Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Saturday, 6 October 2012

Daripada status FB Ustaz Zahazan pt 3

Berbahagialah sahabat2 fb yang kecil gajinya, tetapi gaji tersebut diperolehi daripada cara kerja yang ikhlas dan amanah kerana rezeki yang sedikit tetapi berkat itu bolehlah diumpamakan seperti sebutir permata kecil yang mahal harganya berbanding seguni kaca yang tidak memberi nilai yang tinggi.. Antara tanda berkat ialah walaupun sedikit gajinya, tapi sentiasa mencukupi malah berlebih pula. Jadi, anda bagaimana pula?

Terhalangnya hati daripada berdoa, lebih malang daripada doa yang tidak makbul. Jadilah hamba yang humble:)

Assalamualaikum wrt. Semoga kita terus mempertingkatkan amalan kita khususnya pada hari ini, hari Jumaat, penghulu segala hari. 

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa 
hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.” (Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim)





Mencintai syurga tidak bermakna meminggirkan dunia. Berusahalah untuk mendapatkan kedua-duanya... Dah waktu solat ni, jom solat :)





Nikmat maksiat akan hilang, tetapi dosanya berkekalan. Say No To Valentine's Day!





Siapa yang tidak cukup dengan yang sedikit, tidak akan puas dengan yang banyak. Renung-renungkan...





Doa supaya mendapat anak soleh

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh. (As-Safaat: 100)



Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga

رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.” (Surah al-Anbiya’ 21:112)

Amalan
Daripada Qatadah, beliau berka
ta bahawa Nabi Muhammad SAAW diajar oleh Allah s.w.t. agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah Baginda sentiasa berada pada pihak yang benar, sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Maka Baginda diriwayatkan akan sentiasa membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir Ibn Hatim)

Selain membaca doa ini ketika berhadapan dengan musuh, para suami dan isteri juga boleh mengamalkan doa ini ketika berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga yang cuba mengganggu gugat keharmonian rumah tangga. Berdoalah agar Allah s.w.t. mengikat hati-hati setiap pasangan agar sentiasa saling mencintai dan menyayangi.

Dipetik daripada buku ana, Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari. (Solusi 40: Misteri Poligami)





Jangan Berputus Asa.
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39





Berdoa Jadi Lebih Sihat (bukti saintifik)

Nampaknyaknya mereka yang lebih kerap beribadat berbanding orang lain mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Perkara ini dibuktikan melalui sebuah kajian yang dilakukan di Amerika baru-baru ini apab
ila didapati bahawa mereka yang banyak berdoa dan bermeditasi (non muslim) mempunyai tahap kesihatan yang baik dan panjang umur (dengan izin Allah SWT)

Kajian di universiti Rochester, New York mendapati lebih 85% pesakit memilih untuk berdoa berbanding menjalani perubatan tradisional.

Penganalisis jantung dari Sekolah Perubatan Harvard, Dr Herbert Benson menjelaskan bahawa seseorang akan menjadi lebih rileks ketika berdoa kerana ia akan menurunkan metabolisme, melambatkan denyutan jantung dan membuat nafas menjadi lebih teratur.

"Melakukan aktiviti spiritual pada setiap hari membantu mengaktifkan gen yang mempercepatkan kematian sel dan keradangan."

"Fikiran mempengaruhi eksperesi gen seseorang dan ini adalah bukti bagaimana doa dapat mempengaruhi fungsi tubuh pada tahap optimum," jelas Benson.

Kajian lain merumuskan bahawa berdoa dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu mengurangkan kekerapan untuk mendapat penyakit.

Sumber: Kosmo! Ahad, 22 Januari 2012 - dengan sedikit tambahan (dalam kurungan)

--------------------------------------------------------------------

P/S: Kajian di atas mungkin dijalankan kepada masyarat secara umum, muslim dan non muslim. Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam sangat beruntung kerana suruhan berdoa tercatat secara nyata dalam al-Quran dan hadis. Surah Ghafir ayat 60 mencatatkan,

“Berdoalah kepadaku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku(berdoa kepadaku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”

manakala Riwayat at-Tarmizi pula menyatakan Rasulullah ada bersabda yang bermaksud;

“ Barang siapa diantara kalian telah dibukakan baginya pintu doa, pasti dibukakan pula baginya pintu rahmat, dan tidaklah Allah SWT diminta sesuatu yang Dia berikan lebih Dia senangi dari pada diminta kekuatan, sesungguhnya doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang terjadi maupun belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa.”

