Tuesday, 9 October 2012

Daripada Status FB Ustazah Hafizah Musa Pt2

Renungan kata2 Anas bin Malik:
" Ketika Rasulullah saw tiba di Madinah, segala sesuatu menjadi bersinar, namun ketika Baginda wafat, terasa semuanya suram. Belum sempat kami menyapu tangan kami dari tanah sebaik mengkebumikan Rasulullah saw, kami sudah merasakan hati kami sudah tidak semurni sebelumnya".

Justeru, hati kita di akhir zaman ini lebih2 lagi tak semurni mereka para sahabat, maka peganglah peninggalan Rasulullah saw dengan seteguhnya: Alquran dan Sunnah Rasulullah saw. Wallahua'lam.

Tazkirah ibnu Abbas:

"wahai pelaku dosa dan maksiat, janganlah kamu merasa selamat daripada dosa kamu. Ketahuilah, akibat yang mengiringi dosamu itu lebih dahsyat dari dosa itu sendiri."

Salam. Sahabat semua: peribadi kita harus kita perhalusi, 5 perkara yg menimbulkan aura ialah:
1. Akidah yg sahih dan teguh
2. Tenang dgn zikrullah
3. Mantap dengan mujahadah
4. Suci dgn istighfar dan taubat
5. Bersinar dengan ilmu yg bermanfaat.

Wallahua'lam.

Salam ukhuwwah.
Pakej menambat/ memikat/ menakluk hati:
1. Sering menyebut namanya dgn tulus dalam doa.
2. Menghias diri dgn akhlak terpuji, ilmu akhlak ini sgt luas, belajarlah dari peribadi junjungan besar Rasulullah saw. Akhlak adalah sifat terpuji yg lahir dari hati yg mengharapkan pandangan Allah.
3.Peka dgn kebajikan, dan rela berkorban utk menjaga kebajikan org yg disayangi dgn mengikut syara'.
4.Beri perhatian dan curah kasih sayang sehingga mereka rasa disayangi.
Wallahua'lam.
Sambungannya next week insyaallah.

Asm, ramai juga yg bertanya dgn ustzah hukum menyambut hari ibu. Pandangan ustazah, hukumnya bergantung pada niat dan cara kita menyambutnya. Islam memang memuliakan kedudukan ibu jadiharus kita raikan dengan tujuan untuk mengingatkan kembali tanggungjawab anak2 terhadap ibu dsb, malah ustazah sndiri rasa termotivasi utk terus berusaha berbakti pd ibu ayah apabila sekarang musim para penceramah dan pendakwah mengingatkan kita terhadap t/ jawab tersebut.Dari segi cara dan pengisian mestilah tidak melanggar mana2 batasan syara'. Wallahua'lam.

Asm sahabat2 semua, iman itu ada rasa, rasanya bahagia sekali dan amat manis. Namun, ia hanya dpt dinikmati oleh hamba2 Allah yg istiqamah. Bermulalah, walaupun dgn yg sedikit krna apabila istiqamah ia jadi sgt besar dan bernilai di sisi Allah. Contohnya, solawat kpd Rasulullah saw setiap pagi, almathurat pagi ptg melindungi diri, sedekah walau sedikit setiap hari, tilawah alquran setiap dinihari,
 budayakan manis muka ke mana jua pergi, berdakwahlah walau satu ayat sehari. Sahabat2ku, kita tak kan mampu solat 24 jam, ttp kita mungkin dapat pahala solat 24 jam. Kita tak mungkin dpt mengaji al quran 24 jam, ttp kita mungkin dpt pahala mengaji alquran 24 jam, kita tak mungkin dapat bersedekah 24 jam, ttp kita mungkin blh dpt pahala sedekah 24 jam..... Dengan apa? Dengan kita mengajar dan menyampaikan kepada insan2 di sekeliling kita. Allah tak mengurangkan sedikit pun pahala utk kita yg mendidik dan menyampaikan setiap kali orang lain beramal dgn ilmu yg kita sampaikan dgn ikhlas. Salam sayang fillah.





Salam dan solawat ke atas Rasulullah saw.
Dakwah bukan bebanan, dakwah adalah kemuliaan. Setiap kali ruang dakwah itu terbuka utk kita, bererti Allah membuka pintu kemuliaan utk kita. Pernah seorang isteri mengadu, 18 tahun dia berusaha untuk mengubah suami dan anak2, tapi belum membuah hasil, dari raut wajahnya, dia benar2 nampak tertekan. Utk sesiapa jua yg mengalami kondisi ini, ustazah kata
kan " bersyukur dan berbahagialah, bukan 18 tahun Allah membebankan saudari, tetapi 18 tahun Allah memberi kemuliaan kpada saudari, lisan, pemikiran, tindakan saudari sentiasa sibuk dan terarah utk menyeru manusia ke jalan Allah. Jadi, mari kita berbahgia, senyum dan ceria krna Allah selalu memilih kita untuk bertambah mulia di sisiNya.".






