Tuesday, 28 June 2011

Erti Cemerlang

Mencari Erti Kecemerlangan


Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah. Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.

Tahun baharu menjelang lagi. Kita kini berada dalam tahun 2010 Masihi. Tahun 2009 baru sahaja kita tinggalkan dengan penuh kenangan. Sama ada pahit ataupun manis. 12 bulan yang dilalui terasa begitu pantas berlalu.

Liku-liku hidup yang ditempuh mematangkan diri. Suka duka tabah diharungi. Perjuangan hidup kita perlu diteruskan dengan keyakinan dan ketabahan. Kedatangan tahun baharu juga bererti bertambahnya usia kita. Namun begitu, adakah dengan meningkatnya usia kita akan lebih matang dalam tindak tanduk kita? Itulah yang harus kita fikirkan.

Dalam meniti usia remaja, seseorang pelajar itu perlu ada wawasan diri bagi mencapai kecemerlangan sama ada dalam hidup ataupun dalam pelajaran. Mereka perlu ada prinsip yang digenggam kukuh dan tidak mudah goyah ditiup angin. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana anasir yang akan melalaikan.


Mencari Erti Kecemerlangan


Sebagai remaja yang berwawasan kita tentu mendambakan kecemerlangan. Masing-masing berlumba-lumba mencari kecemerlangan. Kecemerlangan menjadi cita-cita dan impian setiap insan.
Dalam buku berjudul Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran, Dr Danial Zainal Abidin ada mengupas beberapa aspek tentang kecemerlangan. Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah.

Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Imam al Ghazali di dalam karya agungnya Ihya Ulumiddin dalam bab Syukur ada menyentuh berkenaan kecemerlangan kemuncak di akhirat. “Ciri-ciri kebahagiaan di akhirat yang tidak ada di dunia boleh dibahagikan kepada empat. Pertama, keadaannya kekal abadi. Kedua, kegembiraannya berkekalan. Ketiga, tidak wujud lagi kejahilan selepas itu. Keempat, tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu.


Cemerlang dengan menjadi Global Champion


Global Champion dapat diertikan sebagai jaguh global. Ia bermaksud seseorang itu perlu mempengaruhi dan memimpin dunia berdasarkan kebenaran, serta contoh yang baik bagi golongan lain. Bagi seorang yang beragama Islam, mereka perlu terlebih dahulu memahami Islam dan berasa mulia dan ajarannya. Antara ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi global champion ialah berfikir seperti pemimpin, perkongsian nilai yakni amanah, memberi fokus kepada inovasi, kajian dan pembangunan, mementingkan kualiti, tidak berasa inferior atau rendah diri dan mampu bekerjasama.

Cemerlang dengan Iman & Takwa
Kecemerlangan bermula dari dalam. Ledakan iman dan takwa mampu mengubah dunia dan seisinya. Mereka yang bertakwa akan diilhamkan dengan petunjuk. Berpandukan petunjuk, mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Lebih daripada itu, takwa juga memurahkan rezeki di dunia.

Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat
Kesempurnaan iman dan takwa tidak akan tercapai tanpa ilmu dan hikmat. Malah ilmu dan hikmat adalah pintu gerbang kepada segala kebaikan dan kecemerlangan. Potensi yang ada pada manusia hanya bersinar selepas digosok dengan ilmu. Menurut Imam hadis, Bukhari dan Muslim, “Manusia ibarat lombong emas dan perak. Mereka yang baik pada masa jahiliah akan menjadi baik dalam Islam apabila mereka mempunyai kefahaman yang mantap.”


Petikan dari FOKUS SPM Jan 2010

Monday, 27 June 2011

Ciri-ciri Wanita Syurga

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Sumber : Majalah iluvislam

Tip Diet yang betul

TIP CANTIK
Ayuh, semak jadual diet anda!
Kisah diet tidak akan tamat! Ramai yang berkobar-kobar untuk menurunkan berat badan dan sanggupmengawal selera. Tapi persoalannya, bertahan untuk berapa lama? Sebulan, dua bulan atau enam bulan?

