Wednesday, 2 November 2011

Doa Pembuka 12 pintu-Dato' Dr. Fadzilah kamsah

DOA PEMBUKA 12 PINTU PDF Cetak E-mail
Ditulis Oleh HISHAM ABDULLAH   
Khamis, 15 April 2010
DOA PEMBUKA 12 PINTU MERUPAKAN DOA YANG DIAJAR OLEH DATO' FADZILAH KAMSAH DALAM SETIAP CERAMAH DAN KURSUS BELIAU. DOA INI SANGAT BAIK UNTUK DIAMALKAN OLEH SEMUA LAPISAN MASYARAKAT. SEMOGA MENDAPAT GANJARAN DENGAN MENGAMALKAN DOA 12 PINTU INI. AMIN.
 doa2.jpg

Kelebihan Solat Tahajjud

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.



5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
Tanda berkat pada wajahnya
Disukai oleh ramai manusia
Allah jadikannya seorang yang bijaksana
Bila bercakap penuh hikmah
4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

Wajahnya bercahaya
Diringankan hisab
Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
Dapat buku amalan dengan tangan kanan


"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu..." 



Tunaikan sembahyang pada malam hari dijanjikan kedudukan terpuji di akhirat

AMALAN solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat tahajud seperti sabda Nabi SAW: “Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, Nombor 1163.


Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h berkata: “Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu.

Menurut Ibn Faris: Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat pada malam hari. Menurut al-Kurra’ pula, tahajjud adalah solat malam secara khusus.” � Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203

Oleh itu, solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.

Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah sebagaimana firman Allah SWT:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)

Abu Ubaidah menyatakan di dalam Kitab al-Majaz: “Maksud firman Allah kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu ialah berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat.
” � Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 202

Dalil solat tahajud lebih utama dilakukan satu pertiga malam terakhir berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
“Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih ada baki satu pertiga malam yang akhir.

Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku akan memakbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampuninya.”

Ternyata ibadat di dalamnya ada doa, permintaan dan permohonan ampun adalah solat.

Rasulullah SAW seorang insan dijamin Allah akan masuk syurga. Baginda juga sebaik-baik manusia, malah digelar sayyid al-Mursalin, iaitu penghulu segala Rasul. Baginda insan maksum dan bebas daripada sebarang bentuk dosa.

Walaupun dengan kedudukan sedemikian, Baginda tetap bersungguh-sungguh mengerjakan solat tahajud sehingga pecah tumit kakinya. Isterinya Aisyah r.a melihat sendiri kesungguhan luar biasa Baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah masih ingin bersusah payah melakukan ibadat itu sedangkan dia seorang yang dijamin syurga.

Kisah ini disampaikan Aisyah r.a sendiri dalam sebuah hadis: Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Aisyah berkata kepada Baginda: Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang? Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” � Hadis riwayat al-Bukhari.

Justeru, selepas dibandingkan amalan Rasulullah SAW ini dengan diri kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa, mengapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh melaksanakan solat tahajud? Adakah kita menganggap diri kita setanding atau lebih baik daripada Rasulullah SAW?

Allah mengurniakan pelbagai keutamaan besar bagi mereka yang melaksanakan solat tahajud. Mereka mengerjakan ibadat pada malam hari akan dikurniakan kedudukan terpuji di sisi Allah di akhirat kelak yakni menjadi ahli syurga.




Sumber: http://www.bharian.com.my

Tuesday, 1 November 2011

Ikim-Islam itu indah (2 Nov 2011)-Pengorbanan Dalam Kehidupan

Bersama Prof Muhaya.....

Soalan            : Bagaimana nak hidupkan mati yang mati?
Jawapan Prof  : Sentiasa ingat mati.....

Soalan            : Bagaimana untuk menjadi seorang yg rajin dan berazam utk jadi rajin?
Jawapan Prof  :Apa tujuan hidup....fokus pada tujuan hidup..apakah manafaat yang kita perlu buat hari ini...buat skrip kehidupan..

Soalan            :macamana nak bekerja dan risau pasal hutang?
Jawapan prof  :kenapa berhutang? beli barang keperluan sahaja....mula cari sumber utk bayar utang..tukar paradigma ketika nak beli brg...kerana Allah atau kerana manusia..?..

Soalan            :saya sukakan knk2, cammana nak kekalkan kesabaran?
Jawapan prof  :Jadilah perangai cam knk2....jgn bajet bagus...lihat ciptaan Allah..terutama kanak2....ladang pahala...jaga kanak2..

