Tuesday 28 June 2011

Erti Cemerlang

Mencari Erti Kecemerlangan


Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah. Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.

Tahun baharu menjelang lagi. Kita kini berada dalam tahun 2010 Masihi. Tahun 2009 baru sahaja kita tinggalkan dengan penuh kenangan. Sama ada pahit ataupun manis. 12 bulan yang dilalui terasa begitu pantas berlalu.

Liku-liku hidup yang ditempuh mematangkan diri. Suka duka tabah diharungi. Perjuangan hidup kita perlu diteruskan dengan keyakinan dan ketabahan. Kedatangan tahun baharu juga bererti bertambahnya usia kita. Namun begitu, adakah dengan meningkatnya usia kita akan lebih matang dalam tindak tanduk kita? Itulah yang harus kita fikirkan.

Dalam meniti usia remaja, seseorang pelajar itu perlu ada wawasan diri bagi mencapai kecemerlangan sama ada dalam hidup ataupun dalam pelajaran. Mereka perlu ada prinsip yang digenggam kukuh dan tidak mudah goyah ditiup angin. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana anasir yang akan melalaikan.


Mencari Erti Kecemerlangan


Sebagai remaja yang berwawasan kita tentu mendambakan kecemerlangan. Masing-masing berlumba-lumba mencari kecemerlangan. Kecemerlangan menjadi cita-cita dan impian setiap insan.
Dalam buku berjudul Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran, Dr Danial Zainal Abidin ada mengupas beberapa aspek tentang kecemerlangan. Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah.

Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Imam al Ghazali di dalam karya agungnya Ihya Ulumiddin dalam bab Syukur ada menyentuh berkenaan kecemerlangan kemuncak di akhirat. “Ciri-ciri kebahagiaan di akhirat yang tidak ada di dunia boleh dibahagikan kepada empat. Pertama, keadaannya kekal abadi. Kedua, kegembiraannya berkekalan. Ketiga, tidak wujud lagi kejahilan selepas itu. Keempat, tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu.


Cemerlang dengan menjadi Global Champion


Global Champion dapat diertikan sebagai jaguh global. Ia bermaksud seseorang itu perlu mempengaruhi dan memimpin dunia berdasarkan kebenaran, serta contoh yang baik bagi golongan lain. Bagi seorang yang beragama Islam, mereka perlu terlebih dahulu memahami Islam dan berasa mulia dan ajarannya. Antara ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi global champion ialah berfikir seperti pemimpin, perkongsian nilai yakni amanah, memberi fokus kepada inovasi, kajian dan pembangunan, mementingkan kualiti, tidak berasa inferior atau rendah diri dan mampu bekerjasama.

Cemerlang dengan Iman & Takwa
Kecemerlangan bermula dari dalam. Ledakan iman dan takwa mampu mengubah dunia dan seisinya. Mereka yang bertakwa akan diilhamkan dengan petunjuk. Berpandukan petunjuk, mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Lebih daripada itu, takwa juga memurahkan rezeki di dunia.

Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat
Kesempurnaan iman dan takwa tidak akan tercapai tanpa ilmu dan hikmat. Malah ilmu dan hikmat adalah pintu gerbang kepada segala kebaikan dan kecemerlangan. Potensi yang ada pada manusia hanya bersinar selepas digosok dengan ilmu. Menurut Imam hadis, Bukhari dan Muslim, “Manusia ibarat lombong emas dan perak. Mereka yang baik pada masa jahiliah akan menjadi baik dalam Islam apabila mereka mempunyai kefahaman yang mantap.”


Petikan dari FOKUS SPM Jan 2010

Monday 27 June 2011

Ciri-ciri Wanita Syurga

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Sumber : Majalah iluvislam

Tip Diet yang betul

TIP CANTIK
Ayuh, semak jadual diet anda!
Kisah diet tidak akan tamat! Ramai yang berkobar-kobar untuk menurunkan berat badan dan sanggupmengawal selera. Tapi persoalannya, bertahan untuk berapa lama? Sebulan, dua bulan atau enam bulan?

Anda harus faham tentang konsep diet yang sebenar jika benar-benar mahu mencapai berat ideal dengan cara yang sihat. Diet yang sihat bukan satu tindakan gaya pemakanan yang ekstrem, tetapi harus dilakukan secara konsisten dengan memilih menu yang betul. Sudah tentu hasilnya bukan dalam jangka masa singkat. Bukan juga mengambil pelbagai pil kurus sehingga membahayakan diri sendiri. Usaha anda untuk turunkan berat badan masih belum tamat! Ayuh, bakar kembali semangat yang terpendam dalam diri dengan menyemak kembali gaya pemakanan anda sebelum ini. NUR mahu berkongsi menu diet seminggu bersama anda dengan harapan, usaha anda selama ini akan membuahkan hasil.

Isnin
Bangun Pagi : 1 gelas air kosong
Sarapan : 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi : 1 gelas air kosong
Makan Tengahari : 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang : 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam : 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam : 1 gelas air kosong

Selasa
Bangun Pagi : 1 gelas air kosong
Sarapan : 1 keping capati & dal + air suam
Minum Pagi : 1 gelas air kosong
Makan Tengahari :1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang : 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam : 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam : 1 gelas air kosong

Rabu
Bangun Pagi : 1 gelas air kosong
Sarapan : 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi dan susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi : 1 gelas air kosong
Makan Tengahari : 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang : 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam : 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam : 1 gelas air kosong + ½ biji buah jambu batu


Selanjutnya dapatkan majalah NUR JULAI 2011 di pasaran sekarang!