Adab-adab berdoa:
1- Membuka doa dengan hamdalah dan pujian bagi Allah SWT dan selawat atas Nabi SAAW.
2- Mengakui dosa
3- Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan berketetapan hati dalam meminta
4- Berwudhu, menghadap kiblat dan mengangkat tangan ketika berdoa
5- Merendahkan suara dalam berdoa
6- Tidak membuat kalimat bersajak (sesuai dengan nasihat Ibn Abbas kepada salah seorang sahabat)
7- Memilih waktu-waktu yang dianjurkan dan saat-saat yang mulia
8- Tidak mendoakan keburukan kepada diri, keluarga dan harta





Hadiahkanlah puisi ini kepada Isteri anda dan kepada para isteri, hayatilah lagu ini. Kepada yang sudah layak berkahwin, berkahwinlah kerana ia akan mendekatkan diri anda dengan Allah SWT, insyaAllah...

Telah ku siapkan satu daerah paling
 sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

-Kopratasa


Nabi SAAW bersabda; "Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takuti bagi umatku adalah kelemahan yakin" (Riwayat Ibn Abi Dunya dan Al-Tabarani)

Keyakinan tidak mudah, tetapi boleh dipelajari dan dilatih. Zun Nun al-Misri berkata, "3 tanda key
akinan adalah (1) Melihat Allah pada segala sesuatu, (2) merujuk kepadaNya pada segala sesuatu dan (3) meminta bantuan daripadaNya dalam segala sesuatu.

Doa untuk meningkatkan keyakinan: Rujuk surah al-Hadid ayat 3 atau kerapkan menyebut "Amantu billahi wa rasulih."

Rujukan: Buku tulisan Ustaz Umar Muhammad Noor bertajuk "Rasul Mulia. Umat Mulia, Akhlak Mulia" (RM20.00)

Rujuk: http://telagabiru.net.my/v3/index.php/produk/buku/278-rasul-mulia-umat-mulia-akhlak-mulia

Daripada Abdullah bin Abbas RA, Nabi SAAW bersabda yang bermaksud; "Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah SWT" (Riwayat al-Bukhari)
Dari Ibn Abbas ra daripada Nabi saw bersabda, maksudnya, Sesungguhnya Allah swt mengampuni dosa umatku yang tersalah,terlupa Dan apabila ia melakukan sesuatu kesilapan secara dipaksakan ke atasnya.( rwyt Ibn Majah)

Assalamualaikum wrt sahabat2ku yang dikasihi. Dah solat Dhuha? Jom solat dhuha, jom!!! Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang berkat dan melimpah ruah, dunia dan akhirat. Solat dhuha WORLD!
Beribadah kpd Allah berlaku Dlm 3 bentuk, ibadahnya org awam, sama keadaannya dgn seorang buruh kasar yg bkrja dgn majikan mngikut tuntutan kerja yg telah ditetapkn Dlm skop kerja,sekali sekala dia leka bila tiada pngawasan boss.Bandingan Ibadah ole manusia jenis ke dua adalah Ibadah oleh orang 'arif' iaitu dia melakukn Ibadah Lebih drp apa yg dtetapkn ole boss kerana dia faham perbuatan itu akn d
ilihat sebagai kelebihan utk mmbolehknnya mndpt sesuatu ganjaran.Bagi kedua2 ini perbuatan Mrk masih tidak trkeluar drp target mndptkn habuan. Peringkat yg seterusnya adalah Ibadah pedagang atau peniaga yg memang Akan terus mnguruskn perniagaannya krn minat pd kerjaya.Dia pun tidak tahu apakh pd penhasilannya slps ini, Cuma dia merasa yakin Akan Ada pulangan utk yg berdaya maju.Yang mana adalah aku? (rumusan drp teori imam al ghazali)
Doa menghindari rasa marah

اَللَّهُمَّ بَرِّدْ قَلْبِيْ بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ. اَللَّهُمَّ نَقِّ قَلْبِيْ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ.