Anda harus faham tentang konsep diet yang sebenar jika benar-benar mahu mencapai berat ideal dengan cara yang sihat. Diet yang sihat bukan satu tindakan gaya pemakanan yang ekstrem, tetapi harus dilakukan secara konsisten dengan memilih menu yang betul. Sudah tentu hasilnya bukan dalam jangka masa singkat. Bukan juga mengambil pelbagai pil kurus sehingga membahayakan diri sendiri. Usaha anda untuk turunkan berat badan masih belum tamat! Ayuh, bakar kembali semangat yang terpendam dalam diri dengan menyemak kembali gaya pemakanan anda sebelum ini. NUR mahu berkongsi menu diet seminggu bersama anda dengan harapan, usaha anda selama ini akan membuahkan hasil.

Isnin
Bangun Pagi : 1 gelas air kosong
Sarapan : 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi : 1 gelas air kosong
Makan Tengahari : 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang : 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam : 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam : 1 gelas air kosong

Selasa
Bangun Pagi : 1 gelas air kosong
Sarapan : 1 keping capati & dal + air suam
Minum Pagi : 1 gelas air kosong
Makan Tengahari :1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang : 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam : 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam : 1 gelas air kosong

Rabu
Bangun Pagi : 1 gelas air kosong
Sarapan : 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi dan susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi : 1 gelas air kosong
Makan Tengahari : 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang : 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam : 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam : 1 gelas air kosong + ½ biji buah jambu batu


Selanjutnya dapatkan majalah NUR JULAI 2011 di pasaran sekarang!

Sumber : Majalah Nur versi digital

Kecantikan Diri

Cantik Dengan Kos Murah
SELAMAT, BERKESAN & BEBAS KESAN SAMPINGAN

Kadangkala bukan semua produk moden itu sesuai dengan anda. Sudahlah harganya mahal, mungkin juga ia boleh membawa kesan buruk pada kulit anda. Apa kata mulai hari ini, anda mengamalkan konsep ‘back to basic’. Hanya dengan barang-barang asli dan semulajadi, anda boleh membelai tubuh dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Bagi yang sudah berkahwin, suami pasti makin sayang kerana sudahlah pandai bercantik-cantik, bahkan pandai juga berjimat cermat!
Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur
Rendamlah kacang hijau semalaman. Setelah itu, tapis dan gunakan airnya untuk disapu ke seluruh kulit kepala. Picit dan urut perlahan-lahan sewaktu meratakan air ini ke kulit kepala. Amalkan sentiasa.
Parut Wajah Kurangkan Keyakinan
Tumbuk sedikit kulit kayu manis (sedikit sahaja) sehingga hancur. Campurkannya dengan sedikit air dan bedak sejuk. usah terlalu pekat atau terlalu cair. Sapukan bancuhan ini ke kulit wajah terutama pada bahagian yang berparut. Lakukan seberapa banyak yang anda mahu. Lama kelamaan parut itu semakin memudar. Selain membantu mengurangkan parut, ia juga menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat.
Atasi Kulit Berkedut
Buka peti sejuk dan dapatkan sebatang lobak merah segar. Selepas dibersihkan, parutkan lobak merah ini dan campurkan dengan sesudu tepung jagung dengan sebiji kuning telur. Selepas bancuhan ini sekata, ratakan pada wajah. Jika rajin amalkan petua ini sekali sehari. Anda pasti teruja dengan hasilnya.
Haluskan Kulit Wajah
Dapatkan sedikit asam jawa. Larutkan bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan yang pekat. Setelah sebati, pupurkan bancuhan ini pada wajah. Biarkan ia mengering dalam kira-kira 15 minit. Kemudian, bilas dengan sempurna.
Ayuh Licinkan Kulit Muka
Petua ini sering dilakukan oleh wanita India dan khasiatnya sudah terbukti. Buka kabinet dapur dan ambilah 1sm kunyit hidup. Setelah dihancurkan, campurkan kunyit ini dengan setengah sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk. Sebatikan campuran ini dan sapukan ke seluruh wajah dengan rata. Biarkan ia kering dan lakukan setiap hari sebelum anda tidur.