Daripada Status FB ustazah Hafizah Musa

Doa  Mohon Ketenangan 



Saturday, 6 October 2012

Daripada Status FB Ustaz Zahazan pt 4

Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Ini jelas dinyatakan dalam S
urah Al-Baqarah, ayat 233.
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 233).

Bengkel Penyusuan Susu Ibu anjuran Telaga Biru Training & Consultancy Sdn Bhd dengan kerjasama Nurturing Concepts Sdn Bhd akan diadakan pada
Tarikh: 3 Disember 2011 ,Sabtu
Tempat: Dewan Abu Bakar, Telaga Biru Training & Consultancy, Sri Damansara Industrial Park
Penceramah: Perunding Laktasi IBCLC Pn Nor Kamariah dan Dr Ning Desiyanti bersama Dr Zahazan, Motivator TBTC
Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila hubungi pejabat TBTC : 03-62754458/4459 / Hotline : 010-6276727 (sms sahaja) /
http://www.telagabirutraining.com/program-terkini.html


Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba.
Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tanga
n mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi".

Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan?

Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan.
Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak.

PILIHAN 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan.
Bukan itu saja, hati turut mengomel,
"Apasal la aku bangun awal sangat."
Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.

PILIHAN 2
"Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul.
Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.."
Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.

PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud.
Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah SWT...

Terjaga dia awal pagi, adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah SWT. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.

Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur., bukan mengomel kekesalan.
Tetapi, alangkah baiknya andai Tahajud dapat ditunaikan....

- Solusi 12




Tazkirah petang: Daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAAW bersabda; "Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya." -Riwayat al-Bukhari.
Justeru, jangan merungut, tapi bersabar dan bersyukurlah. Mudah-mudahan Allah SWT bersama kita, insyaAllah..

Barangsiapa memperbanyak mengingat kematian, maka ia akan dikurniakan tiga perkara : (1) bersegera untuk bertaubat, (2) ketenangan dan ketenteraman hati dan (3) motivasi untuk beribadah. Sebaliknya, barangsiapa yang melupakan kematian, maka ia akan dihukum dengan tiga perkara : (1) menagguh-nangguh taubat, (2) kegelisahan dan stress dan (3) rasa malas untuk beribadah.

Sahabat fb yang dikasihi, banyakkanlah berdoa dalam bulan puasa kerana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah: doa ibu bapa terhadap anak; doa orang yang berpuasa; dan doa orang bermusafir.” (Riwayat al-Baihaqi)

"4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi

Daripada Anas Bin Malik ra, Nabi SAW bersabda yang bermaksud; "Permudahkanlah, jangan menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu." Riwayat al-Bukhairi dan Muslim.

Tazkirah Jumaat: Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah. Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggan
gan yang hina.” Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?”Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya). Hadis al-Bukhori





Sabda Rasulullah SAW; "Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah." (Riwayat al-Tabrani)
p/s: Sebaik bangkit dari qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 min, tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus. Trylah amalan sunnah ni, insyaAllah bagus untuk kita!





Tazkirah pagi ini: Kata Imam Ali RA; "Cintailah seseorang itu sekadarnya belaka, mungkin ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Be4ncilah seseorang itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
riwayat ibnu Abi Syaibah.





Slm,dlm kitab habib Abdullah al haddad,risalah al mu'awanah,hendaklah mnyegerakn solat bila telah masuk wktnya,sebaik2nya hendaklh berada dlm keadaan berwudhuk sebaik masuk wkt solat,sekurg2nya bersiap sedia utk solat apabila azan berkumandg,krn Nabi saw bersabda,awal waktu adalh keredaan Allah,akhir wkt adalah keampunanNya,rwyt daruqutni dgn sanad yg sahih





Ya Allah, ya Tuhanku, bantulah hambamu ini....untuk mengingatiMu,dan bersyukur kepadaMu & mempereloklan amalanku kepadaMu ( Dengan sedikit perubahan drp rwyt Ahmad, Ibn Hibban dll )





Keseronokan melakukan kejahatan akan hilang, tapi dosanya kekal... Fikir-fikirkan...





Slm,malu itu brmksd mnjaga akal agar brfikir kebaikn,perut & apa yg mmasukinya,mngingati kmatian & khancuran jasad...(mksd hadis rwyt Ahmad)





Ya Allah kurniakan kpd kami iman Yg berkekalan, rezki Yg berterusan & kemuliaan mmasuki syurga Dgn rasululLah.





Berusaha mencari cahaya lebih baik daripada terus menyumpah kegelapan... fikir-fikirkan!





Renungan pagi ini,kata sayyiduna Ali r.a dlm sebahagian wasiatnya; janganlah seseorang Kamu takut meldinkn Pd dosanya,janganlah mengharapkan melainkn Pd Tuhannya...