Sumber : Majalah Nur versi digital

Kecantikan Diri

Cantik Dengan Kos Murah
SELAMAT, BERKESAN & BEBAS KESAN SAMPINGAN

Kadangkala bukan semua produk moden itu sesuai dengan anda. Sudahlah harganya mahal, mungkin juga ia boleh membawa kesan buruk pada kulit anda. Apa kata mulai hari ini, anda mengamalkan konsep ‘back to basic’. Hanya dengan barang-barang asli dan semulajadi, anda boleh membelai tubuh dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Bagi yang sudah berkahwin, suami pasti makin sayang kerana sudahlah pandai bercantik-cantik, bahkan pandai juga berjimat cermat!
Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur
Rendamlah kacang hijau semalaman. Setelah itu, tapis dan gunakan airnya untuk disapu ke seluruh kulit kepala. Picit dan urut perlahan-lahan sewaktu meratakan air ini ke kulit kepala. Amalkan sentiasa.
Parut Wajah Kurangkan Keyakinan
Tumbuk sedikit kulit kayu manis (sedikit sahaja) sehingga hancur. Campurkannya dengan sedikit air dan bedak sejuk. usah terlalu pekat atau terlalu cair. Sapukan bancuhan ini ke kulit wajah terutama pada bahagian yang berparut. Lakukan seberapa banyak yang anda mahu. Lama kelamaan parut itu semakin memudar. Selain membantu mengurangkan parut, ia juga menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat.
Atasi Kulit Berkedut
Buka peti sejuk dan dapatkan sebatang lobak merah segar. Selepas dibersihkan, parutkan lobak merah ini dan campurkan dengan sesudu tepung jagung dengan sebiji kuning telur. Selepas bancuhan ini sekata, ratakan pada wajah. Jika rajin amalkan petua ini sekali sehari. Anda pasti teruja dengan hasilnya.
Haluskan Kulit Wajah
Dapatkan sedikit asam jawa. Larutkan bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan yang pekat. Setelah sebati, pupurkan bancuhan ini pada wajah. Biarkan ia mengering dalam kira-kira 15 minit. Kemudian, bilas dengan sempurna.
Ayuh Licinkan Kulit Muka
Petua ini sering dilakukan oleh wanita India dan khasiatnya sudah terbukti. Buka kabinet dapur dan ambilah 1sm kunyit hidup. Setelah dihancurkan, campurkan kunyit ini dengan setengah sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk. Sebatikan campuran ini dan sapukan ke seluruh wajah dengan rata. Biarkan ia kering dan lakukan setiap hari sebelum anda tidur.

Untuk lebih banyak tip cantik dapatkan
RAPI 15 APRIL 2011

Sumber : Majalah Rapi

Kecergasan badan

Sihat Dalam Masa 10 Minit

Menurut ahli kecergasan, sesiapa yang inginkan badan sihat, cergas dan langsing perlu melakukan senaman selama 45 minit hingga 1 jam setiap hari. Sayangnya...sebagai seorang wanita yang sibuk dengan kerjaya, masa tersebut agak sukar untuk direalisasikan. Jadi, cara yang bagaimanakah untuk anda kekal sihat sepanjang hari.
Ahli kecergasan, Ann Grandjean mengatakan untuk mendapatkan badan yang sihat anda perlu memastikan diri sentiasa bergerak. Contohnya, mulakan dengan aktiviti sederhana seperti menjawab telefon sambil berjalan kaki atau meletakkan kenderaan lebih jauh daripada pejabat. Cara ini sesuai dengan aktiviti yang anda lakukan setiap hari. Paling penting, ada cara tersendiri untuk anda bergerak. Manakala menurut Harold Taylor, pemilik Harold Taylor Time Consultants di Toronto mengatakan, walaupun seseorang itu sibuk dengan tugas hariannya, selitkan aktiviti ringkas ini kerana ia boleh membantu meningkatkan kepercayaan dan keyakinan dalam diri. Namun begitu, aktiviti ringkas ini bukanlah pengganti kepada senaman tetapi sekadar suplemen atau tambahan kepada senaman yang sebenar. Berikut beberapa cara yang sederhana untuk bergerak khusus untuk anda yang tidak mempunyai masa bersenam.
Kawasan Rumah

1. Ketika berjalan-jalan atau mengambil udara segar di sekeliling rumah, cuba lakukan lompat bintang (jumping jack). Caranya mudah, berdiri dengan kedua kaki ditutup dan tangan di sisi. Lakukan lompatan dengan membuka kaki dan tangan dibawa ke atas. Kemudian, tutup kaki dan letakkan tangan kembali ke sisi badan. Lakukan selama 5-10 minit kerana dikatakan dapat membakar 90 kalori bagi wanita yang mempunyai berat 75kg.
2. Ketika anda menyiapkan hidangan makan malam untuk keluarga, anda boleh lakukan latih tubi berdiri sambil menunggu air mendidih. Caranya, berdiri dengan mendepakan tangan pada hujung kabinet dapur. Kemudian, tolak tangan ke kabinet almari. Senaman ini untuk melatih tangan dan bahu.
3. Pada waktu malam, sebelum tidur anda tentu sekali akan membersihkan muka atau sapuan losyen pada badan. Jadi, cuba lakukan beberapa latihan yang menggunakan dumbel. Ini adalah saranan daripada instruktor Sheila Cluff yang sentiasa meletakkan dumbel di bawah meja solekan bagi memudahkan membuat latihan ringkas.

Lebih banyak info dalam RAPI 15 APRIL 2011

Sumber : Majalah rapi
 

Makan untuk Hidup

IKAN KOD Sumber Protein Terbaik

Selain membekalkan kandungan protein yang tinggi, ikan kod juga rendah kalori (4 auns hidangan ikan kod membekalkan kira-kira 52.1 peratus protein dengan hanya 119 kalori). ia juga membekalkan beberapa nutrisi penting yang lain dan amat bermanfaat kepada kesihatan kardiovaskular anda. Kajian di amerika menunjukkan bahawa mereka yang makan ikan kod dengan kerap akan membantu mengurangkan risiko diserang sakit jantung. ikan kod kaya dengan kandungan asid Omega 3, vitamin B12 dan vitamin B6 yang diperlukan bagi memastikan kadar ‘homocysteine’ dalam tubuh berada pada tahap rendah. ini penting kerana jika kadar ‘homocysteine’ dalam tubuh tinggi, ia akan memberikan tekanan pada salur darah dan ini akan menyumbang pada serangan sakit jantung


SALAD MENTAH KAYA KHASIAT

Salad atau nama saintifiknya ‘lactuca Sativa’ bagus untuk dijadikan sebagai bahan utama sayuran mentah. ia adalah penawar yang terbaik mengatasi masalah insomnia (gangguan tidur). Cuba amalkan untuk memakan salad dengan kadar sekali sehari, anda akan mendapati tidur anda akan lebih tenang dan nyenyak. Salad kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin a, vitamin C, magnesium dan zink. ia mampu untuk mengurangkan stres dan menenangkan fikiran. Salad juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubati kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman.

Nabi Muhammad menemui Allah

KEMBALI meneruskan peristiwa penuh bersejarah dengan menyingkap pula perjalanan Mikraj Rasulullah s.a.w di mana Baginda naik ke Hadratul Qudus menemui Allah s.w.t.
Pada masa ini, didatangkan kepada Baginda sebuah Mikraj yakni tangga yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkatlah pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Setiap kali Baginda bertemu dengan para nabi, perkataan pertama yang diucapkan ialah assalamualaikum. Ini menunjukkan bahawa pentingnya dan mulianya ucapan salam yang sering kita ucapkan sehari-hari dan kita perlu sentiasa mengamalkan budaya memberi salam sebagai mendoakan kesejahteraan sesama kita. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Berilah makan dan sebarkanlah salam (dengan ucapan assalamualaikum ), nescaya kalian akan mewarisi syurga." Antara peristiwa yang berlaku di setiap tangga yang dinaiki Rasulullah ialah: Langit pertama: Rasulullah dan Jibril masuk ke langit pertama lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang yang makan riba dan harta anak yatim serta melihat orang berzina dengan rupa dan kelakuan yang sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung kepada susu penzina perempuan.