Untuk lebih banyak tip cantik dapatkan
RAPI 15 APRIL 2011

Sumber : Majalah Rapi

Kecergasan badan

Sihat Dalam Masa 10 Minit

Menurut ahli kecergasan, sesiapa yang inginkan badan sihat, cergas dan langsing perlu melakukan senaman selama 45 minit hingga 1 jam setiap hari. Sayangnya...sebagai seorang wanita yang sibuk dengan kerjaya, masa tersebut agak sukar untuk direalisasikan. Jadi, cara yang bagaimanakah untuk anda kekal sihat sepanjang hari.
Ahli kecergasan, Ann Grandjean mengatakan untuk mendapatkan badan yang sihat anda perlu memastikan diri sentiasa bergerak. Contohnya, mulakan dengan aktiviti sederhana seperti menjawab telefon sambil berjalan kaki atau meletakkan kenderaan lebih jauh daripada pejabat. Cara ini sesuai dengan aktiviti yang anda lakukan setiap hari. Paling penting, ada cara tersendiri untuk anda bergerak. Manakala menurut Harold Taylor, pemilik Harold Taylor Time Consultants di Toronto mengatakan, walaupun seseorang itu sibuk dengan tugas hariannya, selitkan aktiviti ringkas ini kerana ia boleh membantu meningkatkan kepercayaan dan keyakinan dalam diri. Namun begitu, aktiviti ringkas ini bukanlah pengganti kepada senaman tetapi sekadar suplemen atau tambahan kepada senaman yang sebenar. Berikut beberapa cara yang sederhana untuk bergerak khusus untuk anda yang tidak mempunyai masa bersenam.
Kawasan Rumah

1. Ketika berjalan-jalan atau mengambil udara segar di sekeliling rumah, cuba lakukan lompat bintang (jumping jack). Caranya mudah, berdiri dengan kedua kaki ditutup dan tangan di sisi. Lakukan lompatan dengan membuka kaki dan tangan dibawa ke atas. Kemudian, tutup kaki dan letakkan tangan kembali ke sisi badan. Lakukan selama 5-10 minit kerana dikatakan dapat membakar 90 kalori bagi wanita yang mempunyai berat 75kg.
2. Ketika anda menyiapkan hidangan makan malam untuk keluarga, anda boleh lakukan latih tubi berdiri sambil menunggu air mendidih. Caranya, berdiri dengan mendepakan tangan pada hujung kabinet dapur. Kemudian, tolak tangan ke kabinet almari. Senaman ini untuk melatih tangan dan bahu.
3. Pada waktu malam, sebelum tidur anda tentu sekali akan membersihkan muka atau sapuan losyen pada badan. Jadi, cuba lakukan beberapa latihan yang menggunakan dumbel. Ini adalah saranan daripada instruktor Sheila Cluff yang sentiasa meletakkan dumbel di bawah meja solekan bagi memudahkan membuat latihan ringkas.

Lebih banyak info dalam RAPI 15 APRIL 2011

Sumber : Majalah rapi
 

Makan untuk Hidup

IKAN KOD Sumber Protein Terbaik

Selain membekalkan kandungan protein yang tinggi, ikan kod juga rendah kalori (4 auns hidangan ikan kod membekalkan kira-kira 52.1 peratus protein dengan hanya 119 kalori). ia juga membekalkan beberapa nutrisi penting yang lain dan amat bermanfaat kepada kesihatan kardiovaskular anda. Kajian di amerika menunjukkan bahawa mereka yang makan ikan kod dengan kerap akan membantu mengurangkan risiko diserang sakit jantung. ikan kod kaya dengan kandungan asid Omega 3, vitamin B12 dan vitamin B6 yang diperlukan bagi memastikan kadar ‘homocysteine’ dalam tubuh berada pada tahap rendah. ini penting kerana jika kadar ‘homocysteine’ dalam tubuh tinggi, ia akan memberikan tekanan pada salur darah dan ini akan menyumbang pada serangan sakit jantung


SALAD MENTAH KAYA KHASIAT

Salad atau nama saintifiknya ‘lactuca Sativa’ bagus untuk dijadikan sebagai bahan utama sayuran mentah. ia adalah penawar yang terbaik mengatasi masalah insomnia (gangguan tidur). Cuba amalkan untuk memakan salad dengan kadar sekali sehari, anda akan mendapati tidur anda akan lebih tenang dan nyenyak. Salad kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin a, vitamin C, magnesium dan zink. ia mampu untuk mengurangkan stres dan menenangkan fikiran. Salad juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubati kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman.