Soalan           : Sambut hari lahir di Mekah apa maknanya?
sentiasa bersyukur

Soalan          : Formula kehidupan?
Jawapan prof :Sentiasa mencari redha Allah..
Tahu dan kenal Allah....ingat Allah...apa suami buat x penting...yang penting Allah sayang kita....Allah sayang kita..automatik suami sayang kita...

Soalan           :Tips mata segar
Jawapan prof : 1)guna mata utk kebaikan...byk baca quran....
                       2)gunakan air mata palsu dibeli murah...guna cahaya terang...ketika baca

Soalan          : Setiap hari nak success, apa petua nak success , perjalanan minda separa sedar?
Jawapan Prof : Matlamat minda sedar - fikiran...
capai matlamat minda bwh sabar....(blueprint..programming)..- teransang lepas solat...menarik apa akan dtg hidup...tulis dan bygkan apa nak buat esok hari...apa yg kita jangkakan....
imej x baik...violent...imej negatif lemahkan tubuh org tuh..
sebelum tidur...bygkan perkara2 positif....maafkan semua org...benda baik akan dtg kepada kita....sentiasa maafkan org...jgn tgk citer antu...bgn tidur terus syukur....dan doa lancarkan kehidupan kita....
 fokus pada benda +ve

soalan : Nak berhenti kerja, takut rezki sikit?
Jawapan prof  : Kenapa takut nak berhenti kerja....rezki Allah yg beri...yakinlah dengan janji Allah...

Soalan : Pengorbanan isteri...kemesraan kurang?
Jawapan Prof  : Faktor isteri atau suami..? tgk balik hubungan dengan Allah...solat dan jaga aurat....jgn ungkitkan apa yg telah buat.

Soalan : Tabiat lambat...x punctual?
Jawapan prof : Tabiat..programming awal...kalau pokok tanam lama...buang akar payah....pegi jumpa pakar...kajian : gagap..boleh hilang gagap tak...cuba bayangkan anda tidak gagap......semasa bygkan,,,..akan masuk bawah minda bwh sedar....bygkan anda sentiasa punctual...apa yg menyebabkan saya lambat..sentiasa positif..

Soalan : Pupuk diri dan redha sepenuhnya...
Jawapan Prof : nak hebat....
kawan dengan org baik....dengar ceramah yg baik...masukkan minda bwh segar...sentiasa dgn benda yg baik....hidup drp dalam keluar...kita mempengeruhi dunia roh kita...bygkan buat jiwa yg suci dan sedalam sepenuhnya.....siapa kawan kita..itulah diri kita....

soalan : menyubur sifat sabar dan korban dan sentiasa dihargai?

ego..tahu.-.ilmu...mampu.-.melawan nafsu....cakap selalu : saya ingin merasa bahagia..bygkan malaikat mencatit amalan kita..

Soalan : Cammana memotivasikan dlm perniagaan supaya bertahan?
1)niat....apa faedah yg kita drp duit
2) yakin apa yg kita buat..cinta apa yg kita buat dan jualla cinta itu....bila nak buat sesuatu..cinta dan niat dan tujuan
3) beri nilai barang setimpal
4) keyakinan
5) buat skrip...
6)Buat solat dhuha dan jaga solat....
7)Jaga kesihatan dan penampilan....
8)Apakah faedah yg kita nak beri pada org...sentiasa puji org..

Disiplinkan diri..utk capai apa yg kita kehendaki utk mencari redha Allah bukan penghargaan manusia...

Sunday, 23 October 2011

KelebihanBulan-Bulan Haram







MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
KHUTBAH JUMAAT
5 SEPTEMBER 2003M / 8 REJAB 1424H

KEMULIAAN BULAN-BULAN HARAM


Sidang  Jumaat yang dirahmati Allah

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan rasa taqwa kita kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangan serta tegahan Nya. Semoga diri kita senantiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Kita sebagai manusia digesa supaya dapat merenung dan bertafakkur akan kehebatan ciptaan  Allah, agar ianya dapat melahirkan dalam diri kita rasa kecintaan dan keimanan yang kukuh kepada Allah s.w.t 
Antara contoh kehebatan ciptaan Allah ini  ialah kejadian alam semesta iaitu  dengan peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan matahari, manusia dapat memanfaatkannya bagi mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa

Firman Allah s.w.t  dalam Surah Yunus : 5  

Ertinya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan tanda-tanda kebesaranNya satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.