Sahabat2 yang dikasihi kerana Allah sekalian, janganlah kita tergolong di dalam kelompok mereka yang berputus asa terhadap Allah. Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman
:

يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَني وَرَجَوْتَنِي: غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنكَ، وَلا أُبالِي، يَا ابْنَ آدمَ، لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السماءِ، ثُمَّ استَغْفَرتَني: غَفَرْتُ لَكَ، وَلا أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَم إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرابِ الأَرْضِ خَطَايا، ثم لَقِيتَني لا تُشْرِكُ بِي شَيْئاً: لأَتَيْتُكَ بِقُرابِها مَغْفِرَةً

Maksudnya: “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula.”

(Riwayat al-Tirmizi no: 3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah).

sumber: Buku "Hadis 40 Imam Nawawi" terbitan Telaga Biru Sdn Bhd





Wasiat Luqman, Hai Anak ! Elakkan daripada berhutang! Krana ia adalah memalukan pd waktu siang & menghilangkan nikmat rehat pada waktu malam ( kerana ia menyebabkan terganggunya tidurmu pd sebelah malam )





Menangis itu penting,agar terbentuk keseimbangan dalam pembentukan jiwa yg cemerlang... tetapi memahami tujuan menangis itu jauh lebih penting krn dengannya jiwa akan mencapai kesedaran yg tinggi & proporsional.Melaluinya ia akan mengetahui kelebihan menangis spt ia tahu kelebihan ketawa.Ia seakan2 seorang kaya yg mengetahui laluannya memperolehi harta, krn setiap proses itu menambah lagi keuntungan yg diusahakan...


Tazkirah petang Jumaat:
Dari buku Doa & Zikir Harian (terbitan Telaga Biru; RM6.00)


Doa Murah Rezeki -
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي وَبَارِكْ لِي فِيمَا رَزَقْتَنِي
Hadis Riwayat Ahmad
Sumber: 101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih

Sekiranya tidak jelas, copy doa ni ke dalam microsoft word dan perb
esarkan saiz font-nya. Bagi yang ingin mendapatkan buku ini, ia skarang boleh didapati dalam bentuk soft cover dgn harga RM26.00. Boleh didapati di MPH Bookstore, Popular Booksore dan kedai-kedai buku agama di sekitar rumah anda, insyaAllah.. Terbitan Telaga Biru.


Fahamilah maknanya setiap kali kita mengamalkannya... InsyaAllah, ibadah kita akan lebih khusyuk...
Photo: Fahamilah maknanya setiap kali kita mengamalkannya... InsyaAllah, ibadah kita akan lebih khusyuk...

Daripada status FB Ustaz Zahazan pt 3

Berbahagialah sahabat2 fb yang kecil gajinya, tetapi gaji tersebut diperolehi daripada cara kerja yang ikhlas dan amanah kerana rezeki yang sedikit tetapi berkat itu bolehlah diumpamakan seperti sebutir permata kecil yang mahal harganya berbanding seguni kaca yang tidak memberi nilai yang tinggi.. Antara tanda berkat ialah walaupun sedikit gajinya, tapi sentiasa mencukupi malah berlebih pula. Jadi, anda bagaimana pula?

Terhalangnya hati daripada berdoa, lebih malang daripada doa yang tidak makbul. Jadilah hamba yang humble:)

Assalamualaikum wrt. Semoga kita terus mempertingkatkan amalan kita khususnya pada hari ini, hari Jumaat, penghulu segala hari. 

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa 
hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.” (Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim)





Mencintai syurga tidak bermakna meminggirkan dunia. Berusahalah untuk mendapatkan kedua-duanya... Dah waktu solat ni, jom solat :)





Nikmat maksiat akan hilang, tetapi dosanya berkekalan. Say No To Valentine's Day!





Siapa yang tidak cukup dengan yang sedikit, tidak akan puas dengan yang banyak. Renung-renungkan...





Doa supaya mendapat anak soleh

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh. (As-Safaat: 100)



Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga

رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.” (Surah al-Anbiya’ 21:112)

Amalan
Daripada Qatadah, beliau berka
ta bahawa Nabi Muhammad SAAW diajar oleh Allah s.w.t. agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah Baginda sentiasa berada pada pihak yang benar, sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Maka Baginda diriwayatkan akan sentiasa membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir Ibn Hatim)

Selain membaca doa ini ketika berhadapan dengan musuh, para suami dan isteri juga boleh mengamalkan doa ini ketika berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga yang cuba mengganggu gugat keharmonian rumah tangga. Berdoalah agar Allah s.w.t. mengikat hati-hati setiap pasangan agar sentiasa saling mencintai dan menyayangi.