Nabi Muhammad menemui Allah

KEMBALI meneruskan peristiwa penuh bersejarah dengan menyingkap pula perjalanan Mikraj Rasulullah s.a.w di mana Baginda naik ke Hadratul Qudus menemui Allah s.w.t.
Pada masa ini, didatangkan kepada Baginda sebuah Mikraj yakni tangga yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkatlah pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Setiap kali Baginda bertemu dengan para nabi, perkataan pertama yang diucapkan ialah assalamualaikum. Ini menunjukkan bahawa pentingnya dan mulianya ucapan salam yang sering kita ucapkan sehari-hari dan kita perlu sentiasa mengamalkan budaya memberi salam sebagai mendoakan kesejahteraan sesama kita. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Berilah makan dan sebarkanlah salam (dengan ucapan assalamualaikum ), nescaya kalian akan mewarisi syurga." Antara peristiwa yang berlaku di setiap tangga yang dinaiki Rasulullah ialah: Langit pertama: Rasulullah dan Jibril masuk ke langit pertama lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang yang makan riba dan harta anak yatim serta melihat orang berzina dengan rupa dan kelakuan yang sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung kepada susu penzina perempuan.

Langit kedua: Nabi Muhammad dan Jibril naik tangga langit kedua lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s.
Langit ketiga: Naik tangga langit ketiga dan bertemu Nabi Yusuf a.s.

Langit keempat: Naik tangga langit keempat lalu bertemu Nabi Idris a.s.

Langit kelima: Naik tangga langit kelima dan bertemu Nabi Harun a.s yang dikelilingi kaumnya Bani Israel.

Langit keenam: Naik tangga langit keenam dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu Nabi Musa a.s. Baginda disuruh mengangkat kepalanya lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai termasuk 70,000 orang masuk syurga tanpa hisab.

Langit ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu Nabi Ibrahim a.s sedang bersandar pada Baitul Makmur sambil dihadapi kaumnya. Kepada Rasulullah, Nabi Ibrahim bersabda: "Engkau akan berjumpa Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. "Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillahlah Allahuakbar dan Walahaulawalaquwataillabillahi'aliyul'adzim. "Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga." Selepas itu Baginda masuk ke dalam Baitul Makmur lalu solat. Baitul Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah dan adalah tempat malaikat bertawaf.
Tangga kelapan: Di sinilah disebut 'al-kursi' yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu.

Sungai yang airnya tidak berubah, sungai susu, sungai arak, sungai madu serta buah, daun dan dahan yang berubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan dan semua keindahan yang tak terperi oleh manusia. Baginda juga dapat melihat air sungai Kauthar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta penunggunya, Malik.

Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk Sidratul Muntaha. Rasulullah w masuk dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib dalam nur 'arasy iaitu lelaki dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga kesepuluh: Baginda sampai ke Hadratul Qudus dan Hadrat Rabbul Arbab lalu dapat menyaksikan Allah dengan mata kepala Baginda, lantas sujud. Di sinilah Allah memfardukan solat 50 waktu kepada Baginda. Selesai munajat, Rasulullah dibawa menemui Nabi Ibrahim kemudian Nabi Musa.

Nabi Musa bertanya: "Apakah yang difardukan Allah kepada kamu untuk umatmu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Solat 50 kali sehari." Nabi Musa kemudian berkata: "Kembalilah menghadap Tuhanmu dan mintalah pengurangan. Sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukan hal itu." Lalu Baginda pun berulang alik sebanyak sembilan kali sehingga Allah berkenan mengurangkan waktu solat menjadi lima kali sehari semalam dengan mengekalkan nilai pahala bersamaan solat 50 kali.

Selepas Mikraj, Rasulullah turun ke langit dunia semula seterusnya ke Baitulmaqdis. Kemudian dengan menaiki Buraq, Baginda tiba di Masjidil Haram pada malam yang sama. Baginda menceritakan perjalanan itu kepada kaum Baginda, tetapi mereka menuduh Rasulullah berdusta kerana mana mungkin Baginda dapat sampai ke tempat-tempat tersebut dalam masa yang singkat sedang manusia biasa memakan masa yang lama untuk ke sana. Hanya Saidina Abu Bakar sahaja yang membenarkan kata-kata Baginda lalu beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud 'yang membenarkan.' Peristiwa Israk Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran dan seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati dan takut kepada kekuasaan

Sumber : mymetro