Berdasarkan pergerakan bulan ini maka lahirlah kalendar Islam atau taqwim Islam yang mempunyai  dua belas bulan dalam setahun, dan daripada dua belas bulan ini empat daripadanya dinamakan sebagai bulan-bulan haram yang dihormati dan mengandungi kemuliaan dan kelebihannya yang tersendiri.

Firman Allah dalam Surah At-Taubah : 36

Ertinya :
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul serta lurus.
Keterangan Allah ini diperkuatkan pula dengan sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim:
Ertinya :
Sesungguhnya zaman itu telah berputar sebagaimana keadaannya sejak hari Allah menciptakan semua langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya ada empat bulan yang suci, tiga berturut-turut iaitu Zulqaeddah, Zulhijjah dan Muharram dan keempat nya ialah bulan Rejab ‘Mudhar’ yang jatuh antara dua Jamadil (iaitu Jamadil Awal dan Jamadil akhir) dan Sya’ban.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Bulan-bulan haram sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Rasulullah ini adalah bulan Zulkaeddah, Zulhijjah, Muharram dan juga Rejab. Ia adalah satu amalan yang telah pun dilakukan oleh masyarakat arab Jahiliyyah sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w lagi, yang mana pada masa tersebut masyarakat arab Jahiliyyah amat menghormati sekali bulan-bulan haram, sehingga pernah diriwayatkan bahawa walaupun mereka suka berperang dan berbunuh-bunuhan antara satu sama lain tetapi pada bulan-bulan haram ini mereka akan berhenti daripada berperang semata-mata kerana menghormatinya.

Amalan menghormati bulan-bulan haram oleh masyarakat arab jahiliyyah ini adalah salah satu contoh amalan yang diambil daripada peninggalan syariat nabi Ibrahim a.s. dan nabi Ismail a.s sama seperti tawaf serta sa’i dalam ibadah haji dan umrah yang masih dikekalkan dalam kehidupan mereka, cuma bezanya amalan-amalan ini sudah pun dicemarkan dan dicampur adukkan di antara yang hak dengan yang batil.

Dalam agama Islam, bulan-bulan haram ini dimuliakan berbanding dengan lain-lain bulan, sehingga diriwayatkan bahawa melakukan maksiat pada bulan-bulan haram ini diberikan balasan yang buruk, begitu juga jikalau kita melakukan ketaatan dalam bulan-bulan haram ini akan diberikan ganjaran yang besar berbanding dengan lain-lain bulan.

Sesungguh nya Allah berkuasa untuk memuliakan sesuatu tempat atau masa mengikut apa yang Dia kehendaki. Kehormatan yang Allah berikan pada bulan-bulan haram ini samalah sebagaimana Allah memuliakan Tanah Haram sebagai tempat yang paling mulia dan Masjidil Haram sebagai masjid yang paling mulia.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Antara amalan-amalan yang digalakkan untuk kita lakukan bagi mengambil kesempatan daripada kemuliaan yang ada pada bulan-bulan haram ini ialah dengan kita memperbanyakkan puasa.

Sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang di riwayatkan daripada Abu Mujibah al-Bahiliyah dari bapanya atau dari pamannya dia berkata :

“ Aku telah mendatangi nabi s.a.w. , maka aku berkata : Aku yang telah datang pada Tuan pada tahun yang lalu. Beliau s.a.w. lalu bersabda : Apakah yang menyebabkan kau kelihatan lemah? Maka saya menjawab : Saya tidak pernah makan pada waktu siang melainkan  pada waktu malam. Lalu nabi bersabda : Apa yang telah membuatkan engkau menyiksa dirimu sendiri ‘ Jawab beliau : Sebab sesungguhnya saya masih ada kekuatan. Sabda baginda : Berpuasalah bulan Sabar (yakni bulan Ramadan) dan sehari sahaja dalam setiap bulan-bulan lainnya. Ia berkata : Sesungguhnya saya masih ada kekuatan. Beliau s.a.w bersabda : Berpuasalah bulan Sabar dan dua hari sahaja dalam setiap bulan-bulan lainnya. Ia berkata : Sesungguhnya saya masih ada kekuatan. Sabda baginda : Berpuasalah bulan Sabar dan tiga hari sahaja dalam setiap bulan-bulan lainnya dan berpuasalah pada bulan-bulan haram.”  Hadis riwayat Ibnu Majah.