Maksudnya: Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, kesejukkan dan air sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kekotoran.
(Riwayat at-Tirmizi)
Daripada Abdullah bin Amr ra, Nabi SAAW bersabda yang bermaksud, " Orang yang bersifat kasihan, dikasihani oleh Yang Maha Mengasihani. Kasihanilah mereka di bumi, nescaya yang di langit akan mengasihani kamu." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi)
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAAW bersabda yang bermaksud; "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT." (Riwayat Muslim)
Ya Allah, kami ini hambamu yang banyak merungut. Ampunkanlah dosa-dosa kami dan tempatkanlah kami di kalangan hambamu yang bersyukur. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang maha pengampun lagi maha menerima doa hamba-hamba yang hina seperti kami...
Assalamualaikum wrt. Kepada saudaraku sekalian khususnya saudara2 di kalangan para ilmuan Islam. Janganlah kita terlalu fokus dalam perbezaan sehingga kita bermusuh antara satu sama lain. Ingatlah tindakan kita boleh menyebabkan masyarakat 
Islam berpecah sedangkan kita merupakan contoh yang akan diikuti oleh masyarakat. Daripada Aishah R.HA, Nabi SAAW bersabda yang bermaksud, "Insan yang paling dibenci oleh Allah ialah yang amat keras permusuhannya: (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Cubalah hayati saranan al-Fadhil Dr Zaharuddin dalam artikelnya yang cukup menarik ini:


"Apabila Allah mencintai hambaNya, Dia akan wafatkannya di dalam Islam."
Ya Allah, Matikanlah aku dalam Iman dan Islam!
Matikanlah aku dalam Iman dan Islam!
Matikanlah aku dalam Iman dan Islam!


"Tutup aurat supaya selamat" - Solusi 41: Bakal terbit pada 20.2.2012

Thursday, 20 September 2012

6 Pesanan Imam Al-Ghazali



Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:
1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)
2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 – Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 – Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Engkau belum tentu sempat solat yang akan datang

Kisah: `Engkau belum tentu sempat solat yang akan datang’



Diriwayatkan bahawa Ma’ruf al-Karkhi (r.a) mengerjakan solat. Muhammad bin Abi Taubah bercerita: “Lalu Ma’ruf al-Karkhi, berkata kepadaku: “Kehadapanlah engkau dan jadi imam solat.”
Lalu aku menjawab: “Jika aku solat dengan engkau solat ini, maka aku tidak solat dengan engkau akan solat yang lain.”
Maka Ma’ruf menjawab: “Engkau mengatakan kepada kepada diri engkau bahawa engkau akan menunaikan solat yang lain? Kami berlindung dengan Allah dari panjang angan-angan. Sesungguhnya panjang angan-angan itu, mencegah dari amal soleh.”



Friday, 14 September 2012

Ganjaran Isteri Solehah


8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Monday, 3 September 2012

Carilah HatiMu di Tiga Tempat..

Alhamdulillah..dengan izin-Nya....dapat ku coretkan sedikit kata-kata hikmat..semoga menjadi ilmu yang bermanfaat dan amalan yang diterima_nya....

Kata-kata ini kuperoleh daripada radio IKIM rasanya...tak ingat bila...

Carilah hatimu di tiga tempat iaitu :

1) Hatimu ketika mendirikan solat..
2) Hatimu ketika membaca al-Quran.
3) Hatimu ketika mengingati mati.

Tetapi, jika tidak ditemui hati kamu di ketiga-tiga tempat ini, MAKA berdoalah kepada Allah agar diberi sekeping hati yang baru supaya dapat kamu melakukan 3 amalan tadi dengan tulus dan ikhlas....

InsyaAllah semoga ia menjadi ilmu yang bermanfaat..Semoga Allah redha..amin...

Friday, 11 November 2011

Janganlah berprasangka buruk.....

Ya Allah...ampunila daku...sesungguhnya aku telah berburuk sangka sesama muslim....mahkluk ciptaanMu Ya Allah....aku bertaubat kepadaMu Ya Allah....Hinanya aku disisiMu Ya Allah....ampunkah dosa ku..ampunkan dosaku Ya Allah....terimalah taubat aku ku ini....sesungguhnya..Engkau Maha Pengampun...lagi Maha Mengasihani....ampunkanlah daku...Ya Allah....Besihkan hati ku ini...Sucikan lah hatiku...janganlah Engkau bolak balikkan hati ku ini...tetapkan lah hati ku ini hanya untuk Mu yaAllah....semata-mata mencari keredhaanMu Ya Allah....

