • Syukur
  • Ikhlas dan benar
  • Tawakkal
  • Reda dengan qadak Allah SWT
  • Mengingati mati
Beikut dihuraikan sifat-sifat mahmudah secara ringkas:-
  1. Taubat Keazaman meninggalkan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat (qasad) untuk tidak mengulanginya. 

    Hukum dosa-dosa kecil akan terhapus dengan banyak istighfar, tahmid, zikir dan berwuduk.

    "Hamba Allah yang menderhaka atau berdosa, jika dia bertaubat dan memperbanyakkan amalan soleh, nescaya taubatnya akan diterima Allah SWT."
  2. Takut akan Allah SWT 
 Apabila seseorang Muslim itu mengenali Zat Allah melalui mengenal sifat-sifatNya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah. 
 Dengan adanya perasaan takut terhadap Allah ini, akan membantu seseorang Muslim atau Mukmin itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan segala perbuatan yang dimurkai-Nya.
   3.  Mahabbah
Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُوني‏ يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَ اللهُ غَفُورٌ رَحيمٌ
"katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuni Nya dosa-dosa kamu. Dan Al­lah adalah Maha pengampun lagi Penyayang."
(surah al-Imran ayat 31)

Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan jiwa insan yang benar-benar cintakan agama dan rela berjuang (berjihad) dan berkorban demi menegakkannya.
   4.  Zuhud
Satu corak kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik.
Tanda-tanda Zuhud
  1. Tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu dan tidak pula terlalu sedih apabila kehilangan sesuatu.
  2. Sentiasa memandang sama kepada orang yang memuji dan mencela.
  3. Sentiasa berasa tenang ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk membuat amal taat.
  5.  Sabar
 مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya: dan Kami (Allah) akan memberikan balasan kepada orang yang bersabar itu pahala,       menurut   apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya.

(surah al-nahl:96)
Sabar begitu sukar untuk dipraktikkan kecuali oleh orang yang kuat imannya dan tabah menghadapi segala keadaan. Misalnya, sabar atas ketaatan seperti mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dan sebagainya.
Disamping itu, sabar dalam menjauhi maksiat juga diutamakan seperti menjauhi sifat sombong, mengumpat, bercakap yang sia-sia dan lain-lain.
Seterusnya, bersabar atas kecelakaan dan musibah yang menimpa seperti penyakit, kemarau, kekurangan makanan dan sebagainya.

6. Syukur

Firman Allah SWT: Maksudnya : Maka ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu, dan syukurilah nikmat-Ku dan jangan sekali-kali kamu kufur (lupakan budiKu). (surah al-Baqarah :152)

Firman Allah SWT lagi : Maksudnya : Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim:7)

Syukur itu meliputi ilmu,amalan dan suasana. Ilmu itu adalah dengan mengenal Allah taala menerusi nikmat-Nya.Amalan adalah dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah taala. Suasana pula ialah menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang dikecapi.


"Manusia patut bersyukur atas nikmat-nikmat lain seperti kesihatan,rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya."


7. Ikhlas dan Benar


Mereka yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang ikhlas. Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.
Amalan ikhlas dan suci dalam perbuatan, tutur kata dan ibadat akan dapat mendekatkan diri insan kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT: Maksudnya : Kecuali orang yang bertaubat, membuat kebaikan dan berpegang teguh kepada Allah serta mengikhlaskan agamanya kerana Allah.(surah al-Nisa:146)

Lima Cabang Hakikat Benar
  1. Benar dalam menepati janji
  2. Benar dalam perkataan
  3. Benar dalam niat dan kehendak
  4. Benar dalam keazaman
  5. Benar dalam amalan
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW: Maksudnya : "Sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebajikan dan kebajikan itu membawa ke syurga."


Justeru itu, benar yang berlandaskan syariat Allah itulah yang hakiki dan bukan benar menurut kaca mata manusia.

8. Tawakal

Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah SWT setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.
Allah SWT berfirman: Maksudnya : Apabila kami berazam,(bermaksud mengerjakan sesuatu) maka bertawakkallah pada Allah.(Surah Ali 'Imran:159)

Firman Allah SWT: Maksudnya: (Iaitu) Orang (Yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang yang mengatakan:"Sesungguhnya orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka." maka perbuatan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab:"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." (Surah Ali 'Imran:173)

9. Reda dengan Qadak Allah SWT

Ia merupakan salah satu daripada sifat-sifat mahmudah. Segala ketentuan Allah sama ada baik ataupun buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan Mukmin. Tidak ada penyesalan atau keluh kesah menerima apa2 shj ketentuan yang berlaku.

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencapai maqam atau tingkatan iman yang sebegini tinggi. Namun dengan didikan rohani yang bersungguh, lambat-laun sifat murni ini akan dapat dimiliki juga.

Firman Allah SWT: Maksudnya: Allah telah reda akan mereka, dan mereka pula reda dengan Allah, Itulah sifat orang yang takut akan Tuhannya. (Surah al-Bayyinah : 8)

10. Mengingati Mati

Sifat Mahmudah yang akhir menurut Imam Al-Ghazali ialah sentiasa mengingati kematian. Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud : " Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana".

Firman Allah SWT : maksudnya : Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin alri daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengatahui segala yang ghaib serta nyata. Kelak Dia akan membertitahu kamu segala yang telah kamu lakukan. (surah al-Jumu'ah :8)

Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa.

Tamat...

Alhamdulillah....siap juga..siri sifat mahmudah ini...dipetik daripada Buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' hasil nukilan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid terbitan Telaga Biru...Mohon dihalalkan segala ilmunya ya..Dato'....nantikan sifat2 mazmumah plak nanti ya....