Dipetik daripada buku ana, Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari. (Solusi 40: Misteri Poligami)





Jangan Berputus Asa.
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39





Berdoa Jadi Lebih Sihat (bukti saintifik)

Nampaknyaknya mereka yang lebih kerap beribadat berbanding orang lain mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Perkara ini dibuktikan melalui sebuah kajian yang dilakukan di Amerika baru-baru ini apab
ila didapati bahawa mereka yang banyak berdoa dan bermeditasi (non muslim) mempunyai tahap kesihatan yang baik dan panjang umur (dengan izin Allah SWT)

Kajian di universiti Rochester, New York mendapati lebih 85% pesakit memilih untuk berdoa berbanding menjalani perubatan tradisional.

Penganalisis jantung dari Sekolah Perubatan Harvard, Dr Herbert Benson menjelaskan bahawa seseorang akan menjadi lebih rileks ketika berdoa kerana ia akan menurunkan metabolisme, melambatkan denyutan jantung dan membuat nafas menjadi lebih teratur.

"Melakukan aktiviti spiritual pada setiap hari membantu mengaktifkan gen yang mempercepatkan kematian sel dan keradangan."

"Fikiran mempengaruhi eksperesi gen seseorang dan ini adalah bukti bagaimana doa dapat mempengaruhi fungsi tubuh pada tahap optimum," jelas Benson.

Kajian lain merumuskan bahawa berdoa dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu mengurangkan kekerapan untuk mendapat penyakit.

Sumber: Kosmo! Ahad, 22 Januari 2012 - dengan sedikit tambahan (dalam kurungan)

--------------------------------------------------------------------

P/S: Kajian di atas mungkin dijalankan kepada masyarat secara umum, muslim dan non muslim. Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam sangat beruntung kerana suruhan berdoa tercatat secara nyata dalam al-Quran dan hadis. Surah Ghafir ayat 60 mencatatkan,

“Berdoalah kepadaku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku(berdoa kepadaku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”

manakala Riwayat at-Tarmizi pula menyatakan Rasulullah ada bersabda yang bermaksud;

“ Barang siapa diantara kalian telah dibukakan baginya pintu doa, pasti dibukakan pula baginya pintu rahmat, dan tidaklah Allah SWT diminta sesuatu yang Dia berikan lebih Dia senangi dari pada diminta kekuatan, sesungguhnya doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang terjadi maupun belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa.”

Adab-adab berdoa:
1- Membuka doa dengan hamdalah dan pujian bagi Allah SWT dan selawat atas Nabi SAAW.
2- Mengakui dosa
3- Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan berketetapan hati dalam meminta
4- Berwudhu, menghadap kiblat dan mengangkat tangan ketika berdoa
5- Merendahkan suara dalam berdoa
6- Tidak membuat kalimat bersajak (sesuai dengan nasihat Ibn Abbas kepada salah seorang sahabat)
7- Memilih waktu-waktu yang dianjurkan dan saat-saat yang mulia
8- Tidak mendoakan keburukan kepada diri, keluarga dan harta





Hadiahkanlah puisi ini kepada Isteri anda dan kepada para isteri, hayatilah lagu ini. Kepada yang sudah layak berkahwin, berkahwinlah kerana ia akan mendekatkan diri anda dengan Allah SWT, insyaAllah...

Telah ku siapkan satu daerah paling
 sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

-Kopratasa


Nabi SAAW bersabda; "Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takuti bagi umatku adalah kelemahan yakin" (Riwayat Ibn Abi Dunya dan Al-Tabarani)

Keyakinan tidak mudah, tetapi boleh dipelajari dan dilatih. Zun Nun al-Misri berkata, "3 tanda key
akinan adalah (1) Melihat Allah pada segala sesuatu, (2) merujuk kepadaNya pada segala sesuatu dan (3) meminta bantuan daripadaNya dalam segala sesuatu.

Doa untuk meningkatkan keyakinan: Rujuk surah al-Hadid ayat 3 atau kerapkan menyebut "Amantu billahi wa rasulih."

Rujukan: Buku tulisan Ustaz Umar Muhammad Noor bertajuk "Rasul Mulia. Umat Mulia, Akhlak Mulia" (RM20.00)

Rujuk: http://telagabiru.net.my/v3/index.php/produk/buku/278-rasul-mulia-umat-mulia-akhlak-mulia

Daripada Abdullah bin Abbas RA, Nabi SAAW bersabda yang bermaksud; "Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah SWT" (Riwayat al-Bukhari)
Dari Ibn Abbas ra daripada Nabi saw bersabda, maksudnya, Sesungguhnya Allah swt mengampuni dosa umatku yang tersalah,terlupa Dan apabila ia melakukan sesuatu kesilapan secara dipaksakan ke atasnya.( rwyt Ibn Majah)