Berikut sumber daripada : http://rasuldahri.tripod.com


HUKUM BURUK SANGKA TERHADAP SESAMA ISLAM  

Allah ‘Azza wa-Jalla telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam anggota Jamaah Islamiyah.  Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan anggota jamaah ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.
Allah Subhanahu wa-Ta’ala mengharamkan hambaNya yang beriman dari menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap saudara-saudaranya yang seagama.  Malah  Allah mengharamkan juga segala unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya rasa buruk sangka di kalangan anggota Jamaah Islamiyah.  Pengharaman ini telah ditegaskan di dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagaimana firman Allah dan sabda Nabi:
يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ
 
"Hai orang-orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.  Dan bertakwalah kamu kepada Allah.    Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِيَّاكُمْ وَالظَّنِّ فَاِنَّ الظَّنَّ اَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَنَافَسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابِرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ اِخْوَانًا
 
"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara".  H/R al-Bukhari.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ : رَاَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَطُوْفُ بِالْكَعْبَةِ يَقُوْلُ : والَّذِى نَفْسِ مُحَمَّد بِيَدِهِ لَحُرمَةُ الْمُؤْمِنِ اَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ مِنْكَ مَالهُ وَدَمهُ وَاَنْ يَظُنَّ بِهِ اِلاَّ خَيْرًا.  رواه ابن ماجه.
 
"Dari Abdullah bin Umar berkata:  Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda:  Demi jiwa Muhammad yang di tanganNya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya  sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik”.  H/R Ibn Majah. 
 
عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ :  وَلاَ تَظُنُّ بِكَلِمَةٍ خَرَجَتْ مِنْ اَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ اِلاَّ خَيْرًا.
 
"Dari Umar bin Al-Khatab beliau berkata:  Janganlah kamu berprasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik".  Lihat Tafsir Ibn Kathir, jld. 4, m/s 271.

عَنْ حَارِثَةِ بْنِ النُّعْمَان قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَزِمٌ ِلاُمَّتِى : اَلطِّيَرَةُ وَالْحَسَدُ وَسُوْءُ الظَّنِّ. فَقَالَ : وَمَا يُذْهِبُهُنَّ يَارَسُوْلَ اللهِ مِمَّنْ هُنَّ فِيْهِ ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا حَسَدَ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ وَاِذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقْ وَاِذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ
 
"Dari Haritha bin an-Nukman berkata:  Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku:  Kepercayaan sial.  Hasad dengki.  Prasangka.  Beliau bertanya:   Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut?   Baginda bersabda:  Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan".  H/R at-Tabrani.
Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadith-hadith di atas berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama).  Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka. Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
اِذَا قَلَّ الْعِلْمُ ظَهَرَ الْجَفَا وَاِذَا قَلَّتِ اْلآثَارُ كَثُرَتِ اْلاَهْوَاءُ وَلِهَذَا تَجِدُ قَوْمًا كَثِيْرِيْنَ يُحِبُّوْنَ قَوْمًا وَيَبْغَضُوْنَ قَوْمًا لاَجْلِ اَهْوَاءٍ لاَيَعْرِفُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ دَلِيْلَهَابَلْ يُوَالُوْنَ عَلَى اِطْلاَقِهَا اَوْ يُعَادُوْنَ مِنْ غَيْرِ اَنْ تَكُوْنَ مَنْقُوْلَةً نَقْلاً صَحِيْحًا عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ وَسَلَفِ مِنْ غَيْرِ اَنْ يَكُوْنُوْا هُمْ يَعْقِلُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ يَعْرِفُوْنَ لاَزِمَهَا وَمَقْتَضَاهَا. رواه مالك.
 
"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain).  Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu.  Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya.  Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya".   H/R Imam Malik.
            Orang-orang yang mempunyai penyakit ragu-ragu, was-was dan buruk sangka terhadap Allah dan terhaap ibadahnya, ia perlu segara meninggalkan penyakit tersebut dan segera bertaubat.  Agar ia tidak berulang, maka perlu dirawat dengan ilmu agama terutama ilmu akidah.  Oleh itu setiap mukmin sewajarnya menyebukkan dirinya dengan menuntut ilmu seperti menghadiri majlis-majlis ilmu yang memperkatakan tentang agama.  Kerana hanya ilmu agama yang dapat merawat dan menyembuhkan penyakit ragu-ragu, was-was dan buruk sangka

Wednesday, 17 August 2011

Perkara sunat dan makruh ketika Puasa

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA

- Segera berbuka puasa
- Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis lain
- Membaca doa berbuka puasa bermaksud " Ya Allah, bagi Engkaulah amalan puasaku ini, kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka."
- Melambatkan sahur
- Banyakkan baca al-Quran, berzikir, berselawat, dan membuat amal kebajikan.
- Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak2 yang kurang bernasib baik.
- Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat.
- Mandi junub lebih awal, sebelum masuknya waktu subuh.