Langit kedua: Nabi Muhammad dan Jibril naik tangga langit kedua lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s.
Langit ketiga: Naik tangga langit ketiga dan bertemu Nabi Yusuf a.s.

Langit keempat: Naik tangga langit keempat lalu bertemu Nabi Idris a.s.

Langit kelima: Naik tangga langit kelima dan bertemu Nabi Harun a.s yang dikelilingi kaumnya Bani Israel.

Langit keenam: Naik tangga langit keenam dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu Nabi Musa a.s. Baginda disuruh mengangkat kepalanya lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai termasuk 70,000 orang masuk syurga tanpa hisab.

Langit ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu Nabi Ibrahim a.s sedang bersandar pada Baitul Makmur sambil dihadapi kaumnya. Kepada Rasulullah, Nabi Ibrahim bersabda: "Engkau akan berjumpa Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. "Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillahlah Allahuakbar dan Walahaulawalaquwataillabillahi'aliyul'adzim. "Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga." Selepas itu Baginda masuk ke dalam Baitul Makmur lalu solat. Baitul Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah dan adalah tempat malaikat bertawaf.
Tangga kelapan: Di sinilah disebut 'al-kursi' yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu.

Sungai yang airnya tidak berubah, sungai susu, sungai arak, sungai madu serta buah, daun dan dahan yang berubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan dan semua keindahan yang tak terperi oleh manusia. Baginda juga dapat melihat air sungai Kauthar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta penunggunya, Malik.

Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk Sidratul Muntaha. Rasulullah w masuk dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib dalam nur 'arasy iaitu lelaki dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga kesepuluh: Baginda sampai ke Hadratul Qudus dan Hadrat Rabbul Arbab lalu dapat menyaksikan Allah dengan mata kepala Baginda, lantas sujud. Di sinilah Allah memfardukan solat 50 waktu kepada Baginda. Selesai munajat, Rasulullah dibawa menemui Nabi Ibrahim kemudian Nabi Musa.

Nabi Musa bertanya: "Apakah yang difardukan Allah kepada kamu untuk umatmu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Solat 50 kali sehari." Nabi Musa kemudian berkata: "Kembalilah menghadap Tuhanmu dan mintalah pengurangan. Sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukan hal itu." Lalu Baginda pun berulang alik sebanyak sembilan kali sehingga Allah berkenan mengurangkan waktu solat menjadi lima kali sehari semalam dengan mengekalkan nilai pahala bersamaan solat 50 kali.

Selepas Mikraj, Rasulullah turun ke langit dunia semula seterusnya ke Baitulmaqdis. Kemudian dengan menaiki Buraq, Baginda tiba di Masjidil Haram pada malam yang sama. Baginda menceritakan perjalanan itu kepada kaum Baginda, tetapi mereka menuduh Rasulullah berdusta kerana mana mungkin Baginda dapat sampai ke tempat-tempat tersebut dalam masa yang singkat sedang manusia biasa memakan masa yang lama untuk ke sana. Hanya Saidina Abu Bakar sahaja yang membenarkan kata-kata Baginda lalu beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud 'yang membenarkan.' Peristiwa Israk Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran dan seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati dan takut kepada kekuasaan

Sumber : mymetro

Wednesday 22 June 2011

Puasa Dari Sudut Perubatan


Penurunan Berat Badan
Ini dapat membantu individu yang mengalami berat badan berlebihan atau obes untuk menurunkan berat badan mereka dengan cara yang sihat dan murah. Bagi pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi pula, ini dapat menurunkan paras tekanan darah serta kandungan gula mereka dengan lebih baik.  Penurunan berat badan daripada amalan puasa Ramadan adalah berbeza dengan amalan crash diet atau cara diet untuk menurunkan berat badan lain seperti langsung tidak makan nasi (hanya minum air).  Penurunan berat badan dengan berpuasa selalunya lebih stabil di mana pesakit tidak mengalami masalah kenaikan berat badan secara mendadak sekiranya seseorang berhenti puasa.
Mempercepat Proses Pemulihan
Ketika berpuasa, penggunaan tenaga diarahkan dari sistem penghadaman ke sistem-sistem lain seperti penyembuhan, imun atau metabolisme badan. Manakala, proses penggantian tisu yang rosak menjadi bertambah baik hasil proses pembentukan protein sintesis yang semakin berkesan yang disebabkan oleh antibodi badan yang lebih teratur. Pembentukan protein yang lebih efisien akan menghasilkan sel-sel serta tisu yang lebih sihat.  Kajian turut mendapati berlaku penurunan suhu badan dan kemerosotan kadar asas metabolisme badan ketika berpuasa menjadikan badan menyimpan lebih tenaga.
Awet Muda dan Memanjangkan Usia
Hormon pertumbuhan, sejenis hormon anti penuaan didapati dirembeskan  dengan banyaknya ketika berpuasa.  Selain itu, fenomena ini dikatakan juga berpunca daripada proses pembentukan sintesis protein yang lebih efektif, ketahanan badan yang lebih baik serta kadar metabolik yang lebih rendah.
Mengurangkan Risiko Penyakit Aterosklerosis
Kajian turut mengesahkan penurunan dari segi kandungan kolesterol  dan gula. Ini tentunya mengurangkan risiko penyakit aterosklerosis (sejenis penyakit pada arteri di mana plak-plak berlemak berkembang pada dinding-dinding dalam dan akhirnya menyebabkan aliran darah tersekat).  Keadaan ini terutamanya berlaku di kalangan pesakit diabetes.
Solat Tarawih Memetabolismekan Makanan
Cantik sekali apabila bulan puasa turut diiringi dengan sembahyang sunat  tarawih pada sebelah malamnya.  Ianya membantu memproses makanan yang dimakan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga (sehingga 200 kalori).  Di samping itu, ianya juga bertindak sebagai satu cara senaman yang ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular (jantung dan aliran darah).
Mendisiplinkan Diri Agar Berhenti Merokok
Amalan puasa juga dapat melatih diri meninggalkan amalan yang kurang baik seperti mengurangkan nikotin yang berbahaya di dalam tubuh perokok.  Ketika siang hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana terpaksa berpuasa manakala pada malam hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana takut akan kemudaratan kesihatan seperti penyakit kanser paru-paru, sakit jantung dan penyakit sekatan pernafasan..
Ketenangan Mental
Dari segi kesihatan mental, umat manusia  berasa lebih tenang di bulan Ramadan yang mulia ini.  Ganjaran yang berlipat ganda pada bulan puasa menjadikan mereka lebih bertumpu kepada menunaikan ibadah, sekali gus mengurangkan kes-kes jenayah.
Pemakanan di Bulan Ramadan
Pastikan makanan yang seimbang (buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat, protein) ketika bersahur dan berbuka puasa. Tidak perlu makan banyak. Ketika berbuka disunatkan mengambil kurma kerana kandungan gula yang tinggi bertindak sebagai pembekal tenaga. Sementara itu, ketika bersahur adalah lebih baik makan makanan yang lambat hadam iaitu bijirin seperti oats, gandum dan lain-lain kerana makanan jenis ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses iaitu, lapan jam. Justeru, ianya dapat membekalkan tenaga dengan lebih lama.