Assalamualaikum wrt sahabat2ku yang dikasihi. Dah solat Dhuha? Jom solat dhuha, jom!!! Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang berkat dan melimpah ruah, dunia dan akhirat. Solat dhuha WORLD!
Beribadah kpd Allah berlaku Dlm 3 bentuk, ibadahnya org awam, sama keadaannya dgn seorang buruh kasar yg bkrja dgn majikan mngikut tuntutan kerja yg telah ditetapkn Dlm skop kerja,sekali sekala dia leka bila tiada pngawasan boss.Bandingan Ibadah ole manusia jenis ke dua adalah Ibadah oleh orang 'arif' iaitu dia melakukn Ibadah Lebih drp apa yg dtetapkn ole boss kerana dia faham perbuatan itu akn d
ilihat sebagai kelebihan utk mmbolehknnya mndpt sesuatu ganjaran.Bagi kedua2 ini perbuatan Mrk masih tidak trkeluar drp target mndptkn habuan. Peringkat yg seterusnya adalah Ibadah pedagang atau peniaga yg memang Akan terus mnguruskn perniagaannya krn minat pd kerjaya.Dia pun tidak tahu apakh pd penhasilannya slps ini, Cuma dia merasa yakin Akan Ada pulangan utk yg berdaya maju.Yang mana adalah aku? (rumusan drp teori imam al ghazali)
Doa menghindari rasa marah

اَللَّهُمَّ بَرِّدْ قَلْبِيْ بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ. اَللَّهُمَّ نَقِّ قَلْبِيْ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ.

Maksudnya: Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, kesejukkan dan air sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kekotoran.
(Riwayat at-Tirmizi)
Daripada Abdullah bin Amr ra, Nabi SAAW bersabda yang bermaksud, " Orang yang bersifat kasihan, dikasihani oleh Yang Maha Mengasihani. Kasihanilah mereka di bumi, nescaya yang di langit akan mengasihani kamu." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi)
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAAW bersabda yang bermaksud; "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT." (Riwayat Muslim)
Ya Allah, kami ini hambamu yang banyak merungut. Ampunkanlah dosa-dosa kami dan tempatkanlah kami di kalangan hambamu yang bersyukur. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang maha pengampun lagi maha menerima doa hamba-hamba yang hina seperti kami...
Assalamualaikum wrt. Kepada saudaraku sekalian khususnya saudara2 di kalangan para ilmuan Islam. Janganlah kita terlalu fokus dalam perbezaan sehingga kita bermusuh antara satu sama lain. Ingatlah tindakan kita boleh menyebabkan masyarakat 
Islam berpecah sedangkan kita merupakan contoh yang akan diikuti oleh masyarakat. Daripada Aishah R.HA, Nabi SAAW bersabda yang bermaksud, "Insan yang paling dibenci oleh Allah ialah yang amat keras permusuhannya: (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Cubalah hayati saranan al-Fadhil Dr Zaharuddin dalam artikelnya yang cukup menarik ini:


"Apabila Allah mencintai hambaNya, Dia akan wafatkannya di dalam Islam."
Ya Allah, Matikanlah aku dalam Iman dan Islam!
Matikanlah aku dalam Iman dan Islam!
Matikanlah aku dalam Iman dan Islam!


"Tutup aurat supaya selamat" - Solusi 41: Bakal terbit pada 20.2.2012

Daripada Status Ustaz Zahazan Pt 2

Motivasi untuk diriku yang hina: 

Syed Qutb dalam kitab Az-Zilal:
“Perdebatan dengan gaya yang terbaik itu : adalah tanpa membawa kesalingan berbeza, tidak menolak, dan memburuk-burukkan. Sehingga membawa ketenangan pada diri daie, dan dia merasai bahawa tujuannya bukanlah untuk menang dalam perdebatan, tetapi untuk meyakinkan dan membawa kepada kebenaran. Jiwa manusia ini mempunyai keangkuhan da
n kedegilannya, dan ia tidak boleh dihilangkan dari pendapat yang mempertahankannya melainkan dengan kelembutan, sehingga ia tidak merasai kekalahan. Nilai pandangan itu sangat cepat bercampur dengan jiwa dan nilainya ada pada sisi manusia, merendahkan pandangan merupakan perendahan terhadap kebolehannya, kemuliaannya, serta keberadaannya. Perdebatan dengan gaya terbaik adalah yang mampu menundukkan keangkuhan emosi ini. Kedua pendebat perlu merasai dirinya terkawal, nilai dirinya mulia. Daie itu tidak bermaksud melainkan menyingkap kebenaran dalam zatnya, dan menenangkan kebenaran tersebut, pada jalan Allah, bukan pada jalan dirinya sendiri , bukan mahu memenangkan pandangannya, dan bukan mahu mengalahkan pandangan pihak lain.”