Wednesday, 22 June 2011

Puasa Dari Sudut Perubatan


Penurunan Berat Badan
Ini dapat membantu individu yang mengalami berat badan berlebihan atau obes untuk menurunkan berat badan mereka dengan cara yang sihat dan murah. Bagi pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi pula, ini dapat menurunkan paras tekanan darah serta kandungan gula mereka dengan lebih baik.  Penurunan berat badan daripada amalan puasa Ramadan adalah berbeza dengan amalan crash diet atau cara diet untuk menurunkan berat badan lain seperti langsung tidak makan nasi (hanya minum air).  Penurunan berat badan dengan berpuasa selalunya lebih stabil di mana pesakit tidak mengalami masalah kenaikan berat badan secara mendadak sekiranya seseorang berhenti puasa.
Mempercepat Proses Pemulihan
Ketika berpuasa, penggunaan tenaga diarahkan dari sistem penghadaman ke sistem-sistem lain seperti penyembuhan, imun atau metabolisme badan. Manakala, proses penggantian tisu yang rosak menjadi bertambah baik hasil proses pembentukan protein sintesis yang semakin berkesan yang disebabkan oleh antibodi badan yang lebih teratur. Pembentukan protein yang lebih efisien akan menghasilkan sel-sel serta tisu yang lebih sihat.  Kajian turut mendapati berlaku penurunan suhu badan dan kemerosotan kadar asas metabolisme badan ketika berpuasa menjadikan badan menyimpan lebih tenaga.
Awet Muda dan Memanjangkan Usia
Hormon pertumbuhan, sejenis hormon anti penuaan didapati dirembeskan  dengan banyaknya ketika berpuasa.  Selain itu, fenomena ini dikatakan juga berpunca daripada proses pembentukan sintesis protein yang lebih efektif, ketahanan badan yang lebih baik serta kadar metabolik yang lebih rendah.
Mengurangkan Risiko Penyakit Aterosklerosis
Kajian turut mengesahkan penurunan dari segi kandungan kolesterol  dan gula. Ini tentunya mengurangkan risiko penyakit aterosklerosis (sejenis penyakit pada arteri di mana plak-plak berlemak berkembang pada dinding-dinding dalam dan akhirnya menyebabkan aliran darah tersekat).  Keadaan ini terutamanya berlaku di kalangan pesakit diabetes.
Solat Tarawih Memetabolismekan Makanan
Cantik sekali apabila bulan puasa turut diiringi dengan sembahyang sunat  tarawih pada sebelah malamnya.  Ianya membantu memproses makanan yang dimakan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga (sehingga 200 kalori).  Di samping itu, ianya juga bertindak sebagai satu cara senaman yang ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular (jantung dan aliran darah).
Mendisiplinkan Diri Agar Berhenti Merokok
Amalan puasa juga dapat melatih diri meninggalkan amalan yang kurang baik seperti mengurangkan nikotin yang berbahaya di dalam tubuh perokok.  Ketika siang hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana terpaksa berpuasa manakala pada malam hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana takut akan kemudaratan kesihatan seperti penyakit kanser paru-paru, sakit jantung dan penyakit sekatan pernafasan..
Ketenangan Mental
Dari segi kesihatan mental, umat manusia  berasa lebih tenang di bulan Ramadan yang mulia ini.  Ganjaran yang berlipat ganda pada bulan puasa menjadikan mereka lebih bertumpu kepada menunaikan ibadah, sekali gus mengurangkan kes-kes jenayah.
Pemakanan di Bulan Ramadan
Pastikan makanan yang seimbang (buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat, protein) ketika bersahur dan berbuka puasa. Tidak perlu makan banyak. Ketika berbuka disunatkan mengambil kurma kerana kandungan gula yang tinggi bertindak sebagai pembekal tenaga. Sementara itu, ketika bersahur adalah lebih baik makan makanan yang lambat hadam iaitu bijirin seperti oats, gandum dan lain-lain kerana makanan jenis ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses iaitu, lapan jam. Justeru, ianya dapat membekalkan tenaga dengan lebih lama.