Sumber maklumat : Mingguan Malaysia, 2 Oktober 2005
Ihsan drp : http://pmr.penerangan.gov.my

Ceramah Israk Mikraj

Alhamdulillah....dengan izinNya..dapat la memblog lagi kan....kali ini cuma nak ceritakan balik apa yang didengari tengahari tadi...ada ceramah Israk Mikraj dianjurkan oleh opis aku....oleh Ustaz Faisal daripada Universiti Malaysia...best la..ceramah yang ustaz ni beri..yang penting isi kandungan ceramah tu..aku suka...

Tajuk ceramahnya ialah Langkah ke Syurga daripada iktibar israk mikraj

Antara yang menarik ialah ialah Ustaz Faisal ada menceritakan bagaimana Nabi Muhammad SAW telah dibawa oleh malaikat Jibril naik ke langit menaiki burak (kalau tak silap la ejaan cam ni la) iaitu di mana Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa rupanya besar sikit daripada keldai dan besar sikit daripada kuda dan ia digunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk berjumpa dengan Allah.

Di atas sana Nabi Muhammad SAW berjumpa peristiwa-peristiwa seperti berikut :
a) Ada golongan yang tanam pokok dan berbuah, dan dipetik buah itu...berbuah lagi sebelum sempat buah itu dimakan pun... - Ini merupakan golongan yang mati syahid.
b) Ada Golongan yang mengambil batu yang besar dan menghentakkan di kepala mereka sendiri...Golongan ini ialah golongan yang tidak solat...Nauzubillah..
c) Ada golongan yang perut buncit dan disebat...golongan ini ialah golongan yang tidak membayar zakat...
d) Ada golongan makan benda busuk..golongan ini ialah golongan yang ada pasangan (suami/isteri) yang baik tetapi berzina.
e) Ada golongan yang hendak angkat ikatan kayu api yang besar tetapi tidak mampu lalu membuka ikatan dan tukar dengan kayu yang lain dan ikat semula ...golongan ini ialah...Gila jawatan...
f)Golongan yang di mana unta yang masuk melalui lubang jarum..golongan ini ialah golongan yang cakap tak serupa bikin..
g)Dan akhirnya...golongan yang kena tarik lidah dan disikat lidah itu ..golongan ini ialah golongan penceramah yang menimbulkan fitnah...

Dan seterusnya..apa yang saya dapat catat ialah....

Empat perkara besar dalam hidup untuk ke syurga...

1) Belah Dada (bersihkan hati) : Taubat setiap hari ..sentiasa beristighfar...
                                                 mengenalpasti kesilapan dan elakkan kesilapan kali kedua..

2) Solat mengikut waktunya : Melatih kita untuk berdisiplin....supaya kita dapat mengadu kepada Allah,,,
3) Jangan buat dosa dengan orang...contohnya....mencuri..pecah amanah...dll...
4) Jadi orang yang banyak memberi daripada menerima....yang ini best sgt...memang untung kalau kita memulakan semua dahulu...contohnya...senyum dan hulurkan salam...tak kisahlah..apa pangkat kita...sebab itu adalah amalan Rasulullah SAW.....dan sentiasa bersedekah....dan selalu belanja kawan-kawan kita dengan ikhlas bukan nak menunjuk2.......
InsyaAllah...marilah sama-sama kita amalkan.....

Setakat ini ajalah isi ceramah yang dapat aku titipkan.....yang baik itu drp Allah dan yang serba kekurangan itu daripada aku sendiri...mohon maaf jika ada kesilapan dalam penulisan ini...dan mohon betulkan...dan kepada ustaz Faisal mohon dihalalkan segala ilmu ini...

Monday 20 June 2011

Memilih Makanan Sihat


SENAMAN harus dilakukan secara konsisten.



DI Malaysia, terdapat pelbagai hidangan enak yang muncul daripada pelbagai bangsa dan budaya.
Namun, tanpa disedari makanan yang enak itu boleh menjadi racun yang menghakis sel-sel penting yang menjadi pelindung di dalam badan sekiranya diambil dalam kuantiti yang berlebihan.
Menurut seorang pakar pemakanan, Gary Lee, rakyat di negara ini terlalu gemar dengan makanan sebegitu sehingga ia memudaratkan sistem badan mereka.
“Antara punca perkara ini berlaku kerana terdapat pelbagai makanan segera di pasaran yang menarik minat orang ramai,” katanya.
Beliau berkata, ada antara mereka yang tidak begitu bijak membuat perancangan pemakanan sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit kronik seperti diabetes dan kardiovaskular.
“Statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2006 menunjukkan penyakit jantung dan strok menjadi 20 peratus punca kematian penduduk di negara ini,” katanya.
Menurut Lee, disebabkan kecanggihan teknologi makanan, sesuatu produk makanan dapat dihasilkan dalam masa yang singkat.
Lee yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari sebuah universiti tempatan mengambil contoh tumbesaran ayam kampung yang lazimnya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan.


PEMILIHAN makanan seimbang penting untuk kesihatan tubuh.


“Pada satu seminar yang pernah saya hadiri, saya agak terkejut kerana penternak ayam memberitahu bahawa seekor ayam kampung kini hanya memerlukan tempoh dua minggu sebelum boleh disembelih.
“Sedar atau tidak, badan kita sebenarnya turut disuntik hormon yang disuntik oleh para petani, apabila kita makan ayam yang telah disuntik hormon berkenaan,” katanya.
Khasiat makanan
Lee yang pernah mengendalikan lebih daripada 500 ceramah pemakanan di beberapa buah negara seperti China, Oman dan Indonesia berkata, pengguna di Malaysia juga tidak sedar bahawa khasiat sesuatu makanan akan berkurangan apabila makanan terlampau diproses kerana banyak bahan kimia dimasukkan ke dalam bahan makanan tersebut.
Apakah punca berlakunya peningkatan kematian akibat penyakit kronik? Lee menjelaskan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira termasuk tabiat pemakanan yang tidak seimbang.
“Pilihan makanan yang tidak betul dan kuantiti pengambilan makanan yang tidak seimbang menjadi sebab kita mengalami penyakit sebegini. Makanan yang perlu dikurangkan, kita perbanyakkan dan makanan yang perlu diperbanyakkan, kita kurangkan,” katanya.
Lee menambah kata, gaya hidup yang tidak aktif seperti kurang melakukan senaman dan tekanan juga menjadi faktor penyebab berlakunya serangan penyakit kronik.
Masyarakat di negara ini juga kata Lee kurang menitikberatkan amalan pemakanan yang seimbang.
Pemakanan seimbang semata-mata tidak dapat memberikan kekuatan badan kita untuk bekerja tetapi ia perlu disertai dengan makanan tambahan seperti vitamin dan sebagainya.
Makanan tambahan bukan sahaja menjadi penyumbang tenaga pada masa yang sama turut menjadi bahan untuk mengurangkan beban antioksidan yang ditanggung oleh badan.
Bagaimanapun, bukan semua makanan tambahan menawarkan keberkesanan kerana sesetengah produk dikeluarkan hanya bertujuan mengaut keuntungan semata-mata.
“Produk makanan tambahan yang menawarkan keberkesanan boleh dilihat melalui kajian saintifik syarikat berkenaan. Selain itu, ia juga berdasarkan komposisi dan kandungannya,” kata Lee.