Ayuh amalkan doa sebelum memberi salam dalam solat
Daripada Saidina Ali RA, katanya : Rasulullah SAWAS, apabila bersolat, bacaan terakhirnya antara tasyahhud dan salam :

اَللََّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosaku apa yang terdahulu dan yang terkemudian, apa yang tersembunyi dan apa yang terzahir, apa yang terlampau dan apa-apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang Maha Terdahulu dan Engkaulah yang Maha Akhir, tiada Tuhan kecuali Engkau”. (Riwayat Muslim).





[English] Wikipedia : I know everything !
Google : But i have everything !
Facebook : So what?, i know everybody !
Internet : Hei Without me,, you all are nothing !
Electricity : Silent ! Who's The Boss now ?!!
Benjamin Franklin: Ehem..ehem..Who's discover Electricity?
Allah : Well... I created all of you ... ♥ :')

Subhanallah.. ^^, ♥

>>> love Allah S.W.T ♥♥♥ -il-





Doa khusus Nabi SAW kepada Anas B Malik: (Doa murah rezeki)

"Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a'toitahu, wa ahsin a'malahu, warghfirlahu."

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya da
n anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaanmu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Mengikut catatan (ceramah), Anas memang kaya, mempunyai ramai anak ( 120 orang ), umur ketika wafat 104 tahun dan meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aYYND1Kp2zQ








Dari sahabati Ustaz Umar Muhammad Noor..
Seseorang yang belajar hadis sepatutnya menjadi orang yang berakhlak mulia dalam ucapan dan tingkah lakunya. Sebab semua hadis meriwayatkan ketinggian akhlak dan adab Rasulullah Saw. Berkata Abu Asim Al-Nabil: "Siapa yang mempelajari hadis, sesungguhnya ia tengah mempelajari perkara agama yang paling luhur. Maka ia sepatutnya menjadi manusia yang terbaik." (mafhum ucapan Al-Hafiz Ibn Solah dalam Muqaddimah)

"Jika engkau terlanjur melakukan dosa di satu tempat, maka janganlah engkau tinggalkan tempat itu sebelum melakukan kebaikan padanya. walaupun hanya mengucapkan kalimat tauhid atau tasbih. Sebab jika di akhirat nanti ia menjadi saksi atas dosamu, ia juga akan menjadi saksi atas kebaikanmu." Syeikh Ibn 'Arabi.

Ingin menjadi orang pandai? Dekatlah selalu dengan orang-orang yang pandai. Lebih utama lagi, dekatlah selalu dengan Zat Yang Maha Pandai (Al-'Alim): Allah Azza wa Jalla.
Berkata Ibn Sina (pakar Falsafat dan Doktor termasyhur): “Setiap kali aku tidak faham suatu masalah, aku segera ke masjid. Aku lalu melakukan solat, berdoa dan meminta kepada Pencipta alam semesta. Sehingga terbuka lah bagiku semua permasalahan yang tertutup.” [Siyar Al-A’lam Al-Nubala].


Makan untuk hidup, hidup untuk ibadah!





* Jika ada org bicara mngenai kt diBlakang,itu adlh tanda bhw kt sdh ada DI DEPAN...

* Saat org bicara Mrendahkn diri kt, itu adlh Tanda bhw kt sdh brada di tempat yg LEBIH TINGGI...

* Saat org Bicara dgn Nada iri mngenai kt, itu adlh tnda bhw kt sdh jauh LEBIH BAIK dr Mereka...

*Saat org Bicara Buruk mengenai kt, padahal kt tdk prnah Mngusik khidupn Mrk, itu adlh tanda bhw khidupn kt sbenarnya LEBIH INDAH dr mereka...

"Payung tdk dpt mnghentikn Hujan, tp dpt mmbuat kita Brjalan mnembus hujan utk Mncapai Tujuan......!! selamat beraktiviti selepas 2 hari bercuti .....





"Jika ada orang berbicara mengenai kita di belakang, itu tanda bahawa kita sudah ada di hadapan."
Senyum dan jangan susah hati. Ingatlah, Allah bersama hambaNya yang bersabar keranaNya.. :)





Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari perasaan riak, ujub dan takabbur. Amin...





Ya Allah, kau sempatkanlah aku untuk bertemu dengan kekasihMu... Tidak tertanggung lagi rasa rindu ini Ya Allah...

Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammadin wa 'ala aalihi wa sahbihi wasallim..

http://www.youtube.com/watch?v=wn_DUBrTG14&feature=youtube_gdata_player


Dah ucap Alhamdulillah sebab berjaya sampai tempat kerja @ destinasi yang dituju? Kalau belum, sempat lagi rasanya ni.. :)

Peringatan buat diriku yang mudah lupa...
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kita
b-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5313.0

Semoga tercerah. Maaf atas kesilapan.. -admin





Kepada yang sedang bersiap mahu pulang ke rumah lalu singgah di pasar2 malam, ingatlah beberapa perkara;
1. Jangan sehingga terlewat maghrib
2. Jangan sehingga tertinggal maghrib berjamaah
3. Jaga adab pergaulan dengan bukan muhrim di pasar malam
4. Jangan makan atau minum berdiri@berjalan
5. Bersikap mesra dengan penjual
6. Jangan ke pasar malam dengan bukan muhrim
7. Jangan sehingga membazir
9. Jangan lupa bersedekah kepada yang memerlukan
10. <di pohon sambung tazkirah ini>

Kepada yang tidak ke pasar malam, jangan lupa ke majlis2 ilmu :)





Sebelum mmulakn ceramah kpd para penjaja Kg Baru Kuala Lumpur, sahabat di sebelah adalah pembuat batu nesan, kedainya di Kg Baru.Masyaallah seramnya menghadapi kematian, takut tak cukup bekalan....





"A busy life makes prayer harder but prayer makes busy life easier. Do thank Him on every single thing granted."
So,Thank you Allah. Love You.. Mmuaaahhh.. errr, I mean, ALHAMDULILLAH... :)





Tazkirah: Syukur lahir apabila kita menyedari bahawa kita bukan ( / 'never') pemilik apa2 kenikmatan yang diperolehi... - Imam Junaid al-Baghdadi





Kita berkira dengan Allah (wuduk sambil lewa, x buat solat sunat sebelum dan selepas solat, solat lewat, solat dalam keadaan selekeh dll), Allah akan berkira dengan kita...





Usah dipinta "kecilkan" ujian, Pintalah "dibesarkan Iman" menghadapinya...





Bismillahirrahmanirrahim; “Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.”





Apa yang telah diberi Allah lebih banyak daripada apa yang kita pinta. Jadi kena sebut apa kawan2?





"Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Imam Az-Zahabi.

p/s: KL tengah hujan :)





Bergembiralah para guru (yang beriman) sekalian kerana Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran surah Fussilat ayat 33

" وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّنْ دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "

Maksudnya : Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.


Assalamualaikum wrt, minggu depan kita terima gajikan? Apa kata kita ramai2 (khususnya pada yang masih belum 'sempat' mengamalkannya) peruntukkan sedikit gaji kita untuk ibubapa kita dan selepas itu kita teruskan secara istiqamah. Yang tiada ibubapa, cuba amalkan bersedekah bila2 masa saja anda berkemampuan. Ikhlaskan diri dan lepastu kita tengok apa yang berlaku.. Jom! :)

Sekadar perkongsian...

Daripada Status FB Ustaz Zahazan

Pesan kami utk para tetamu ."bila dipuji ingatlah kita sbnrnya tidak punya apa2pun dan kita bukan siapa2pun ...bila dikeji ingatlah...Allah sentiasa bersama kita...sebab itu banyakkn istighfarmu kpd Allah..biarlah kita dikenali dan dicintai Allah...bukan hanya dikenali penduduk dibumi...Jadilah spt Uwaies yg dikenali Allah & para mslaikatNya..." Jumuah mubarakah dari ana, Madrid,Spain..jap lg akn solat Jumaat & jumpa Spain students...

Ramai kita mencari kebahagiaan melalui 5 perkara iaitu harta yang banyak, rupa paras yang cantik, kuasa dan pangkat, nama tersohor dan pencapaian akademik. Kalau begitu mengapa ramai individu / selebriti di luar sana yang ada segala-galanya tapi masih hidup porak peranda? 

Mungkin kerana kita mencari bahagia bukan menerusi pencipta bahagia itu sendiri sedangkan kalamNYa telah memperuntukkan: "Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Rad:28)

"Saya dah berzikir hari2, tapi tak tenteram pun," si polan bertanya. Ustaz Pahrol menjawab, tahukah anda zikir perlu dengan 3 dimensi: kata, rasa dan tindakan. Adakah zikir kita menyentuh 3 aspek tersebut? Tepuk dada tanya iman!

Dia banyak berjasa pd kita,mmbersihkan kita wkt kekotoran,comot,mmbimbing kita dgn penuh kasih sayang,doa nya mnemani kita dlm rehlah khidupan... Jika anda belum pernah mngucupnya, kucuplah dia,raikanlah dia..ucapkan dlm munajatmu selalu.. Rabbirhamhuma kama rabbayani saghira..ayat 24 surah al Israk..hai ibu,besarnya jasamu mmbesar & mndidik kami..moga kau ditempatkan di sisi para hambaMu yg salih & salihah..

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
[An-Nasa'iy, 1292, sahih]

Sesiapa yang tidak sabar dengan kesusahan, tidak akan syukur dengan kesenangan... solusi panduan hidup bersyariat...