Sumber maklumat : Mingguan Malaysia, 2 Oktober 2005
Ihsan drp : http://pmr.penerangan.gov.my

Saturday, 18 June 2011

Indahnya Hidup Bersyariat bhg 2

Alhamdulillah di pagi yang indah ini dapatlah sekali lagi kita bersua di arena ruang perkongsian ilmu dengan izin Allah...bersyukur di atas segala nikmat yang diberiNya...ok..mari kita sambung bhg ke 2 pula...juga dipetik daripada buku yang sama..(mohon rujuk bhg 1)

Di bahagian 1 dahulu kita dah tahu pasal adab dan sifat berdoa..sekarang kita nak tahu pasal ..

Waktu Mustajab berdoa

Boleh dilakukan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri, antaranya ialah :

  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh.
  2. Tiap-tiap selepas solat fardhu lima waktu.
  3. Antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib.
  4. Antara Azan dan Iqamah atau selepasnya.
  5. Ketika bangun tidur.
  6. Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
  7. Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  8. Antara takbir solat hari raya.
  9. Dalam khutbah Jumaat, khutbah Raya dan khutbah Nikah.
  10. Ketika menziarahi Makan Rasulullah SAW di Masjid Nabawi
  11. Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
  12. Ketika membaca Qunut bagi solat Subuh dan lain-lain.
  13. Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
  14. Ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan resah gelisah.
  15. Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yg dah lama berpisah.
  16. Ketika hujan turun.
  17. Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
  18. Sepanjang malam,terutama sepertiga malam yang akhir dan waktu makan sahur.
  19. Ketika khatam Al-Quran 30 juzuk.
  20. Ketika sujud dalam solat khususnya sujud terakhir.
Tempat Mustajab Berdoa

Berdoa boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan ditempat yang bersih dan sesuai, tetapi yang afdalnya adalah tempat-tempat berikut:
  1. Apabila melihan Baitullah (Kaabah) di Makkah.
  2. Kerika melakukan tawaf mengelilingi kaabah.
  3. Di dalam Kaabah.
  4. Di sisi Multazam dan Hijr Ismail.
  5. Ketika melihat masjid Rasulullah SAW di madinah.
  6. Di sisi telaga zamzam.
  7. Di atas Bukit Safa dan Marwah.
  8. Di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s.
  9. Di muzdalifah pada 10 Zulhijjah
  10. Di padang Arafah pada 9 Zulhijjah.
  11. Di padang Mina pada hari Tasyriq.
  12. Di dalam Masjid.
  13. Di sisi Jamratul Aqabah pada 11,12,13 Zulhijjah.

Semoga Allah memberkati kita semua....Cukup dulu setakat ini...kita sambung bhg 3 nanti ya....jumpa lagi...

Indahnya Hidup Bersyariat bhg 1



Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk mencoret beberapa ilmu untuk dikongsikan bersama dengan izinNya...

Dipetik daripada buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' hasil nukilan - Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Berdoa
Berdoa merupakan amalan penting menghubungkan insan dengan Allah SWT sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani, pelerai kesulitan dunia dan akhirat.
Allah SWT berfirman :




وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ 


                                                        (surah al-Baqarah:186)


Maksudnya : Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Daripada Abu Umamah r.a. katanya : Telah ditanya orang akan Rasulullah SAW : " Ya Rasulullah, manakah dia doa yang paling didengari?'' Rasulullah SAW bersabda, " Di penghujung malam yang terakhir dan selepas solat lima waktu."
(Riwayat al-Tirmizi)


Adab Dan Sifat Berdoa


Berdoa ialah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah. Antaranya ialah:
  1. Keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwuduk, bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat.
  2. Dalam keadaan kusyuk dan merendah diri kepada Allah dan mengadap ke arah kiblat.
  3. Merendahkan suara dan tidak mengganggu orang lain.
  4. Jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak.
  5. Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah SWT.
  6. Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu.
  7. Memulakan dengan memuji Allah dan Selawat (ke atas Nabi SAW) dan juga mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah dan berselawat.
  8. Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.
  9. Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.
  10. Doa itu bukan bertujuan utk melakukan dosa, atau memutuskan hubungan silaturrahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
  11. Memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara mara beriman.
  12. Hendaklah dengan penuh perasaan pengharapan dan jangan cuba mengatakan " Ya Allah, ampunkanlah daku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah sekiranya Engkau inginkan.
  13. Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dibuat oleh Nabi SAW.
  14. Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah.
  15. Berdoa dengan suara perlahan...
Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.....amin....
Berjumpa lagi di bhg 2...insyaAllah...