DENGAN teknologi makanan, tumbesaran ayam turut dipendekkan daripada enam bulan kepada dua minggu. - Gambar hiasan



Lee berkata, sebahagian besar rakyat Malaysia mengabaikan senaman atas alasan sibuk dengan kerjaya.
Katanya, badan perlu bekerja dengan mengeluarkan peluh atau membuang lebihan lemak.
“Ramai rakyat di negara kita sering bertanya mengapa mereka masih tidak kurus selepas mengamalkan senaman?
“Puncanya ialah konsistensi. Rakyat di negara ini tidak seharusnya terikat dengan jadual bersenam sebaliknya mempunyai azam untuk terus bersenam,” katanya.
Sebagai contoh, dalam sehari kita perlu menetapkan berjoging selama setengah jam sehari. Bagaimanapun, kita bersenam bukan hendak kurus semata-mata tetapi untuk memastikan tubuh kita sentiasa sihat. – Bernama

Sumber : Kosmo Online

Indahnya Hidup Bersyariat Bhg 3



Alhamdulillah..berjumpa lagi di arena penuliasan..dengan izinNya...semoga kita semua tergolong dalam golongan org-org yang beriman..amin...

Dipetik daripada buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' hasil nukilan - Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Ok bersambung kita lagi mengenai doa...kali ini mengenai

Tanda-tanda Doa Dimakbulkan
  1. Terasa sesuatu yang menakutkan
  2. Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat)
  3. Terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa.
Di samping itu, doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah doa orang yang dalam keadaan berikut:
  1. Orang yang terdesak
  2. Orang yang kena zalim
  3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua-dua ibu-bapanya.
  4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim.
SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN
  1. Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah
  2. Kerana Allah mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon.
  3. Berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti : Tidak Ikhlas, tergesa-gesa,tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian daripada sumber-sumber yang haram atau syubhah.
Alhamdulillah...dah tamat...semoga dengan ilmu ini sama-sama la kita amalkannya...semoga Allah memberkati kita semua...insyaAllah...

Sunday 19 June 2011

Kelebihan Zulhijjah

Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman - Mymetro

BULAN Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya, adalah peluang kedua selepas Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta keampunan Allah SWT selain daripada pahala amalan.
Rasulullah SAW menyebut: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu.” (Riwayat al-Bazzar: Albani)

Ini juga dinyatakan dalam firman Allah SWT bahawasanya: “Demi Fajar dan hari-hari yang 10.” (Al-Fajr, 1)

Majoriti ulama menyatakan 10 hari itu merujuk kepada hari pertama hingga 10 Zulhijjah dan bukan 10 terakhir Ramadan. (Zad Al- Ma’ad, Ibn Qayyim)


Ia juga disebut oleh baginda Rasulullah SAW bahawasanya: “Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan daripada 10 hari ini.” (Riwayat Al-Bukhari)

Sebagaimana kita sedia maklum, beberapa amalan digalakkan untuk sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah yang diketahui sangat besar pahalanya, seperti:

1. Berzikir.

Iaitu dengan memperbanyakkan zikir seperti ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, ‘La ilaha Illa Allah’ dan ‘Allahu Akbar’. Ia bersumber daripada hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sahih oleh Imam Al-Munziri di mana Allah SWT menyebut ertinya: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.” (Al-Hajj, 28)

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah 10 hari Zulhijjah ini dan ini juga adalah pendapat majoriti ulama.

2. Berpuasa.

Sangat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula hari terbaik untuk berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda mengenai kelebihan Hari Arafah, bahawasanya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih daripada Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Baginda juga menyatakan puasa itu menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Melakukan amalan bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain.

Ia semuanya termasuk di dalam umum hadis yang menunjukkan ia sangat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih teragak-agak dan menangguhnya.

Sungguh biadap jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang sangat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

5. Bertakbir.

Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Saidina Ali menyatakan, permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga tasyrik.

6. Melakukan sembelihan korban.

Allah SWT berfirman: “dan berdoalah dan berkorban,” dan “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah daripada tanda ketakwaan hati.” (Al-Hajj, 32)

Hadis Riwayat At-Tarmidzi, Abu Daud, Gharib menyebut: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai Allah SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang).”

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama, termasuk sahabat besar seperti Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar Al-Khattab RA dan Ibn Mas’ud RA berpendapat ia WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim bahawasanya: “Barang siapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan sudah masuk 10 awal Zulhijjah, maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai korban dilaksanakan.” (Muslim, 3/39)

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah RA pernah meriwayatkan beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan korban.

Aisyah RA menyebut bahawa tiadalah Rasulullah SAW mengharamkan apa- apa (ketika menunggu masa untuk menyembelih) hinggalah sampai waktu sembelihan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dibenarkan memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan kewajipan lain.

Tidak dibenarkan berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang disembelih dari pasar, lalu disedekahkan atas niat korban.

Tatkala itu, ia dianggap sedekah biasa saja dan bukan korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.

Pahala korban jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya saja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.

Firman Allah SWT: “Daging unta dan darahnya sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj, 37)

Untuk melakukan korban, binatang yang sebaik-baiknya ialah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri dan kambing.

Dalam menentukan pembahagian daging ini, daging korban yang dilapah perlu dibahagikan satu pertiga kepada individu yang berkorban, satu pertiga kepada fakir miskin, jiran serta saudara mara dan selebihnya satu pertiga kepada sesiapa yang memintanya.

Ini berdasarkan firman Allah SWT bahawasanya: “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir,” (Al-Haj, 28) dan ayat ke-36 surah Al-Haj: “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya.”

Bagaimanapun, dilarang memberi upah kepada tukang lapah dan penyembelih atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal).

Namun, ia ‘harus’ jika termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberi secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

Malah, daging korban juga tidak dibenarkan dijual sebagaimana dipersetujui majoriti ulama.

Selain daripada itu, dalam menentukan syarat sah korban, sesebuah organisasi atau syarikat tidak boleh mengeluarkan perbelanjaan dan menyembelih korban atas nama syarikat.

Ini adalah kerana korban mesti dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu, dan semestinya bukan untuk organisasi yang bukan manusia.