Rindukan Haramain? Rupa2nya kita boleh tengok manusia2 dipilih Allah sedang mengerjakan ibadah mulia ini secara live. Harap ia akan lebih memotivasikan kita. Kepada yang belum pergi, tanamkan tekad dan tingkatkan usaha. InsyaAllah kita juga
 akan turut dijemput Allah menjadi tetamunya. Paling penting, banyakkan berdoa, solat hajat dan ikhlas dalam perbuatan. InsyaAllah :)

ps: Waktu di mekah tolak 5 jam dari waktu sahabat semua di Malaysia...





Marilah kita sama2 mendoakan agar Allah SWT menerima setiap amal ibadah yang kita lakukan khususnya amal ibadah saudara2 kita yang sedang/akan mengerjakan haji di tanah suci. Doakan juga mereka diberikan ketenangan hati dan kemudahan agar mereka boleh fokus dan sentiasa merendah diri ketika di sana.

http://www.youtube.com/watch?v=mOzeEyQ0rOc


Renungan di pagi hari:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ
إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ وَتَرَكْتُمُ الْجِهَادَ سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلاًّ لاَ يَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ

Maksudnya: Daripada Ibn Umar r.a katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila kamu mula
 berjual beli secara ‘inah (riba) dan kamu memegang ekor lembu dan kamu mencintai cucuk tanam serta meninggalkan jihad, Allah akan menimpakan kepada kamu kehinaan yang Dia tidak akan hilangkan sehingga kamu kembali kepada agama kamu.” (Riwayat Abu Daud, Sahih)

Hadis di atas serupa dengan punca kejatuhan Islam di Spain dahulu. Pemerhatian ana dari Spain sejak 2 hari ni, rasa syahdu melihat bangunan besar yg dahulunya merupakan masjid2, pejabat2 pentadbiran Islam, semuanya hancur akibat urus niaga yang tidak mengikut cara Islam, perselisihan ummah sesama sendiri, pemimpin dan masyarakat yang mementingkan diri, gilakan pangkat, harta & populariti sehingga sanggup menganiaya dan menabur fitnah demi memenuhi hawa nafsu, sanggup berkawan dgn kuffar musyrikun (Raja Ferdinand yang beristerikan Ratu Isabela) demi mengalahkan saudara sendiri yg berbeza pandangan dengannya... Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk mengelakkan perkara di atas dari terus menguasai masyarakat Islam di negara kita.. la hawla wa la Quwwata illa billah..





Dari Anas bin Malik RA, Rasulullah SAWAS bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. (Riwayat al-Tirmidzi - hasan)

Senyum, tak perlu kata apa2 (tapi dalam hati banyakkan berzikir dan selalulah amalkan solat sunat taubat, mungkin kita ada banyak dosa yang disedari atau tidak disedari)...





Masya-Allah, persahabatan yang terjalin di jalan Allah berlanjutan hingga ke akhirat. Teman-teman yang pernah bersama-sama dengan kita melaksanakan solat berjemaah, umrah dan haji bersama, dan silaturrahim yg kita jalin di sekolah atau universiti mahupun ketika bekerja, berniaga mahupun melancong akan suatu hari nanti dapat mengeluarkan kita daripada api neraka. Semakin banyak teman yang kita punya, semakin besar peluang untuk kita memperoleh syafaat itu. Jom bersahabat kerana Allah jom!





Doa merangsang diri dan keluarga agar menjaga solat. Bismillahirrahmanirrahim "Ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitupun anak-anakku. Ya Tuhan kami, Dan perkenanlah doaku." (Surah Ibrahim 13:40)...

Esok di Malaysia hujung minggukan? Apa kata sahabat semua ambil peluang gerakkan anak2 untuk bertahajjud bersama. Tapi gerakkanlah mereka selembut yang mungkin. Maklumlah, budak2. Tapi kalau mereka tak mampu bangun, gerakkan pasangan kita sahaja pun dah memadai. Besar fadilatnya qiamullail ni. Oh ya, kepada yang bujang takde kompromi.. badan kuat lagi kan? Nanti lepas selesai berfb, jangan lupa sembahyang.. ;)

Salam ukhwah dari bumi andalus..





Ghuraba' tidak akan tundukkan kepalanya selain kepada Allah
Ghuraba' telah memilih jalan ini sebagai syiar hidupnya
Jika engkau bertanya kepada kami, sesunguhnya kami tidak peduli kepada taghut
Kami adalah tentera Allah selamanya, jalan kam
i adalah jalan yang sudah terjamin
Berapa kalikah kita mengenangkan saat2 gembira
Ketika kita membaca kitab Allah, di waktu pagi dan petang hari?
Berapa kalikah kita mengenangkan saat2 gembira
Ketika kita membaca kitab Allah, di waktu pagi dan petang hari?

http://www.youtube.com/watch?v=NLTqSXsLbhY

- Salam rindu dari Andalusia...





Bersambung ....

Thursday, 4 October 2012

Renungan Jumaat