Dan di antara bulan-bulan haram yang empat ini, terdapat banyak sekali riwayat yang menyebutkan tentang galakan Rasulullah s.a.w. yang menyeru umat nya supaya berpuasa di dalam bulan Muharram khususnya pada 10 hari yang pertama termasuk hari kesembilan dan kesepuluh dalam bulan Muharram yang dinamakan sebagai hari “ Tasu’a’ ”  dan “‘Asyura’“kerana ganjaran besar yang terdapat pada hari-hari tersebut.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :


“Puasa yang paling afdhal sesudah bulan Ramadan ialah dalam bulan Allah yang dimuliakan – yakni Muharram – dan solat yang paling afdhal sesudah solat wajib ialah solatullail – yakni solat sunnah di waktu malam “ Riwayat Imam Muslim

Selain daripada itu banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh kita amalkan bagi meraih kelebihan dan kemuliaan yang terdapat dalam bulan-bulan haram ini seperti memperbanyakan istighfar dan bertaubat kepada Allah, berselawat ke atas junjungan baginda kita Rasulullah s.a.w.,  bersedekah dan melakukan amal jariah.

Maka nya, kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri, adakah kita pernah melakukan amalan-amalan yang digalakkan dalam bulan-bulan haram ini ? Begitu juga, kita juga perlu bermuhasabah pada diri kita, adakah kita sudah mempunyai bekalan yang cukup bagi menghadapi hari akhirat kelak ?

Jika jawapannya tidak, maka marilah sama-sama kita mengambil kesempatan bermula pada bulan ini iaitu bulan Rejab untuk menambahkan amalan kita dalam bulan-bulan yang mulia ini bagi merebut ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang berjaya di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.












 

Monday, 17 October 2011

Amalan ibu bapa untuk anak menghadapi peperiksaan

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG


Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Tuesday, 4 October 2011

Penerangan Maksud surah Al-Insyirah

Surah Al-Insyirah (Terjemahan dan Kelebihan)

Terjemahan

AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

sumber : perkim

Musim Haji Tiba Lagi

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi atas rezki kesihatan...kebahagian....kesenangan.....yang tidak terhingga ke hari ini...hingga ke saat ini....

Tahun ini abang n kakak ipar serta mak ayah akan menunaikan fardhu haji...didoakan semoga mereka dapat hai yang mabrur...amin...

Abang dan kakak ipar sudah berlepas 1 Okt 2011 yang lalu....mak ayah pula akan menyusul pada 7 Oktober nanti...tika dan saat ini hati ini sentiasa mendoakan kesejahteraan mak ayah...semoga dipermudahkan perjalanan haji mereka..amin...Ya Allah permudahkanlah..perjalanan Haji kedua ibu bapa ku..semoga memperolehi Haji yang mabrur....Rabbi yasser wala tuassir...Rabbi yasser wala tuassir...Rabbi yasser wala tuassir

Kami akan bertolak esok daripada Putrajaya ke Perlis...bagi meraikan pemergian mak ayah ke Mekah...daripada Perlis kami akan bertolak ke Penang pula pada 6 Okt 2011..dan bermalam di sana di rumah emak saudaraku..iaitu adik kepada mak aku....

Bersyukurnya..akhirnya mak ayah dijemput Allah untuk menjadi tetamuNya...alhamdulillah...tanpa henti mengucapkan syukur..mak ayah terlalu gembira dengan jemputan ini...hadiah paling bermakna buat mereka ku rasakan begitu...daripada raut wajah mereka...menggambarkan keceriaan dan keterujaan...untuk menunaikan fardhu haji...alhamdulillah...
mak ayah...anakmu ini doakan semoga mak ayah..mendapat haji yang mabrur ....dan dipermudahkan segalanya sepanjang berada di sana...insyaAllah....


Apa yang diharapkan oleh kita yang masih belum menjejakkkan kaki ke Sana...adalah..berdoa dan terus berdoa...supaya dijemput olehNya ke sana insyaAllah...Ini kerana daripada pemerhatianku...seorang yang terlalu banyak duit tapi sampai sekarang masih tidak dapat menjejakkan kaki ke bumi Mekah....tapi hamba Allah yang miskin hina ...ada yang telah menjejak kaki ke Tanah Suci ini...MasyaAllah.....Allah yang menentukan segalanya..hanya Allah sahaja yang membenarkan dan menolakkan...untuk kita sampai ke Tanah Suci....sesiapa yang telah dapat kad jemputan drp Allah...bersyukurlah..kerana kita telah dipilih oleh Allah.....banykkan bersyukur....bertaubat...bykkan solat taubat dan hajat....
Oleh yang demikian marilah kita sama2 mengumpulkan duit yang halal lagi barakah dan sentiasa berdoa kepadaNya..supaya dijemput ke sana...insyaAllah...