Dalam melaksanakan korban ini, Rasulullah SAW menamakan hari sembelihan, iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih: Ibn Qayyim dan Albani). Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya apa itu Haji Akbar, beliau menjawab: “Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Menurut Ulama, itulah yang dimaksudkan dalam ayat surat At-Taubah tetapi sesetengah ulama lain membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah.

Sesetengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas RA dan Ibn Umar RA yang menyatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa.

Ia juga disebut oleh Imam Al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.

Namun, ada sahabat mengatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat, manakala Saidina Ali pula mengatakan ia hari korban pada 10 Zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wukuf di Mina (hari Tasyrik).

Akhirnya, perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya Aidiladha menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia (kecuali jika benar-benar sesebuah negara itu mengikut rukyah).

Saturday 18 June 2011

Indahnya Hidup Bersyariat bhg 2

Alhamdulillah di pagi yang indah ini dapatlah sekali lagi kita bersua di arena ruang perkongsian ilmu dengan izin Allah...bersyukur di atas segala nikmat yang diberiNya...ok..mari kita sambung bhg ke 2 pula...juga dipetik daripada buku yang sama..(mohon rujuk bhg 1)

Di bahagian 1 dahulu kita dah tahu pasal adab dan sifat berdoa..sekarang kita nak tahu pasal ..

Waktu Mustajab berdoa

Boleh dilakukan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri, antaranya ialah :

  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh.
  2. Tiap-tiap selepas solat fardhu lima waktu.
  3. Antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib.
  4. Antara Azan dan Iqamah atau selepasnya.
  5. Ketika bangun tidur.
  6. Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
  7. Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  8. Antara takbir solat hari raya.
  9. Dalam khutbah Jumaat, khutbah Raya dan khutbah Nikah.
  10. Ketika menziarahi Makan Rasulullah SAW di Masjid Nabawi
  11. Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
  12. Ketika membaca Qunut bagi solat Subuh dan lain-lain.
  13. Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
  14. Ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan resah gelisah.
  15. Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yg dah lama berpisah.
  16. Ketika hujan turun.
  17. Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
  18. Sepanjang malam,terutama sepertiga malam yang akhir dan waktu makan sahur.
  19. Ketika khatam Al-Quran 30 juzuk.
  20. Ketika sujud dalam solat khususnya sujud terakhir.
Tempat Mustajab Berdoa

Berdoa boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan ditempat yang bersih dan sesuai, tetapi yang afdalnya adalah tempat-tempat berikut:
  1. Apabila melihan Baitullah (Kaabah) di Makkah.
  2. Kerika melakukan tawaf mengelilingi kaabah.
  3. Di dalam Kaabah.
  4. Di sisi Multazam dan Hijr Ismail.
  5. Ketika melihat masjid Rasulullah SAW di madinah.
  6. Di sisi telaga zamzam.
  7. Di atas Bukit Safa dan Marwah.
  8. Di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s.
  9. Di muzdalifah pada 10 Zulhijjah
  10. Di padang Arafah pada 9 Zulhijjah.
  11. Di padang Mina pada hari Tasyriq.
  12. Di dalam Masjid.
  13. Di sisi Jamratul Aqabah pada 11,12,13 Zulhijjah.

Semoga Allah memberkati kita semua....Cukup dulu setakat ini...kita sambung bhg 3 nanti ya....jumpa lagi...

Indahnya Hidup Bersyariat bhg 1



Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk mencoret beberapa ilmu untuk dikongsikan bersama dengan izinNya...

Dipetik daripada buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' hasil nukilan - Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Berdoa
Berdoa merupakan amalan penting menghubungkan insan dengan Allah SWT sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani, pelerai kesulitan dunia dan akhirat.
Allah SWT berfirman :




وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ 


                                                        (surah al-Baqarah:186)


Maksudnya : Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Daripada Abu Umamah r.a. katanya : Telah ditanya orang akan Rasulullah SAW : " Ya Rasulullah, manakah dia doa yang paling didengari?'' Rasulullah SAW bersabda, " Di penghujung malam yang terakhir dan selepas solat lima waktu."
(Riwayat al-Tirmizi)


Adab Dan Sifat Berdoa


Berdoa ialah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah. Antaranya ialah:
  1. Keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwuduk, bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat.
  2. Dalam keadaan kusyuk dan merendah diri kepada Allah dan mengadap ke arah kiblat.
  3. Merendahkan suara dan tidak mengganggu orang lain.
  4. Jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak.
  5. Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah SWT.
  6. Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu.
  7. Memulakan dengan memuji Allah dan Selawat (ke atas Nabi SAW) dan juga mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah dan berselawat.
  8. Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.
  9. Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.
  10. Doa itu bukan bertujuan utk melakukan dosa, atau memutuskan hubungan silaturrahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
  11. Memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara mara beriman.
  12. Hendaklah dengan penuh perasaan pengharapan dan jangan cuba mengatakan " Ya Allah, ampunkanlah daku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah sekiranya Engkau inginkan.
  13. Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dibuat oleh Nabi SAW.
  14. Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah.
  15. Berdoa dengan suara perlahan...
Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.....amin....
Berjumpa lagi di bhg 2...insyaAllah...








Friday 17 June 2011

Motivasi Drp Facebook Prof Muhaya

Assalam...semua yang akan aku paparkan adalah hasil daripada update facebook daripada Prof Muhaya..mohon dihalalkan segala ilmu ni ya Prof...

1) HAri ini buat suatu kebaikan kepada seseornag tanpa dia bagitau orang lain tahu dan lihat bagaimana Allah membalas di dunia dan akhirat insyaAllah. Jadikan tabiat setaip hari selepas ini


2) Bonus Tip!
More Energy = Higher Productivity
Manage your energy through:
Mind
■■ Relax – have unscheduled time for fun
■■ Practice positive affirmations
■■ Eliminate psychic vampires and other
negative sources in your environment
■■ Meditate daily
Body
■■ Get physical exercise
■■ Eat energy rich foods
■■ Drink plenty of water


3) NAbi MOhammad saw mendidik sahabat dengan menggilap sikap positif mereka. Bagaimana mungkin kita semua gemar melihat sifat negatif daalm manusia lain. Jom kita mula lemah lembut dan penuh kasih sayang pada keluarga rakan dan orang awam tanpa mengira bangsa dan agama

4) Focus on progress, not perfection – always
have room for review and tweaking. Obsessing over
perfection leads to results of analysis paralysis –
going nowhere.John Assaraf


5) MAlam ini sebelum tidur selepas berdoa ingat semua perkara untuk kita syukur dan niat esuk nak bangun lebih bertakwa dan produktif dan bahagia dan jangan lupa maafkan semua kesalahan orang dan halalkan semua yang orang buat pada kita. PAra isteri minta ampun pada suami dan berterima kasih kerana membahagiakan dan mlindungi kita dengan izin Allah

6) Orang yang menangis kerana Allah maruah nya tinggi. MAta yang tidak akan di bakar di neraka 
1. Yang menangis kerana takutkan Allah dan bertaubat.
2. MAta yang bertahan kepenatan kerana melakukan tjihad dijalan Allah
Jom jaga mata kita bukan setakat sihat didunia tetapi selamat dari bakaran api neraka. BErapa ramai manusia amat prihatin tentang mata fizikal didunia tetapi tidak membuka mata hati mereka mengenal Allah

7) Ingatlah kita hanya seorang hamba yang akan pulang menemui Allah pada masa yang ditentukan. Cari redha Allah dan sama kita semua sentiasa bertaubat

8) Bayangkan kita dipanggil pulang oleh ALlah malam ini. Lupakan semua kejahatan manusia dan kebaikan kita tetapi ingat kebaikan manusia lain pada kita dan kesilapan kita pada orang dan ampunkan semua orang dan minta ampun pada ALlah sebelum kita memejamkna mata kita malam ini.

9) Orang yang pilng mulia disisi Allah ialah yang bertakwa.

10) Allah maha pengampun. Sibuklah kita dengan diri kita dan minat ampun untuk dosa dosa kita dan jangan fikir dosa orang lain. Sentiasa doakan keampunan semua orang ISlam

11) Kita menang dengan kelembutan dan memberi contoh yang baik. CAri kebahagiaan dengan Allah bukan dengan manusia

12) Lets audit our money, weight and relationship status and think how we improve it

13) Jika tiada Islam dalam dirinya tidak ada nilai di sisi Allah. Jom audit diri kita

14) Every moment of our life we get a choice not a chance to trade our life to do what we love and what God love. That choice determine our destiny now and Hereafter

15) Where do values come from?
Birth to age 7 Imprinting years
Age 7 to 14 Modeling years
Age 14 to 21 Socialization years
DEFINITION
Values are the ideas we have about what is good and what is bad, how we think things should be and specifically, what we deem important.John Assaraf


16) "Let's start with what we can be thankful for, and get our mind into that vibration, and then watch the good that starts to come, because one thought leads to another thought."

Bob Proctor
Author and Speaker


17) khusyuk solat
1. Hadirkan hati,
 2. Faham apa yang di baca, 
3. TAhu hak Allah pada kita dan sifat Allah, 
3. Malu pada Allah 
4. Harap dan takut pada Allah
- UStaz Zahazan Muqaddimah tv9

18) Setiap kali kita solat mesti ada asa takut dan mengharap pada Allah. Kita mesti ada kedua sifat takut dan mengharap pada Allah dalam menjalani kehidupan ini

19) Orang yang buat maksiat tidak akan khusyuk dalam solat juga orang yang akidahnya pada Allah tidak betul.

20) Hadis Nabi- 2 nikmat ialah solat yang khusyuk dan isteri solehah dan suami soleh

21) Atmosphere does not just happen. The human mind must enter the
picture. It creates the atmosphere.

22) Hari ini jangan sebut perkataan bimbang tukar kepada perkataan prihatin

23) Five years from now we are going to be where we are because of the books we read and the people we associate with and the TV channel we watch. Atmosphere doesn’t just happen. It takes the human mind to create atmosphere.

24) I now say, “Good things are supposed to happen to me.” I want you to
say that to yourself. There are no over-achievers in the universe. Good things are supposed to happen to you. When someone gives you a gift, don’t say, “Oh you shouldn’t have”. Say, “Oh you should have” because good things are supposed to happen to you. Les Brown

25) Most of the things that we worry about never happen.

26) The Law of Vibration decrees that we literally live in an ocean of motion. Our mind body is in a high speed of vibration. And the only thing we can attract into our life are the things that we are in harmonious vibration with.We do not attract what we want but attract what we are. So if we are bad no way we can attract the good. Bob Proctor

27) the vibration you’re in is going to dictate what you attract. And if you’re letting things outside of you bother you,what you’re doing is letting things outside control the vibration you’re in. When you read the newspaper and you let that idea inside, that’s controlling what you attract.We want to make certain that we stay in a magnificent vibration as often as we canand for as long as we can.Bob Procto

ada banyak lagik...setakat ini dulu..nak solat jap..nanti sambung lik...


Doa solat sunat dhuha - unic

Alhamdulillah..diberi kesempatan olehNya untuk memblog lagik pada malam ini...pertama kali dengar lagu drp unic ni drp radio IKIM fm ..terus terpikat...terima kasih website ...http://www.murabbi.net/articles.php?article_id=556

jom la kita dengar best sgt kan...berikut lirik jer la yer...lagu leh dgr drp website di atas...


Doa Solat Sunat Dhuha

Album : Hijrah
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com 

ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMA INKAANA RIZQI FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARIBHU, BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA ‘IBAADAKASH SHALIHIN.



Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada 
hamba-hamba-Mu yang soleh




Lagu : Bazli UNIC
Lirik : Bazli UNIC
Hakcipta : UNIC Records.


Mencari Keredhaan Allah

 Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menitip sedikit ilmu disini untuk dikongsi bersama....

Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hndak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

Mukadimah Hadis
Setiap manusia hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredaan Allah kerana keredaan Allah itu adalah kemuncak pengharapan manusia yang hidup di muka bumi. Ini boleh dicapai dngan melakukan segala perinta-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Huraian Hadis
1. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredhaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.
2.  Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat.
3.  Allah memberi sebab menentukan keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenankan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredhaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredhaan manusia.
4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredhai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan manusia dan pandangan Allah.
5. Keredhaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin, yang menangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. Makhluk Allah itu termasuk manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT.
6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia maka terdapat dikalangan mereka yang suka mencari peluang mendapatkan kuasa, pengaruh, pangkat, harta sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Sedang Allah dan rasulnya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredaan-Nya.
Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62;
"Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, pada hal Allah dan rasulnya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaannya, jika betul mereka orang yang beriman"
7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku dihadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan keredaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain.

Pengajaran
1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah, sekalipun tidak disukai oleh orang lain.
2. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keradaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.
3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.

Kesimpulan
Seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

- Sumber : Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)

Petua murah rezeki

Alhamdulillah..hasil pencarian di internet dan terjumpa satu blog nih yang penuh informasi...

dan antara ilmu yang aku dapat daripada blog ini ialah petua murah rezeki...antara amalan yang perlu diamalkan ialah...

1) berselawat 100 kali selepas solat
2) baca surah waqiah sebelum tidur
3) Puasa isnin dan khamis setiap minggu

Amalan ini harus diamalkan 40 hari secara berterusan....Aku masih baru mengamalkan ni...sebab baru tau kan....marilah sama-sama kita amalkan dengan penuh takwa dan percaya Allah itu maha kaya...Dialah yang memberi kita rezeki....

Sumber blog : http://linncomel.com/index.php/2006/09/21/petua-murah-rezeki

Thursday 16 June 2011

Jumaat Yang Indah

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kehidupan, kesihatan yang sempurna hari ini....Pagi jumaat yang indah ..penghulu segala hari...aku bersyukur Ya Allah diatas segala nikmat yang telah Kau berikan...alhamdulillah....redhakan kehidupan ku di dunia ini..dan semoga aku mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat...amin....

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

Ya Allah peliharalah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka telah memeliharaku ketika aku kecil dahulu serta berilah kesihatan yang sempurna ..amin....

Mana Milik Kita (Rabbani)

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya


Mana Milik kita? Apa yang ada di dunia ini Allah yang punya...usahlah bangga dengan harta yang banyak, wang ringgit yang berjuta-juta, pangkat yang tinggi, kereta besar, rumah yang besar, badan besar? huhu..semua ini hanya pinjaman dan amanah Allah...jangan lah kita kufur dan bersyukurlah di atas segala apa yang kita ada ..dan sentiasa mencari keredhaan Allah..percakapan,perbuatan  Allah yang punya.....malu lah pada Allah...

Wednesday 15 June 2011

Ciri-ciri Orang Cemerlang

Hasil pencarian daripada internet..tapi dah tak ingat daripada mana...hanya catat dalam buku nota aku ni aja..

a) Ada wawasan dan matlamat
b) Berani dan sanggup berkorban
c) Sentiasa menambah ilmu
d) Memberi tumpuan (fokus)
e) Daya tahan yang tinggi
f) Miliki sifat mahmudah iaitu warak,sabar,amanah,jujur,ikhlas dan syukur. Buang sifar mazmumah iaitu ujub,riak,sombong,takbur,suka marah dan hasad dengki.

Tujuan Hidup Aku

Salam 1 Malaysia....wahh..semangat ari nih...semuanya sedang mencari-cari apa tujuan kita hidup di dunia ini? Alhamdulillah aku dah ada tujuan hidup aku iaitu MENCARI KERHEDAAN ALLAH ....seperti yang selalu dengar kat radio IKIM tu la...setiap hari rabu pukul 10 segmen Islam Itu Indah...Prof Muhaya..wauu bestnya..suka dengar apa yg disampaikan oleh Prof...Terima kasih bebanyak Prof atas segala ilmu yang telah disampaikan...
antaranya yang dapat aku catatkan dalam buku nota aku..:-

Kita hendaklah sentiasa mencari redha Allah setiap masa,setiap jam dan setiap saat...

Sebagai hamba Allah juga kita perlu lupakan kebaikan kita pada orang lain dan sentiasa ingat apa kejahatan kita pada orang....

Sentiasa membetulkan diri sendiri dan sibuk dengan hal sendiri dan tidak mengata tentang keburukan orang lain.

Hendaklah sentiasa ada perasaan hormat, lemah lembut, baik dengan orang dengan ikhlas dan sentiasa menyokong ke arah kebaikan.

Untuk meraih kasih sayang suami perlula menjaga 4 perkara iaitu taat pada suami, jaga mata, hidung dan telinga suami. Maksud jaga mata suami maksudnya kita sebagai isteri hendaklah sentiasa cantik di mata suami, kalau hidung pula kita hendaklah sentiasa berbau wangi di sisi suami kita dan telinga pula kita perlu mengucapkan perkataan yang lembut-lembut sahaja di hadapan suami.

Kita tidak boleh ubah orang lain tetapi kita boleh ubah diri sendiri. Kita hendaklah sentiasa mengaudit diri sendiri.

Cara pemikiran kita menentukan masa depan kita. Sentiasa memperbaiki minda, pemikiran dan emosi kita.

Orang yang bijak selalu akan buat benda yang sama tetapi keputusan yang berbeza-beza.

Penyakit yang paling senang menjangkiti manusia ialah : SOMBONG..nauzubillah..jauhkanlah aku dr sifat sombong....
       Untuk elak daripada penyakit bahaya ini kita perlu lakukan :
             1) Perlu sentiasa ucap terima kasih kepada manusia
             2) Apabila dipuji ucaplah alhamdulillah
             3) Sentiasa terima dan hargai teguran yang diberikan
             4) Sentiasa mendahulukan orang lain daripada diri sendiri
             5) Hendaklah lebih banyak mendengar daripada bercakap
             6) Jangan suka men 'label' orang lain dan menghukum orang lain
             7) Berhenti cakap kekurangan diri dan sentiasa hargai suami anda

Perlu ada prinsip untuk nak jadi terbaik di kalangan yang terbaik.

Jangan kejar kejayaan, biar kejayaan kejar kita, jangan kejar duit biar duit kejar kita.

Ilahi..maksudnya...Ya Allah..itu yang ku tuju..redhaMu menjadi tujuan hidupku, kurniakanlah aku kasih sayangMu dan kasih sayangMu sentiasa dihati...

Dalam kehidupan seharian hendaklah mencari keredhaan Allah dengan sentiasa memikirkan apa Allah kata bukan memikirkan apa orang kata...sentiasa mengharapkan penghargaan Allah..bukan penghargaan manusia...

Dalam bekerja hendaklah sentiasa bertanya apa yang saya boleh beri kepada pekerjaan dan bukan apa yang saya boleh dapat.

Sentiasa memikirkan nak beli tiket ke syurga ka ke neraka?

Setakat ini dulu la Info daripada ceramah2 Prof Muhaya...nanti kalau ada akan ditambah...moga kita semua dapat mencari keredhaan Allah dengan menjaga hubungan dengan Allah, dengan manusia dan..alam sekitar..

Cara nak lajukan broadband yang dah kehabisan limit

 Anda mesti resah kalau tetiap bulan dapat mesej drp celcom..mengatakan anda dah guna melepasi garisan...huhu...jelajah blog ari ni..terjumpa blog  budak botak. nih...tqvm....link seperti berikut...lepas nih blehla try..huhu..

ok semua selamat mencuba...

Tuesday 14 June 2011

Rejab

Alhamdulillah...pejam celik pejam celik...dah masuk bulan rejab...pastuh syaaban, ramadan dan syawal..raya la tuh...huhu..baju raya lom beli nih camna hahah..posa pon blom..dah nak raya..lek aaa....
emm..bercakap pasai bulan rejab ni..ramai kekawan aku dok wat posa sunat...aku lom stat wat lagik nih...bila nak stat...sok la kamis...ingat nak posa....insyaAllah....

Terlanjur cakap pasal posa ni...ada banyak hikmatnya kalau kita posa kan...dengan posa juga kita dapat tingkatkan kesihatan jasmani dan rohani.... 

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Antara hikmat-hikmat puasa sunat:

1) Tanda kita bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat telah diberikan
2) Mendidik nafsu amarah kita
3) Melatih dan mendidik jiwa supaya dapat merasai belas kasihan terhadap mereka yang tidak  bernasib baik
4) Melatih jiwa untuk bersabar dalam menempuh pelbagai dugaan hidup
5) Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran.

Info dari website : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat.htm